Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, February 28, 2012

PRE-WEDDING PHOTO SHOOT & VIDEO SHOOT DONE!



Salam semua.


Quick update. Busy sangat sekarang. huhu..


Ahad lepas aku dan en. Tunang pergi shoot pre-wedding bersama team OP (official photographer) & OV (official videographer) untuk wedding kami di Putrajaya. Tumpuan lebih kepada video save the date, so photoshoot agak kurang gambar (banyak gambar candid sahaja). Lagipun aku memang tak sempat nak study pose before pergi shoot. Mana taknya dari minggu lepas aku sangat busy. Hari Sabtu pagi dengan Mesyuarat Agong PIBG lagi di tempat kerja, petang tu baru sibuk2 nak prepare untuk shoot esoknya beli baju dan props semua. 


Pada hari shoot pula aku bangun awal pagi sebab kena make-up sendiri kan. Tu pun aku apply light make-up sebab aku nak nampak natural sahaja. Tapi tak pasti hasil gambar dan videonya bagaimana..hmm teruja juga nak tengok. huhu.. Lagi OP & OV dah janji nak jumpa di Putrajaya pada pukul 8 pagi. Sebelum 8 pagi, aku dah terpacak di tempat yang dijanjikan. En. Tunang pula lambat sikit sampainya sebab ada lori terbalik?


Overall aku sangat puas hati dengan komitmen OP & OV semasa shoot. Memang nampak la kesungguhannya.. boleh dipuji. Clap! Hari memang panas. Alhamdulillah tak hujan. Kami sampai, mereka setup camera dan video dan semua equipment, dalam pukul 9 lebih macam tu dah mula photo shoot dan record video. Petang dah mula hujan rintik2 tapi sekejap2. Cukup masa kami dah habis shoot scene terakhir, hujan turun dengan lebat dan ketika itu kami dah selamat masuk ke dalam kereta untuk pulang.


Aku bawa 4 pasang persalinan untuk shoot in case nak guna. Ya, memang guna pun. En. Tunang pula aku pesan dia untuk bawa 2 persalinan, dia pun bawa 2 saja. So, dia banyak pakai baju yang sama semasa record video. huhu..


Dari segi video pula, taknak cerita banyak. Nanti outputnya anda boleh tonton ya!


Part yang paling kelakar dan terngiang-ngiang sampai sekarang adalah part interview. En. Tunang turn pertama. So dia pun mulalah berinteraksi dengan camera bercerita bagaimana pertemuan pertama kami dan sebagainya. Bukannya kami tak ada buat homework sebelum itu. Memang ada. Tapi ada beberapa perkara yang en. Tunang cakap bertentangan dengan fakta. Aku pun jadi sedih, dan aku pula yang cakap 'CUT!'. huhu.. Kemudia OV kata tak mengapa. Turn aku nanti biar aku betulkan semula mana yang bertentangan dengan fakta sebenar. 


Antaranya; en. Tunang kata first meet kami pada bulan 6 tahun 2010, padahal kami baru kenal ketika itu dan hanya berjumpa sebulan selepas itu. Kemudian katanya, semasa mula2 baru berkenalan, aku yang memberi nombor telefon kepadanya, padahal sebaliknya. Typical Malay man, memang tak akan ingat perkara seperti itu. Mungkin bagi mereka, perkara tu macam remeh je. hmm. Dan tiada dalam skrip yang kami dah draft sebelum tu, dia kata aku cemburu & agresif. Which is aku terkejut juga dia cakap macam tu. Tapi tak mengapa. Boleh cut. huhu. Bila turn aku pula, ada beberapa perkara aku terlupa nak cakap, dan aku tercakap yang en. Tunang tak handsome, tapi good looking, dan itu membuatkan dia terasa hati.. huhu.. tapi dah clarify pada dia dah lepas tercakap tu. lalalala~


Aku pesan kepada OV supaya cut mana2 scene yang agak negatif, tapi katanya itulah yang membuatkan video best. Kalau semuanya dirancang, jadi tak best pula nanti. Ok lah. Nanti sebelum video publish, akan preview dulu pada aku. Masa tu baru aku boleh tapis mana yang perlu. huhu


Till here. Will update the photo soon! =D


p/s: Nak tahu idea video dari mana? Klik SINI!


with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, February 21, 2012

CUTI KAHWIN DAH LULUS!



