Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, January 26, 2012

CADAR BILIK PENGANTIN



Hai semua silent readers!!


Aktiviti hari ni sangat memenatkan! Merayap satu Nilai 3 (tak ada la semua pun, saja nak gebang =P). Aku pergi bersama mak aku. Tak ada orang lain yang boleh pilihkan barang2 untuk aku melainkan mak. Kalau mak tak suka barang yang aku beli, nanti aku susah hati. So lebih baik bawa mak sekali.


CADAR 


Aim pertama, adalah nak cari cadar bilik pengantin. Selagi tak beli cadar, mak aku akan bising sebab dia tak boleh mulakan projek DIY-nya untuk menjahit tirai bilik. So memang kena beli cepat! 


Well macam yang dah sedia maklum, theme color untuk nikah adalah lemonade & pink. So untuk bilik pengantin, aku nak cari cadar warna dalam keluarga kuning. Idea dah ada. Dari mana lagi kalau bukan majalah Pesona Pengantin yang banyak bagi inspirasi. hehehe.. Jenis kain pula for sure cotton, sebab kain jenis berkilat2 macam satin dah tak trend untuk bilik pengantin (rasanyalah) dan aku tak minat pun. Tak percaya? Boleh pergi tinjau2 di kedai oke. Kebanyakan yang ada adalah made from cotton sebab sedap nak tidur dan sejuk.  Kain licin boleh apply pada comforter. Tak ada hal. Ada juga comforter lapis dengan kain organza. Nice juga.


Pusing punya pusing, tawar punya tawar, terpilihlah satu cadar warna kuning ni di salah satu outlet MK (memang banyak outlet yang sama di sini, owner pun sama haha). Material cotton, bersulam bunga2, comforter organza, nampak lebih kurang macam cadar yang aku nak. Harga dari RM780, tawar punya tawar dapat RM550 termasuk;
  • Dua sarung bantal, 
  • satu sarung bantal peluk, 
  • dua sarung kusyen, 
  • alas cadar,
  • comforter dan
  • free 2 kusyen kecil
bukan corak ini.

Kalau anda pandai menawar, mungkin boleh dapat lagi murah! Aku memang jatuh cinta dengan sulam cadar tu. hihi. Memang banyak pilihan di Nilai 3 ni. Masa mula2 nak cari cadar dulu2, aku dan mak pernah survey di Jusco. Tapi memang tak ada choice. huhu. So anda yang masih sedang mencari cadar, datanglah Nilai 3. Banyak pilihan, cantik2 dan harga pun boleh tawar.


LANGSIR DAUN2


Next, sebelum ni memang aku ada survey2 cadar di tempat yang sama bersama en. Tunang. Masa tu aku minat betul dengan satu langsir daun2 ni, warna kuning juga. Tadi bila bawa mak pula, aku tunjuk langsir yang aku minat tu. Tak sangka mak pun suka! Lepas tu terus mak aku suruh beli. So aku pun beli lah. Cadangnya nak buat deco di kepala katil. Well hiasan bilik pengantin aku tak perlukan kelambu2 hula hoop bagai walaupun mak aku cakap dia boleh buat. Sebab perabot semua aku gunakan yang dah ada, katil biasa sahaja. Sebelum ni ada juga rasa nak beli katil baru design ala2 klasik yang ada tiang tu, poster bed nama dia. 


ini la poster bed. kalau dapat katil ni, tinggal jahit tirai je.
photo from bedzine.com


But then, bila fikir semula tak perlulah beli baru sebab katil yang ada pun baru berapa tahun pakai. So we decide untuk beli cadar dan hias bilik ala2 moden je. Bilik mak memang pakai katil jenis poster bed ni, dan mak ada cadangkan aku pakai katil dia saja, tapi aku menolak sebab leceh nak kena buka dan transfer ke bilik aku. Tak suka banyak2 kan kerja! =p


kelambu hula hoop, tak perlulah bagi bilik aku. =)
photo from kisahqaseh.blogspot.com


BUNGA TELUR, KORSAJ & DOORGIFTS


Dalam pada sedang memilih-milih, en. Tunang pun sampai. Dia nak join la kononnya. Habis hal cadar, kami bergerak ke kedai VR Star. Nak survey2 doorgift entah buat ke berapa kalinya. Mak aku suka betul dengan glass jar RM0.80 satu tu. Mak kata dia boleh bake cookies untuk isi dalam jar tu. Mak aku kan berkerja! Aku tak tahulah boleh jalan ke tak project DIY dia. Aku awal2 dah surrender. Hahha.. Bunga telur pun ada dan harga memang murah dari RM39.90 for 50 pcs hingga seratus lebih something2. Tapi tak beli lagi sebab nak beli sama2 dengan FMIL. Aku jumpa pula korsaj bentuk rose, dan terus beli warna gold untuk family pakai pada hari langsung. Nak DIY memang kirim salam lah. hahahha


Habis shopping, singgah kedai perabot jati tengok2, makan sup berdengung, chatting, dan balik. Puas hati satu hal dah setel!!


Balik rumah, mak aku tiba2 buka fail kahwin planner aku, nak cari idea design bilik. Dan guess what?!! Cadar bilik yang aku suka tu sama sebijik rupanya dengan yang dibeli. haha What a beautiful coincidence. Seronok sangat tau! hahhaha.. Suka suka! Yay! Hmm next step is untuk ukur lebar tinggi bilik nak beli tirai pula. Dan mak suruh aku tukar bilik dengan bilik adik aku yang berdua tu sebab bilik mereka lebih lebar, bilik aku pula kecil sikit sebab aku tidur seorang. Tengoklah esok lusa planning macam mana pula. Sayang nak tinggalkan bilik pink purple ni. Hmm.. 


Ok peeps, nyte!


with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, January 24, 2012

PERTEMUAN KEDUA DENGAN VENDOR PELAMIN



Hey beautiful b2b and all silent readers.


