Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 28, 2012

What I Bought Today #4


Sebelum tidur, update blog dulu. hihi..

Hai hai! Semalam pergi KWC lagi. Beli mannequin! Cantik sangat. Kaki kayu. Haha.. Aku tak beli whole body. Aku beli bahagian badan je. Tujuan beli sebab nak buat bisnes.. gituu kan.. ahaks! Mungkin tahun depan mula kot. =)

Lepas tu siang tadi, lepas siap masak tengah hari, sidai baju dan solat Zohor, aku terus bergerak ke rumah mertua. Aku dan mak mertua nak pergi shopping lagi! Yay! Sampai2 je rumah mertua, dia belum siap lagi. So aku pun ke dapur dan makan apa yang patut. Sedap pula gulai ikan masin tu. Nanti boleh la try masak di rumah! =)

Dalam pukul 2, kami pun bergerak ke PKNS Shah Alam. Tujuan utama aku, nak survey harga baju batik. Tahun depan dah kena berbaju batik Malaysia setiap Khamis. Tahun2 sebelum ni, aku tak kisah langsung pasal batik. Batik Bandung, kain batik, semua aku main pakai je. Kalau sesiapa yang pakai batik sutera ke, crepe ke, yang mahal2 tu, memang aku tak perasan pun. Tapi sejak hujung tahun lepas, kami dah diingatkan untuk pakai batik Malaysia. Pekeliling pun dah keluar. Jadi nak tak nak, kena lah cari baju batik. Takkan nak mengulang baju yang sama setiap minggu. Ye tak? heheh. Itulah masalah wanita! Baju mesti banyak.

Sampai2 je di PKNS, penuh booth2 di tingkat bawah dengan jualan. Ada promotion rupanya hingga 31 Dec ni. So sesiapa nak cari baju2, jom2 ke PKNS. Banyak betul pilihan. Mula2 mak mertua ajak aku tengok batik di butik Warisan Hawa. Cantik2 juga baju batik ready made dia. Tapi salesgirl situ punyalah berlagak! Taknak layan pelanggan langsung. Patutlah kedai sunyi je tak ada orang nak masuk. Kerja makan gaji buta kot. Aku pun terus keluar dari situ. Daripada mood nak membeli, terus tak jadi.

Kami terus berjalan dan bershopping di booth2 sahaja. Sempatlah aku grab 2 kain pasang batik lukis warna baby pink & kuning air & satu peplum lace warna merah hitam. Mak mertua turut membeli juga.

Next kami pergi singgah minum2 di Seksyen 7, Shah Alam. Rasa perut kenyang lagi, tapi just nak minum2. Mak mertua order mee goreng mamak. Tapi oleh sebab kami just nak kunyah sikit2 je, so mee goreng mamak bahagi dua. Aww.. sweet je share2 makan ni kan. hihi..

Habis makan minum, kami singgah di Jakel Shah Alam pula. Serius aku memang sangat tak pandai nak beli kain. Bagi aku semua jenis kain tu sama je. Yang membezakan dia hanya sama ada cantik atau tak cantik je. Aku rasa kalau designer pergi Jakel, mesti dia macam menggila borong kain kan. Berbeza dengan aku yang terkebil2 tak tahu nak beli apa. Haha.. Kesengalan terserlah!

Last2, aku nampak ada satu kain Sifon corak simple dan warna menarik. Harga pun boleh tahan diskaun dia almost 50%. Mak mertua beli sepasang siap free lining lagi. Mulanya aku tak nak beli apa2. Tapi mak mertua suruh juga ambil. Dan dia belanja. Malunya.  >.<

Then kami pun balik dengan perasaan gembira. Hujan pula petang tadi kan. Nasib baik tak jem!

Tu je nak cerita. Thanks for reading! Nyte. =)


p/s: Gambar tak ada. Gambar kain tak boleh tunjuk. Nanti tak berseri pula bila pakai. Bolehh?? Muehehehh. 



2 comments:

  1. i pn skrg kt ofis mmg tiap2 khamis kene pakai batik. i tak suka sutera batik sbb susah nk iron tp mak i rajin sgt nak bg sutera batik kt i haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. untunglah u dpt sutera batik.
      i mmg malas nak iron2 ni.
      hihi.. suka cari baju yg tak payah iron.
      kalau macam kain digital printing tu biasanya tak payah iron kan. =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...