YAY! Alhamdulillah...


Oleh kerana tarikh kahwin bukanlah jatuh pada hari cuti sekolah, makanya susah ok nak minta cuti ataupun Cuti Rehat Khas (CRK). CRK ni hanya diperuntukkan 7 kali setahun, di mana 6 daripadanya boleh diambil sekali setiap dua bulan, dan baki 1 kali adalah atas budi bicara ketua jabatan. Aku pula mohon 4 hari cuti Jumaat dan Ahad, dua kali berturut-turut. Sah-sah la tak dapat. Haha. So satu cuti dipotong. Itupun dah cukup bersyukur dapat cuti hehehhe..


Lega...sebab ada juga beberapa kali nak jumpa ketua jabatan mohon cuti, busy nya bukan main. Takut nak jumpa pun ada. Tapi tadi ok je. Huhuhu..


Ok, tu je update hari ni.


Selamat bercuti! LOL


with love,
Alya Syaqiera

Sunday, February 19, 2012

PERTEMUAN KEDUA DENGAN CATERER MAJLIS RESEPSI



2 bulan 2 minggu lagi! MashaAllah cepatnya masa berlalu, tanpa aku sempat berbuat banyak perkara. Sungguh terlalu busy dengan hal kerja itu ini. hmm..


Hai readers semua!


Ingat lagi tak aku pergi test food last time, dalam entry INI. Masa tu bincang untuk layout majlis di dewan. As anda semua dah tahu, tarikh resepsi dan tempat majlis aku dah tukar selepas berbincang dengan orang tua. Tempat sekarang adalah di rumah, which means aku kena sewa kanopi pula. 


So tadi pergi untuk bincang mengenai kanopi, layout kanopi, dan mengurangkan sedikit benda2 yang direquest untuk majlis di dewan temph hari.


Caterer provide 4 buah kanopi arabian termasuk dalam pakej. 1 kanopi makan beradab siap underlayer dan chandelier. Yang lain semua  kanopi biasa dengan scallop. So aku minta dua lagi  kanopi tambahan sebab nak letak pelamin je dah makan satu  kanopi. Kemudian, caterer tambah lagi satu khemah kecil untuk menyambut tetamu katanya, khas untuk parents. Summary canopy:
  1. 1 kanopi pelamin
  2. 1 kanopi makan beradab
  3. 4 kanopi tetamu
TOTAL= 6 kanopi



Nak tengok apa lagi dalam pakej, boleh klik bawah ni.






Contoh layout:




Selain tu, before this aku request cheese cake. Oleh sebab dah tukar canopy  sure agak panas, takut kek cair, caterer suggest aku ambil kek butter cream (tapi aku rasa ni lagi cepat cair! ke macam mana??). Meja aku request lebih untuk guestbook corner, hadiah & doorgifts. Itu saja lah setakat ni. So far rasanya tak ada masalah lagi. Any changes boleh update dengan caterer bila2 masa sebelum majlis.


Daa~


with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, February 14, 2012

WAJAH BEAUTIFUL BY ANNASHA (WBA) 2011



Ingat lagi tak contest Beautiful by AnnaSha yang aku join & tersenarai Top 5 (first stage) seperti dalam entry INI? Persaingan sangatlah sengit. Daripada Top 5 tersenarai ke Top 20. Dan sayangnya, aku tak berjaya ke final. Sobs. But anyway, thanks kepada semua yang menyokong. =)


Dalam Top 5 first stage di mana nama aku tersenarai, dua orang terpilih ke final Februari ini iaitu Nandang & Yaya. Yang lain pula dalam gambar di bawah (from stage 1 till 4).




photo taken from facebook.com/BeautifulbyAnnasha


Congrats to all.
All the best for final!


with love,
Alya Syaqiera

Monday, February 13, 2012

CANTIKNYA DATO' SITI BERTUDUNG!



Taraa... 
Cantik kan?
Comel sangat Dato' Siti pakai tudung & pakai dress purple pula tu.
I like!
She's my idol. =)




photo taken from FB Hatta Dolmat


with love,
Alya Syaqiera

Sunday, February 12, 2012

SAVE THE DATE VIDEO PLANNING (pt. 1)


Hey all lovely readers.