Dah baca entry INI tak? Yang ini sambungannya... =)


Siang tadi aku pergi ke butik pengantin untuk finalize pemilihan baju, ukur badan dll. And guess what?!! I bring along my mom, and so did si en. Tunang bawa mak dia. hehhe.. Memang aku tak boleh buat keputusan nak pilih baju mana untuk disewa kalau tak bawa mak aku untuk tolong pilihkan. Dan mesti kena bawa FMIL juga sebab dia perlu tahu pilihan pelamin dan warna busana pengantin untuk majlis belah dia pula nanti (sebab aku dan en. Tunang guna vendor yang sama untuk pelamin dan busana majlis resepsi dan bertandang).



BUSANA NIKAH


Buat kali kedua nak bagitahu ni, kita cerita kemudian ok. Sebab baju nikah dah beli siap dan buat hantaran tunang.




BUSANA MALAM BERINAI


Sebelum ni dalam entry  INI , kan aku fikir aku nak pilih warna  busana songket warna PINK terang! Kemudian beaded warna KUNING. Tadi bila pergi ke butik, mak aku ternampak songket warna MAROON dan suruh en. Tunang try. Tapi kemudian bila vendor keluarkan satu kain songket yang dibeli dari Singapore, warna FIG (nak ke pink2 juga!), terus mak aku suruh ambil yang itu. Means baju baru untuk malam berinai. Yay! Kalau boleh aku nak baju biasa2 saja sebab pakai untuk beberapa jam saja pun. Tapi bila vendor memang nak buat baju baru untuk butik dia, so grab the chance la kan! Style baju yang akan dibuat pula adalah sepasang dress, songket+net/lace. Aku setuju saja! 


Contoh:


fig color songket, lebih kurang macam ni lah warna kain tu.
photo from mqimqi.fotopages.com

cutting dress yang vendor nak buat tu ala2 macam ni lah agaknya.
songket belah atas, bahagian skirt pula pakai lace/net, aku lupa. haha.
Tapi tak adalah beading2.
photo from hdbyhattadolmat.blogspot.com
BUSANA MALAM BERINAI= DRESS SONGKET (FIG)



BUSANA RESEPSI


Design dress dah diberi masa pertemuan pertama. Warna tetap SOFT GOLDPerincian dan design baju dah diubah suai sedikit. Kain dan perincian akan mula dipilih dan dibeli oleh vendor sebab tadi baru ambil ukuran. 


Contoh design boleh refer entry INI.

BUSANA RESEPSI= DRESS (GOLD)




BUSANA POTONG KEK


Acara potong kek untuk keluarga dan buka hadiah dah dibincangkan akan ditukar kepada sebelah malam majlis resepsi. Tapi potong kek pada majlis resepsi tetap berjalan seperti biasa. Mulanya seperti yang aku plan, aku cuma mahu memakai baju warna PURPLE. Tapi bila cuba fitting, warnanya tak kena dengan aku. Begitu juga warna PINK, juga tak naik seri. Sekali lagi vendor yang baik hati terus bagitahu kami yang dia sedang dalam proses buat dress warna grey. Nampaknya dia sangat faham yang aku ni sangat suka pakai dress. hihi. Siap dengan busana lelaki ala2 kot. So kami pun ok je. Aku kurang pasti designnya macam mana. Nanti fitting baru tengok. 


Contoh (aku pun tak pasti bagaimana designya. hoho)


simple.
photo from 
alibaba.com
photo from joanneflemingdesign.blogspot.com
 
BUSANA POTONG KEK= DRESS (GREY)




BUSANA MAJLIS BERTANDANG


Pada entry  INI , aku dah bagitahu aku nak pakai dress juga untuk majlis bertandang. Design juga mak aku dan aku dah pilih inspired from majalah Pesona Pengantin! Dress ada riben besar di pinggang di bahagian hadapan. Warna pula mestilah merah atau coral untuk dipadankan dengan pelamin HIJAU. Namun FMIL sangat mahu baju warna hijau dan bila aku cuba pakai, aku rasa oklah. Hihi. Mak aku pun kata ok. Semua 3 pasang baju di rumah aku dress. So baju bertandang akan lain sikit la. Back to normal & tradisional. It's kebaya. =) As long as FMIL happy dan senyum, aku pun ikut saja. Dia kata, apa2 pun hijau tu mesti ada. So we all dah decide, pelamin yang hijau kena adjust sikit supaya semuanya tak nampak hijau. Pandailah vendor nak buat macam mana nanti. Cumanya baju lelaki belum ada lagi dan sedang dalam proses. 


Contoh (bukan baju sebenar):


Yang ni kebaya panjang. Baju yang dipilih tu lain sikit. Yang ni hijau lumut. Lawa gak. =)
photo from salinabridal.blogspot.com


hijau pucuk pisang, dengan kain batik. Aww lawaa.. =))
photo from princesscut.fotopages.com

BUSANA MAJLIS BERTANDANG= KEBAYA (HIJAU)




PELAMIN


Untuk pelamin pula tak ada banyak perubahan. Cumanya aku tukar kerusi tinggi yang kami pilih sebelum tu kepada kerusi cleopatra di majlis resepsi (subject to change). Manakala FMIL pula tak setuju kerusi tinggi gedabak tu untuk majlis menyambut menantunya, so dia request kerusi lain, iaitu yang kecil sedikit.


bukan kerusi sebenar. inilah kerusi cleopatra.
photo from rendaperancis.wordpress.com

Itu saja update untuk busana dan pelamin semasa pertemuan kali kedua dengan vendor pelamin. Aku tak sabar nak tengok hasil baju tu dan fitting! Lagi2 baju warna gold untuk resepsi masih belum diacukan warnanya kepada aku. Hopefully everything's gonna be okay. Appointment kali ke-3 will be on March. =)


Daa...


with love,
Alya Syaqiera

Monday, January 23, 2012

MASAK ATAU MAKAN DI LUAR?


Hey all readers. Bagaimana dengan cuti CNY? Pastikan diisi dengan banyak perkara yang seronok bersama ahli keluarga.

Masak sendiri atau makan di luar? Mana satu pilihan anda?

