Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, December 15, 2012

Review: Tudung untuk Majlis Akad Nikah & Sanding


Hai! Selamat malam.

Short review untuk malam ni tentang tudung/shawl untuk majlis nikah dan sanding. Tudung memang disediakan oleh pihak butik pengantin. Tapi macam biasalah. Aku yang cerewet ni memang tak sesuai pakai tudung awning. So aku cari tudung sendiri. =)


Halfmoon Shawl untuk akad nikah.

Waktu majlis aku berlangsung tempoh hari, shawl halfmoon tengah hot time tu. Tapi sekarang dah tak hot sangat sebab banyak dah butik yang keluarkan shawl yang lebih kurang sama design. Aku nak tunggu pula apa trend tudung untuk 2013. 

Aku beli shawl halfmoon Shasmeen Kekwa warna putih ni di butik Radiusite Shah Alam Seksyen 7 yang sememangnya dekat dengan rumah. Waktu tu aku main terjah je butik ni. Sebab kebiasaannya, stok Radiusite akan cepat habis di butik bila diorang buat sales di Facebook. Rezeki aku, ada beberapa helai shawl halfmoon warna putih ketika itu. 

Aku pilih shawl Shasmeen kekwa sebab beading dia  ada sikit warna silver yang sememangnya padan dengan busana akad nikah aku. Harga shawl memang berpatutan dan sesuai dengan beadingnya yang sangat cantik dan kemas. =)

Dan semestinya aku pilih untuk pakai shawl supaya tudung tak kemek sewaktu acara pembatalan air sembahyang dijalankan, especially ketika family suruh en. somi cium dahi isteri. =P

Shawl halfmoon Shasmeen Kekwa from Radiusite.
price: RM89



-----------------------
Radiusite
-----------------------

Triangle Shawl untuk majlis resepsi.

Shawl majlis resepsi aku dapatkan di butik Almaree by Twinz di Bazaar@7 Shah Alam. Shawl ni sangat last minit aku cari sebab dah beberapa kali jugalah pusing ke sana sini untuk cari tudung yang match dengan busana. Aku siap bawa dress resepsi ni masa beli tudung. Haha.. 

Akhirnya jumpa di butik Almaree ni. Memang cantik tudungnya dengan patch lace dan beading di atas dan belakang bawah tudung. Harga agak mahal sikit walaupun beadingnya sikit. Mungkin sebab sewa kedai mahal kot. =)

Warna shawl ni gabungan kuning cair dan kuning pekat. Lacenya pula yang bewarna gold memang matching dengan busana. 

Triangle shawl from Almaree by Twinz.
price: RM120

-----------------------
Almaree by Twinz
-----------------------

Rectangle Shawl untuk majlis bertandang.

Shawl rectangle warna hijau pucuk pisang juga adalah last minit cari. Juga aku beli dari Radiusite, Shasmeen Kekwa juga, tapi ia berbentuk empat segi. Beading sangat cantik dan sesuai dengan kebaya hijau majlis bertandang. Tapi, kulit aku kurang sesuai dengan tudung warna hijau yang macam ni. Nampak tan sikit. =)


Rectangle shawl from Radiusite.
price: RM89



-----------------------
Radiusite
-----------------------


Walau apapun, pemilihan tudung yang sesuai bagi setiap majlis adalah penting. Pastikan tudung yang dipilih sesuai dengan bentuk muka. Pastikan warna juga sesuai dengan warna kulit dan sepatutnya menaikkan seri wajah apabila disarungkan.

Till here. Daa.. =)

5 comments:

  1. berape harga tudung akad nikah awk tu?leh sy tau...

    ReplyDelete
  2. Mne nk beli tudung tu ye.... Bkenan laa... Nk pki tuk nikah nnt... Ttp dada x...

    ReplyDelete
  3. Mne nk beli tudung tu ye.... Bkenan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerangan setiap tudung ada di setiap gambar.
      tudung saya beli di radiusite dan the twinz di sek. 7 shah alam. =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...