Hari ni aktiviti jalan2 saja dengan en. Tunang di Sunway Pyramid.
Sebab dah dapat date untuk pre-wedding!
Maka timeline dah kena bagi kepada videog untuk develop storyboard dengan segera.
Idea tak ada lagi.
Konsep? Tema apakah? Idea!! idea!!


So tadi kami hanya borak2, plan, dan view several pre-wed videos untuk dapatkan idea instead of tengok wayang or window shopping macam selalu.
Dan aku suruh en. Tunang perah otak dia untuk bagi jalan cerita.
Entah apa2 dia buat tau, sebab dia tu pemalu sangat! Haih~
Nak luah perasaan atas kertas pun payah. hmmm..

his red. mine dusty pink.

Timeline untuk video save the date kami rasanya dah dapat sikit gambaran.
Cuma belum diluahkan lagi dalam bentuk storyboard.
Video yang paling menambat hati setakat ni adalah video Noh Hujan dengan Mizz Nina, by Manggis. Price videography dari Manggis starts from RM6k ok. =)


Jom jom tengok custom montage video noh hujan & mizz nina yang best itu...



with love,
Alya Syaqiera

Friday, February 10, 2012

MAJLIS KAHWIN DI RUMAH ATAU DEWAN?



Hai all.


Urghhh!! Sebenarnya sangat pening nak buat majlis resepsi di mana; rumah atau dewan? @_@ Kalau ikutkan memang aku nak buat di dewan. Deposit pun dah bayar.

Antara sebabnya (based on dewan yang aku booked):


  1. ruang dewan yang luas & beraircond- selesa bagi tetamu & pengantin tak adalah berpeluh2
  2. meja banyak, tetamu boleh lepak lama2
  3. dewan besar sesuai untuk letak banyak corner, DJ, & adakan persembahan
  4. majlis teratur dan kemas, dan sedikit formal which is memang aku suka
  5. red carpet
  6. pelamin gah atas stage
  7. nak tunjuk video kepada guest
  8. kurang penat untuk setup majlis dan kemas selepas majlis
  9. bajet sewa dewan & sewa kanopi lebih kurang sahaja (kadang2 sewa kanopi boleh jadi lebih mahal dari sewa dewan)
  10. Seluruh tetamu berpeluang melihat pengantin yang diraikan.
  11. Tidak perlu meminjam ruang atau laman jiran.
  12. ??



Tapi, oleh sebab jemputan macam tak ramai (padahal guests list pun belum siap lagi..hee..)tarikh resepsi yang aku pilih tu pula ada something di tempat kerja, dan memikirkan penat dan kelab kabut nikah malam, esoknya langsung, maka mak aku suruh buat di rumah dan tukar tarikh. ermm.. Mak aku memang dari awal insist me suruh buat di rumah saja!

Antara hujah beliau:


  1. majlis di rumah lebih happening berbanding di dewan, di mana semua tetamu perlu berprotokol dan bersopan
  2. tetamu dari jauh nak tengok rumah dan di mana kami tinggal
  3. tetamu boleh lepak2 dalam rumah, instead of pergi wedding di dewan kemudian balik, macam tak ada apa2
  4. majlis di rumah pun boleh pakai red carpet
  5. dewan tak cantik & tak ada parking (based on dewan yang dah booked)
  6. laman rumah yang luas, tak ada kereta lalu lalang
  7. environment rumah yang bersih dan cantik compared to dewan
  8. tak perlu tergesa-gesa nak mengemas segala benda selepas majlis selesai sebab tak ada time constraint compared to dewan sampai pukul 5 sahaja, lebih masa harap bayar!
  9. ??



Jadi sekarang semua perkara yang dah dibooked perlu tukar tarikh! Dan bila ditanya kepada MUA, photog & videog, catering, dan butik pengantin, mereka semua tak ada masalah dengan tarikh baru. Alhamdulillah... Tapi aku masih terbayang2 majlis di dewan. So bagaimana? 