Siapa tak suka makan di luar kan? Banyak betul pilihan juadah yang enak2. Nak memasak sebegitu rupa kirim salamlah kan. Haha. Bagi aku pula, aku lebih suka masak sendiri di rumah (even untuk makan seorang) walaupun tak sesedap makan di luar. 

Sejak aku di zaman U lagi, aku duduk di single room. Dan setiap hari aku akan masak. Aku beli multicooker dengan wang biasiswa KPM. Rice cooker pula adalah pemberian daripada mak aku yang aku gunakan sampai sekarang di rumah sewa. Aku bertuah sebab bestie aku ketika itu, Heliza, ada peti ais empat segi yang saiz kecil tu. Jadi tak ada masalah kalau aku nak menumpang barang basah sehari dua dalam  ice box dia.. hihi.. Dan bila orang dah berbudi, kenalah pandai2 berbahasa. Setiap kali aku masak, aku akan sedekah sikit lauk kepada dia atau ajak dia makan bersama. Atau ada juga kami bertukar2 juadah. Sweetnya masa tu. =) 

Bilik aku ketika itu lengkap dengan barang dapur kering seperti gula, garam, tepung, beras, ikan bilis dll. Barang2 untuk memasak juga ada seperti minyak masak. Tak ada masalah untuk aku memasak kerana bilik aku berhampiran dengan bilik mandi. Membeli barang dapur juga mudah kerana selepas kuliah aku akan ke flat ikan Sri Serdang membeli barang dapur. Masakan yang aku masak pula bergantung kepada keinginan dan tahap kerajinan nak masak. Paling ringan aku goreng telur dadar. Paling heavy mungkin sambal sotong? Ahaha.. zaman student, cukuplah yang simple untuk makan sendiri. Bohonglah kalau aku tak makan di cafe kolej. Ya, memang ada. Kalau teringin nak makan char kuew tiaw, roti canai, atau burger special, ke cafe lah aku tuju.

Jadinya bila ada soalan yang bertanya,

"Kenapa taknak makan di luar?"

aku rasa memang aku perlu clarify tentang perkara ini. Anda juga sepatutnya dah tahu apa kelebihan masak sendiri berbanding makan di luar.

Kenapa aku suka memasak berbanding makan di luar?

1. JIMAT DUIT+FUEL+MASA

Obviously masak sendiri adalah sangat jimat dan murah. Ambil kalkulator dan kira berapa RM anda habis untuk makan dalam sehari. Breakfast+ lunch+ teatime+ dinner? Kemudian kalikan dengan sebulan. Jumlah?

Contoh 1: makan dada ayam (untuk seorang makan)

Masak di rumah: Beli dada ayam mentah dalam RM5.00 per pack, boleh makan dalam 4 kali. 

Makan di luar: Beli dada ayam goreng di luar seketul dalam RM2-2.50 (range price KL). Dengan RM5.00 hanya boleh dapat dua ketul ayam, boleh makan 2 kali sahaja.

Contoh 2: makan nasi (untuk seorang makan)

Masak di rumah: Beli sekampit beras let say 10kg dalam RM30++ boleh tahan dalam dua ke tiga bulan. Meaning RM10.00 sebulan untuk beras.

Makan di luar: Harga nasi satu polistrin dalam RM1.00-1.50. Dalam sehari makan paling sikit dua kali lah. So untuk nasi je dah RM3.00 sehari. RM3.00 kali 30 hari dalam sebulan=RM90.00?? Wah boleh dapat 3 kampit beras 10kg dengan price RM90!

Selain jimat duit, makan di rumah juga menjimatkan duit minyak kereta dan jimat masa travel & menunggu makanan. Bila dah jimat, hujung minggu bolehlah pergi berdating go for a movie, makan di restaurant yang mahal & shopping! hihi..

2. MALAS KELUAR RUMAH. 

Aku paling malas kalau dah balik rumah, especially lepas balik kerja tengahari, kemudian malam nak keluar cari makan. A big NO NO for me! Hari minggu pula hari untuk bermalas-malasan (lebih2 lagi kalau tak ada plan untuk keluar), memang masalah bagi aku yang cepat lapar ni kalau setiap kali nak makan kena keluar rumah, start enjin untuk cari makan. Paling kurang 3 kali kena keluar rumah kalau nak makan diluar   (for breakfast+ lunch+ dinner). Aku memang malas nak keluar rumah berkali2 hanya untuk itu. Lebih baik aku masak sendiri. =)

3. SIHAT.

Masak sendiri di rumah lebih sihat sebab kita yang kawal apa yang kita masak. Kalau makan luar memang sedap. Nak tahu kenapa? Sebab mereka taburkan begitu banyak Ajinomoto iaitu MSG penambah rasa supaya makanan jadi sedap. Pernah tak makan di luar, dish yang nampak sangat simple, macam tak cukup bahan tapi rasanya sedap sangat! Lepas tu pening kepala dek kerana Ajinomoto yang berlebihan. Selain tu, dengan masak di rumah, kita boleh kawal tahap kebersihan semasa penyediaan makanan. Bila makan di luar, kita takkan terjah tengok dapur dia macam mana kan? Haa..

4. DIET.

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang yang bekerja memang tak sempat nak masak. Untuk itu, ramai yang cenderung untuk makan fast food. Kita banyak disogokkan dengan iklan2 fast food yang katanya makanan tu berkhasiat bla bla. Tapi tak pun sebenarnya. Nak makan boleh. Tapi jangan selalu. & sesiapa yang nak berdiet tu, tolonglah jangan berdiet dengan tak ambil nasi, tapi ganti dengan fast food. Adoii.. Lagilah tak boleh berdiet korang kalau macam tu. Penyakit pula yang datang nanti. Jangan tak tahu pula, aku paling suka Creamy Carbonara from Pizza Hut. Tapi cukuplah kalau makan sekali dua dalam sebulan di hujung minggu bersama yang tersayang. Gassy drinks pula tukarkan kepada fruit juice. =)

Mango tango at pizza hut. =)
5. JAGA PERUT SENSITIF.

Perut aku sangat nipis dan sensitif. Aku tak boleh makan sebarangan. Pantang salah makan sikit, dengan pantasnya perut aku akan memulas dan mulalah muntah2 dan cirit-birit. Kalau dah kena, memang badan aku sangat flat nanti. Pernah aku makan di Nando's dulu, balik rumah terus sakit perut dan muntah2. Orang lain yang makan bersama aku tak ada apa2 pula. Itulah kali pertama dan terakhir aku ke Nando's. Sila jangan ajak aku makan Nando's, memang aku tak nak. Pernah juga perut aku sensitif kepada air kacang soya, setiap kali minum terus muntah. Tapi sekarang dah ok. =) So aku sangatlah perlu berhati-hati kalau nak memilih kedai makan di luar.

6. STATUS HALAL.

Kalau masak sendiri, kita pasti yakin bahan2 yang kita pilih dan beli di pasar  itu adalah halal. Namun jika makan di luar, status halal itu kadangkala diragui lebih2 lagi jika kedai makan yang ada tanda halal, namun tukang masaknya dalam kalangan warga Nepal atau Bangladesh. Sijil halal juga banyak yang palsu dan tidak diiktiraf, malah ada juga premis yang mengaburi mata pengguna dengan melekatkan sijil halal penyembelihan ayam, bukan sijil halal penjualan makanan. Tak kurang juga yang menambah alkohol, ham dan pork dalam makanan, namun mendakwa mereka menjual makanan halal.

7. MENGERATKAN HUBUNGAN.

Masak bersama dan makan di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pada ketika itulah banyak perkara boleh dibincangkan bersama kerana pada waktu lain kita sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Sebab itu kita boleh lihat perbezaan mereka yang masak dan makan bersama di rumah adalah lebih rapat antara satu sama lain, berbanding makan berasingan.

8. PRACTICE MAKES PERFECT!

Kepada gadis2, masak sendiri di rumah adalah satu2nya cara untuk anda berlatih memasak sebelum anda berkahwin. Tiada istilah tak tahu memasak di zaman ini, melainkan sikap malas! Walaupun anda si gadis bujang, tidak bermakna setiap kali waktu makan anda perlu beli makanan bungkus. Resipi2 boleh dimuaturun dari internet. Jika tidak tahu boleh bertanya kepada ibu atau orang yang lebih tua. Setiap hari masaklah masakan yang berbeza. Jika setiap hari kita memasak, tak mustahil kita akan jadi cekap. Yang paling penting adalah rajin memasak! Tentu beruntung si suami yang memiliki isteri yang rajin memasak untuknya. Percayalah dia akan lebih sayang anda kerana setiap hari makan masakan dari air tangan anda. Ayuh praktis sekarang!

Kesimpulannya, tak salah makan di luar. Pilihan di tangan anda. Tapi kalau boleh kurangkan makan di luar untuk menjaga kesihatan. Kerap sangat masak di rumah juga kadang2 memenatkan dan boleh mengundang bosan. Jadi bolehlah pergi makan di luar pula. =)

p/s: Kadang2 aku ada juga 'hari malas memasak'. Jadi aku akan masak maggi. Masak juga kan. Oke lettew.. huhu

Read others:
with love,
Alya Syaqiera 

Sunday, January 22, 2012

DAY 16 - GADGET YANG ANDA ADA



Gadget.


Aku bukan penggila gadget. Aku pakai apa yang ada je. I'm simple. Sebab yang paling utamanya kena tengok fungsi gadget tu. Kalau canggih mana pun tapi tak boleh call or SMS, atau bateri cepat kong, tu bukanlah pilihan aku. huhu


Gadget setakat ni biasa2 sahaja. Ada satu Blackberry bold warna putih model apa aku pun tak ingat, tapi yang lama2 sikit la. Hadiah daripada en. Tunang. Kami punya BB sama. Tapi aku je boleh BBM sebab en. Tunang pakai bill family plan dah lama dah, dan dia tak mahu tukar. Dan katanya kalau pakai bill nanti bayar mahal. So kalau nak sms or call dia perlu guna kredit oke. So far bb ni guna untuk SMS, call, BBM, twitter, chatting. 


bold.
photo from bloggers.com


One more gadget, Galaxy Tab. Obviously en. Tunang punya, aku rampas dari dia (boleh?) Haha.. actually aku pinjam (pinjamlah sangat sampai sekarang tak pulang2 haha). Pada mulanya dia ajak tukar2 pakai. Tapi dah jadi hak milik aku sekarang since dia dah ada Samsung Ace. Bill broadband pun dia bayar. Tab ni aku guna untuk ambil gambar sebab screen dia besar, dan untuk berFacebook. Games aku tak berapa main sangat.


tab.
photo from bigpicturebigsound.com


So tu jelah 2 gadget yang aku ada. 


Tamatlah cabaran hari ke-16 30-day blog challenge.


Bye. 


with love,
Alya Syaqiera

Saturday, January 21, 2012

CARA RASULULLAH SAW MENJAGA KESIHATAN DIRI



Sharing is caring!



1. BANGUN SEBELUM SUBUH

Tidur awal, jadi boleh bangun awal tau. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati. Mandi sebelum terbit fajar pula membolehkan kita awet muda.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Kebersihan dan kekemasan diri perlu dijaga. Begitu juga dengan kebersihan di tempat tinggal; sampah jangan biarkan busuk, pinggan mangkuk dibasuh dengan bersih sejurus selepas digunakan, pakaian dibasuh dan disidai dengan elok etc. Kebersihan persekitaran juga perlu dijaga. Nampak mudah, tapi bukan semua orang dapat praktikkan amalan menjaga kebersihan dengan baik. Hidup dengan bersih, pasti sihat. =)

3. TIDAK MAKAN BERLEBIHAN

Makan berlebihan boleh membuatkan manusia letih dan jadi malas. Jadi, perlu makan berpada-pada. Tapi kalau macam aku, waktu makan pun tak tentu. Bila dah lapar baru cari makan. Kadang2 makan dengan sesukahati. Ish ish.. tak sesuai. =p Makan berlebihan boleh menyebabkan obesiti. 

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Paling jarang nak amalkan berjalan kaki ni. Contohnya, kalau pergi shopping, kalau boleh aku akan cari parking yang betul2 depan entrance shopping mall. Punyalah malas nak berjalan. haha. 

5. TIDAK PEMARAH

Ada orang yang dikurniakan sifat penyabar. Alhamdulillah. Tapi orang yang kurang sabar (macam akula tu), nampaknya kena banyak train diri supaya banyak bersabar supaya tak menjurus kepada sifat pemarah. Sifat pemarah boleh sebabkan darah tinggi!

6. OPTIMIS & TIDAK PUTUS ASA

Hidup ni memang banyak dugaan dan cabaran, sampaikan kadang2 rasa tak mampu nak handle. Elakkan berseorangan, tapi perlu sokongan dari orang sekeliling supaya kita tak mudah putus asa.

7. TIDAK IRI HATI

Berasa gembira dengan apa yang dimiliki dan dicapai oleh orang lain, akan membuka jalan untuk kita pula menerima apa2 kelebihan. Bersih hati, hidup sihat.

8. PEMAAF

Maafkan kesalahan orang lain, hidup akan jadi lebih tenang.


with love,
Alya Syaqiera

Thursday, January 19, 2012

PLANNING CUTI CNY



Hello dear readers.


Ouh sekarang sangat busy dengan kerja, sampai kadang2 tak tahu nak buat yang mana satu sebab kerja terrrlalu banyak. Nak bernafas pun kadang2 tak sempat (boleh?). Aku fikir aku seorang yang rasakan perasaan macam ni. Tapi rupanya cikgu2 lain juga begitu. Memang kerjaya sebagai guru sangat banyak bebanannya. Tapi perkara paling best jadi cikgu ni sebab banyak CUTI! (ko hade?) Huh? Cuti?? Chinese New Year (CNY) dah dekat ni. Yay! Apa plan?


Berjimba dan bersuka ria sudah pasti tolak ke tepi. Cuba lihat WEDDING CHECKLIST di SINI. Ada nampak apa2 perubahan tak sepanjang 3 minggu ni? Tak ada kan? So sebagai wedding planner kepada wedding sendiri, haruslah bergerak dengan aktif masa cuti SEMINGGU ni.. Apa? Cuti seminggu?? Yeahh betul tu. Tapi tak perlu jealous lah. Sebab dua hari cuti tu kami kena ganti, kerja hari Sabtu.. sobs.. 


Antara plan setakat ni:


SABTU: 
confirmkan dewan majlis resepsi
facial treatment
lukis peta lokasi event resepsi

AHAD:
 balik kampung jumpa abah, bincang pasal wali 
beli kain tirai bilik pengantin

ISNIN:
 tempah kad kahwin/banner/bunting
beli cincin nikah lelaki

SELASA:
pergi butik pengantin, tempah/confirm sewa baju, 
pilih jenis kain/warna/beading/veil bla bla..
(app. at 2pm)

RABU: 

survey door gifts di Nilai 3
 beli cadar bilik pengantin
 konfirmkan menu majlis akad nikah. test food?

KHAMIS:
 buat I/C baru
jumpa imam kawasan minta sign borang wakalah

JUMAAT:
spa treatment

SABTU:
folo en. tunang g kenduri kahwin

AHAD:
berehat sambil tonton AJL & bersedia untuk bekerja



Ouh semua pasal kahwin preps? Serious memang dah suntuk sangat! Tinggal 3 bulan 3 minggu sahaja lagi. Tolak kerja + kehidupan semua, kira2 hanya tinggal sebulan suku jelah.. Wuwu.. Doakan aku berjaya buat semua plan yang diatas.


Sekian.


with love,
Alya Syaqiera

BAJU ALYA?



Baju ape tu?
Keyword bagi spesifik sikit. he he






with love,
Alya Syaqiera

Wednesday, January 18, 2012

TRAGEDI PAGI HARI MAJLIS BERTANDANG



Bangun awal pagi dengan tergesa2 pada pagi majlis bertandang. Disolek dengan sempurna di rumah aku sebelum bertolak ke rumah pihak lelaki. Tapi baju!!!! Aku hanya ada sehelai satin LBD (little black dress) sleeveless! Oh no! Aku kan bertudung! Aku pakai juga satin LBD, tanpa inner atau cover di luar! Tudung juga tak sempat beli! Kasut pun tak ada.. berkaki ayam nampaknya. Bunga tangan diserahkan kepada aku. Make-up artist dah siap pakaikan aku veil di kepala. Tapi apalah rupanya bila pakai dengan LBD. Aku wanita bertudung ok! 


Aku menangis semahu-mahunya. Aku tak mahu keluar rumah dengan keadaan sebegitu. Bertubi-tubi panggilan telefon dari pengantin lelaki bertanyakan kenapa aku masih tak sampai2 lagi ke rumahnya sedangkan majlis sudah bermula. Tapi aku terus menangis, kecewa.


Pengantin lelaki bersanding berseorangan. Keluarga mertua susah hati, apatah lagi keluarga aku. Tapi tak boleh nak berbuat apa2 sebab semuanya dah terlambat.


Itulah padahnya terlalu banyak kerja sampaikan aku tak sempat nak fikir tentang kasut, tudung, malah baju untuk bertandang. Pada awalnya fikir nak beli kasut yang cantik untuk majlis bertandang. Tapi, tak sempat! Tudung pun tak sempat beli. Akhirnya hanya tinggal sehelai LBD untuk dipakai.


Beberapa hari selepas majlis bertandang, ada kawan2 yang bertanyakan kenapa aku tiada semasa acara bersanding. Aku terpaksa menerangkan perkara sebenar kepada mereka. Aku betul2 kecewa. =(


Tapi, syukur. Cerita di atas hanyalah sekadar mimpi aku malam tadi. Aku dah mula masuk tidur awal sekarang sebab nak bangun awal. Tapi, disebabkan mimpi yang sangat tragis malam tadi, aku berasa sangat penat, aku pun terbangun lambat. 6.30 am baru terjaga! MasyaAllah kalau jadi betul2, tak tahulah macam mana ya. Mungkin fikiran aku terbawa-bawa ke dalam mimpi. Masa memang dah suntuk, tapi baju masih lagi belum tempah! Seriously tak sempat fikir tentang wedding preps sekarang. Haih.


Anda semua tolong doakan semua berjalan lancar ya. Harap majlis bertandang tak jadi macam cerita yang di atas. Cerita ini sekadar mimpi. =)


with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, January 17, 2012

OUH NO!! TARIKH KENDURI SAMA DENGAN BESTFRIEND!



Baca tajuk, pasti faham content entry. Kan?


Hai all.


Baru dapat tahu semalam, one of my bestie zaman study dulu, reception date sama dengan aku! Bukan setakat tu, tarikh bertandang pun sama! Oh sangat frust. Aku tak dapat datang wedding dia, and vice versa. Hmmm... Sampai aku boleh tanya dia semalam, kenapa tak tanya tarikh aku dulu before dia decide tarikh dia. Boleh tak tanya macam tu? haha.. Aku tanya macam tu pun sebab aku bertunang dulu daripada dia (aku tunang bulan 11, dia tunang baru lagi bulan 1), jadi aku sangkakan tarikh kahwin dia pun lambat sikit dari aku, rupanya tidak.


She's a lecturer now. So tarikh yang dia pilih untuk reception dia tu, adalah masa dia cuti. Aku fikir ramai juga kawan2 dapat datang masa resepsi nanti disebabkan tarikh aku tu bukanlah hot date. Tapi, bila dah tahu semalam, aku rasa sangat sedih. Tsk tsk.. Apatah lagi kawan aku, kawan dia juga. So kawan2 lain mesti masing2 berbelah bagi nak datang wedding yang mana satu. Tempat pula jauh2. Jangan dua2 wedding mereka tak datang sudah. huhu


Kami dah janji akan datang wedding masing2. Apa boleh buat. Bila dah tiba masanya, ada pula aral melintang. Masing2 dah bekerja, dan wedding pun kena ikut timing masing2. Erm.. sedih.. sobs =(


Ok bye. 


with love,
Alya Syaqiera 

ADAT MALAM BERINAI




Salam semua.


Aku yakin bakal pengantin di sana (termasuklah aku) kurang faham tentang adat malam berinai. Adat berinai ini dikatakan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat semakin dilupakan, tetapi bagi aku sangat menarik untuk dikaji. Dulu semasa zaman U, ada juga buat research tentang perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia untuk satu subjek, Etnik kalau tak silap (subjek etnik apa ye? Tak ingat tajuk full. hehe). Teringat lagi ketika itu, adat perkahwinan Melayu juga banyak yang aku tak tahu.


Bagi majlis malam berinai ini sebenarnya tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Lain tempat, lain definisi malam berinainya. Tetapi kebiasaanya, pada malam berinai, si pengantin akan menukar beberapa persalinan daerah. 


Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:

  • Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
  • Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
  • Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.



Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggah, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.


Kelengkapan malam berinai ini termasuklah tepung beras yang sudah digiling (pilis), bunga rampai dan air mawar.



Renjis-renjis di pilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar


Lirik lagu di atas sangat menepati makna adat merenjis. Daun si tawar merupakan salah satu alatan merenjis yang menyejukkan (di Aceh di sebut sebagai peuseujuk), diules tepung (beras yang digiling halus), di renjis ke pilis (dahi) sehingga dapat menjadi penawar - mengelak kepanasan. Adat ini dilakukan adalah untuk menyesuaikan suasana, gemuruh hati pasangan pengantin yang harus dilembutkan dengan kesyukuran daripada ayah bonda yang merenjis, lengkap pula dengan doa restu , sama juga dalam adat menepek inai di malam berinai kecil.


Selesai acara menginai ditabur air mawar, beras kunyit lambang kesyukuran, punca rezeki, tidak pula ditabur sesukahati tapi dijemput ke telapak tangan pengantin lelaki dibawa ke telapak tangan pengatin perempuan. Mak andam haruslah mengutip beras kunyit tadi dan dimasuk kembali ke dalam batil. Kemudian dijemput bunga rampai diletak ke telapak tangan ke dua-dua pengantin.


Selesai acara menginai atau merenjis ini, maka dihulurlah bunga telur sebagai lambang terima kasih pengantin yang bakal mengembang zuriat. Menurut blog ini, usahakan bunga telur sebagai tanda terima kasih, bukan gula-gula atau coklat yang tidak melambangkan punca zuriat.




p/s: Baca lagi tentang adat berinai: Nur Qasidah di Walimatul Urus


SOURCE OF REFERENCE: 



Saturday, January 14, 2012

DAY 15 - DREAM WEDDING



Wah!! Dah bersemak-samun dah 30-day blog challenge yang aku join ni. Tak kira! Aku nak sambung gak. Haha..


Sekarang ni kan tengah busy kan buat wedding preps. So bila godek2 challenge ni ada pula ternampak tajuk Dream Wedding. Alamak! Memang sesuaiii sangat dengan situasi aku sekarang ni, yang memang dah lama berangan nk wedding macam ni macam tu!!


Ada banyak sebenarnya konsep dan tema wedding yang boleh dipilih (berdasarkan lokasi). Antaranya; beach wedding, fairytales, taman, dewan, rumah, pool wedding etc..




Aku punya dream wedding adalah dalam beberapa konsep.
Pertamanya wedding dalam taman+fairytales. Penuh deco bunga2 segar, ditambah suasana nyaman, redup dan sejuk. Pengantin datang naik kereta kuda ala2 style Cinderella, taman cantik ala2 Alice in Wonderland ada fountain.. ahaha.. lupakan saja impian tu. Lainlah kahwin dengan anak raja, baru boleh berkehendak macam tu.


Keduanya, pool wedding! Oh my.. aku suka sangat konsep pool wedding ni. Tapi kena sewa tapak pool+khemah la. Yang paling best sebab sebelah air kolam, kadang2 landskapnya macam2 sampai boleh dengar air mengalir. Suasana tenang. Aku pernah pergi survey pool di Botanic Club Resort, Klang. Kebetulan ada persiapan wedding di sana. Memang cantik dan perasaan sangat teruja! Rasa sangat best kalau dapat buat wedding disitu. Nampak mewah. Lepas habis resepsi, boleh terjun ramai2 mandi dalam kolam. Aha.. Tapi aku langsung tak berkeinginan untuk tahu berapa kosnya sebab aku tahu mesti lebih daripada bajet aku. Ada beberapa contoh gambar pool wedding. Tapi yang ni bukan di Botanic Club tu la tau.


walkway
photo from  
projectwedding.com
pool wedding
photo by weddingwire.com
photo from ellada.net

tabur roses dalam pool
photo from 
weddingsquare.com


bridge over pool
photo from 
momentville.com
photo from  projectwedding.com

Haa camne? Suka tak suka tak??! Pool wedding jarang ada di Malaysia. So kalau buat memang best dan terkenang2.. Duhh.. mungkin nanti anniversary boleh buat di pool? =)

Nite.

with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, January 10, 2012

MATHS IN ENGLISH OR BAHASA?



Tadi semasa masuk mengajar Maths ting. 4 yang semuanya terdiri daripada kaum Cina, aku sempat buat survey tentang pilihan mereka mahu belajar dalam English atau BM. Ya. Mereka memang ada pilihan. 


Dari mesyuarat panitia Maths terkini, 3 kelas akan menggunakan buku teks BM, manakala baki lagi 9 kelas akan menggunakan buku teks bahasa Inggeris. Kelas yang aku ajar diputuskan untuk mengunakan bahasa Melayu. Isi dalam buku teks yang mereka terima masih sama, namun ditranslate 100% kepada BM. Aku pula menggunakan buku teks Bahasa Inggeris yang aku ambil dari tahun lepas. ahahah.. memang harulah nak mengajar sebab aku rujuk buku English, mereka pula rujuk buku BM.


Makanya setelah kata sepakat dicapai dalam kelas tersebut, mereka ingin meneruskan P&P dalam bahasa Inggeris. Aku pun cepat2 suruh mereka tukar buku teks ke Bahasa Inggeris di bilik SPBT. Mujur ada lagi baki buku. Boleh mengajar macam biasa selepas ni.


Lama juga aku belajar Maths sejak zaman matrik hingga ke U sampailah mengajar di sekolah semuanya in English. Jadi aku prefer mengajar dalam English. Sebenarnya pelaksanaan MBMMBI adalah akan berdasarkan kepada yang pertama, kesedian guru mengajar dan kedua; kesediaan murid belajar. Guru boleh mengajar dalam mana2 bahasa yang dirasakan boleh disampaikan dengan baik, manakala pelajar boleh memilih sama ada mahu belajar dalam BM atau BI atau dwibahasa. Peperiksaan juga akan menggunakan dwi bahasa.


with love,
Alya Syaqiera 

Sunday, January 8, 2012

KENAPA DENGAN YASIR MANSOR?



Kenal tak siapa dia ni? Kenapa tiba2 nama dia hangat dalam blog aku ni? Jom tengok gambar sikit je jumpa bila Google.


Ni masa AJL-25. Ouh segak! =p
photo taken from redmummy.com
Close-up sikit lagi. Haa da kenal kan sekarang?
photo from taken kosmo.com.my

Ok. Yasir Mansor ni pembaca berita Buletin Utama TV3. Aku rasa dah lama juga dia baca berita, sejak aku zaman study lagi kalau tak silap. Aku suka tengok muka dia setiap kali tengok berita. Ala2 jatuh hati lah tu. Mak aku je yang tahu aku minat pada Yasir ni. Bila tengok dia baca berita, aku akan tersenyum, sampailah sekarang. Aku paling suka tengok mata kuyu dia tu. Hhahhaha.. kalau en. Tunang baca, agak2 dia marah tak? lalala~

Aku bukan nak cerita sangat pasal aku peminat si Yasir, atau Yasir minat pada aku ni (??). Sebenarnya, muka en. Tunang aku lebih kurang macam beliau ni. Ya Allah memang aku tak perasan mula2. Tapi bila diamati gambar2 en. Tunang, lebih kurang je mukanya. Sebab mata mereka sama! hahahha.. What a sweet coincidence kan... Seriously tak ada criteria langsung yang aku tetapkan supaya bakal suami serupa dengan Yasir ni. Tapi entah la kan. Nak gelak pun ada. Jom gelak sama2. ha ha ha~

Okay. Cukuplah tu. Walaupun muka mereka berdua ada sama sikit, tapi tetap ada beza. En. Tunang lebih gebus (gebu-gebulah) dari Yasir. =P


Sekian...

p/s: En. tunang/husben/bf korang pulak iras2 siapa?? And nak baca sikit info tentang Yasir? Boleh klik SINI.

with love,
Alya Syaqiera

Saturday, January 7, 2012

FOOD TASTING DENGAN CATERER MAJLIS RESEPSI



Hai gorgeous and handsome sekalian!


Memang agak susah jadi wedding planner untuk wedding sendiri, uruskan banyak hal sendiri, lagi2 anak sulung di mana mak ayah tak pernah menguruskan kenduri kahwin, dan tak ada kakak abang. Banyak perkara tak sempat nak fikir semenjak dah start kerja ni sedangkan masa hanya tinggal lagi 4 bulan! Ouh help!


Tapi aku gigihkan diri juga.


Eh jangan nangis! Tu intro je. haha. Tak banyak nak cerita. Cuma tadi jumpa dengan caterer yang aku pernah tulis di SINI, untuk food tasting. Menu dalam entry tu sebenarnya promo untuk 2011. Ada perubahan sikit pada menu dia. The latest punya boleh refer dalam majalah Pesona Pengantin.


Not bad lauk dia. Dia hidang 3 jenis lauk utama sahaja.  Aku sebenarnya nak bagitahu rahsia kat semua silent readers. Aku sebenarnya kurang minat makan makanan kenduri. Kalau pergi kenduri pun, aku akan makan sikit sahaja.. Haha perasan tekak western la konon. Kahkah.. Ermm tapi sebenarnya memang tak tahu kenapa, memang kurang minat. So lauk seperti daging masak hitam, masak kurma, dan acar buah adalah bukan favorite aku. Tapi disebabkan orang tua banyak bagi cadangan untuk pilih lauk itu ini, maka aku perlu turutkan juga. Tak kisahlah. Tetamu yang nak makan kan? Dan aku harap tetamu masa majlis nanti, tak adalah yang macam aku ye. Aku nak mereka habiskan semua lauk tu. Baru puas hati ni. =)


Tadi juga kami bincang deco dewan. Harap semuanya ok. Btw readers/b2b, aku tak reveal caterer mana yang aku ambil ni, aku hanya akan reveal dalam review nanti. Senarai menu juga aku akan update masa review. If anything, boleh terus pm di FB ya. =)


Selamat memilih caterer untuk majlis anda pula.. Daa~


with love,
Alya Syaqiera

MASA UNTUK PILIH WEDDING CAKE!



Ada banyak wedding cake yang boleh dipilih. List ni aku dapat dari website The Best Wedding Ideas. Antaranya:

  • white cake
    the most traditional wedding cake. Tak pasti pula kek ni macam mana atau aku pernah rasa atau belum.
      photo from bakeacakefromscratch.com
  • chocolate cake
    Orang lelaki dikatakan suka chocolate cake ni.
    3 tier chocolate cake
    photo taken from
    chocolatecakesonline.com 

  • marble cake
    5 tier chocolate marble cake
    photo from t
    inak.co.uk/wedding-cakes
  • lemon cake
    girls lebih suka rasa lemon berbanding lelaki. Tanya dahulu kepada bakal suami anda sama ada dia setuju dengan lemon cake atu tidak.

    vintage lemon wedding cake
    photo from f
    lickr.com/photos/thelittlevillagecakecompany/5410352765/
  • carrot cake
    photo from nicecakeworld.com
  • buttercream frosting
    Frosting yang paling popular. Memerlukan penghawa-dinginan, makanya tak sesuai untuk outdoor wedding.
    photo from topweddingcakes.inf
  • fondant
    *huraian mengenai kek ni ada di tengah2 entry. =p
    Kek ni kek hantaran tunang tempoh hari dari pihak lelaki.
    Photo from own collection. 
  • royal icing & gum paste
    photo from marthastewartweddings.com
*tapi tak faham kenapa cheese cake tak tersenarai??


Kek 3 tingkat termasuk dalam pakej catering, bersama dekorasi meja kek. Tak tahu kek apa yang akan diberi. Yang pasti kategori kek yang aku taknak adalah:


1) Fondant cake yang nampak cantik, tapi tak boleh atau tak larat nak makan. Kek ni ada gula putih keras di luar tu. Lebih kurang macam kek hantaran tunang dari pihak lelaki hari tu. Kalau nak makan, terpaksa pisahkan gula di luar tu dengan kek. Sebabnya, gula tu terlalu manis!! Aku tak makan benda yang manis sangat, tak boleh terima. Fondant cake memang cantik, deco kemas je. Cantik2 pun tak larat makan, dan sayang nak buang gula lapis luar kek tu sebab harga kek fondant ni MAHAL (bagi akulah pengantin budget).


2) Kek sponge. Kek ni agak tradisional sikit. Nak makan biasa2 boleh lah. Tapi kalau untuk wedding, aku rasa jarang boleh dihabiskan. Kan rugi? 


3) Kek yang ada kacang. Sorry tak makan. Tak suka makan kek (atau coklat) ada gangguan benda keras. Haha..


Tu jelah tiga kek yang aku tak nak sebab aku tak tahu banyak mengenai kek. Lagipun aku tak tahu bake cake. Kalau buat biskut boleh la sikit2. hihi.. 


Dan my favorite cake mestilah cheese cake. Warna cheese mestilah putih cream. Lepas tu letak fresh fruits di keliling. Nyummy.. Aku makan sorang pun boleh habis. hihi.. 


strawberry di atas cheese cake!! ouhhh serious meleleh air liur dah ni!!
kalau nak sangat ikut warna tema, boleh tambah anggur purple kan ganti stoberi.
photo from greatweddingcakes.onsugar.com
black & white cheese cake
photo from monpetitfour.blogspot.com

Sekejap lagi baru nak tengok kek apa yang ada. Dan kalau boleh nak request cheese cake!! Tak perlu cantik, simple lebih baik, asalkan rasanya sedap. Kan seronok kita tengok orang makan habis semua makanan dan kek kita masa wedding nanti kan. Kalau tak habis nanti tertanya-tanya sendiri..


"eh kenapa kek ni tak laku. tak sedap ke? aku salah pilih kek ke"


Eh eh tapi semua guest suka makan cheese cake ke ni?? Hahaa.. en. Tunang selalu kata.. Jangan pilih menu makanan yang kita suka makan, tapi pilih yang kebiasaannya orang suka makan. Sebab kalau ikut selera kita je, kita sorang je lah yang akan makan nanti. Kalau ikut kebiasaan, mestilah laku makanan tu. Jadi taklah membazir. Betul juga cakap dia tu kan. Tu lah. Apa2 pun aku tetap nak cheese cake, sebab aku yang nak makan banyak2.. ahhaaaha...=P


Ouh! Bukan cheese yang ini!! ini tak sesuai ok. hahahha..
photo from wedinator.icanhascheezburger.com
p/s: Kalau tak ada cheese cake, pilihan kedua mungkin butter cake.


with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...