SOURCE OF REFERENCE:
with love,
Alya Syaqiera 

Wednesday, February 8, 2012

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN WANITA



  1. Kemas dan mengancam.
  2. Romantik dan caring.
  3. Gentleman.
  4. Bijak & matang (boleh buat keputusan).
  5. Pintar buat keputusan.
  6. Bertolak ansur.
  7. Mampu bimbing wanita (jadi Imam).
  8. Tidak terlalu ego.
  9. Tak mudah merajuk.
  10. Kelakar.
  11. Tak kedekut.
  12. Layan semua orang dengan baik.
  13. Ada sifat yang boleh dibanggakan.
  14. Pendengar yang baik (guna telinga, mata dan hati)
  15. Ada persamaan yang bermakna dengan wanita. (cth: wanita suka kucing, lelaki itu juga suka kucing)
  16. Penyayang.
  17. Bersih dan wangi.
  18. Seimbang.
  19. ?


SUMBER: Program Sehari Bersama Dr. Fadzilah Kamsah, UPM, 14 Ogos 2008.


Others:




with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, February 7, 2012

NOTA BUAT BAKAL RAJA SEHARI pt. 1 (dari perspektif seorang jurugambar)


Hey all..

Aku jumpa artikel ini, di post oleh seorang member dalam group Bride-to-be 2012, which is aku fikir sangat baik untuk dikongsi. Teks asal dicatat daripada pengalaman dan pandangan seorang wedding photographer. Jom baca. =)


1. Nak kahwin:


Survey apa yang perlu 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Book apa yg perlu 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan.


2. Pergi fitting baju : 


Pastikan ikut keselesaan dan kehendak anda. Pesan awal2 kepada vendor butik; tak perlu nak longgarkan baju sebab takut gemuk atau saiz lari menjelang hari perkahwinan.


3. Pelamin : 



Kalau boleh jangan banyak tiang2. Pilih yang luas sedikit, supaya muat semua saudara-mara 8 generasi tu nak masuk dalam gambar. Depan pelamin kalau boleh letak karpet, baru nampak lawa kan.



4. Warna Pelamin : 


Lagi banyak warna putih, lagi cantik. Janji ada putih pun ok. So, guest yg duduk belakang2 dan tengah makan tu akan nampak dengan jelas pelamin anda itu dari jauh.


i love simple, yet gorgeous to my eyes. heheh


5. Mak andam tolong suggest photographer: 



Boleh consider, tapi lebih baik cari sendiri, ikut kepuasan sendiri.


6. Katering atau rewang? : 


kalau rewang, makanan isi dalam bekas ini juga. =)

Better go for Katering, banyak belanja, tapi your family & saudara mara lebih enjoy & happening kalau tak kena buat banyak keja. Jadi gambar akan lebih banyak gelak, senyum tawa. Kuranglah sikit wajah2 stress mak ayah yang risau nasi dah habis ke, ais habis ke.

Tapi biasa kalau di kampungg yang buat rewang, rewanglah. Tiada masalah.


7. Karaoke??? :



Nak nampak best, upah band yang pro (jangan la band2 yang teruk pula, at least yang pernah orang suggest atau anda pernah tengok sendiri).

Nak nampak cool, pasang je MP3 lagu2 pilihan anda, lagu semua lebih sedap, telinga lebih selesa mendengar, tak semestinya lagu kahwin saja, yang penting lagu2 yang agak mild, & diselang-selikan denga lagu yang rancak sedikit, takut nanti ada pula yang mengantuk dengar lagu mild semua macam lullaby.
hehe

she's my ex-housemate. =)


Last choice: karaoke.. Kalau yang nyanyi sumbang, tahan je la telinga. Atau pun, kenalpasti dalam kalangan keluarga atau kawan2 rapat yang memang juara karaoke, suara boleh tahan, minta tolong dia nyanyikan satu dua buah lagu untuk majlis anda. =))


8. Nikah : 


Buat malam, selepas Isyak, sejuk sikit. Kalau pagi hari yang sama, pengantin akan lebih penat nanti, & maybe tertinggal beberapa perkara kecil yang penting. Kemudian, boleh ajak photographer pergi outdoor sekejap, 2-3 shoot bawah lampu.


9. Bersalam-salaman semasa & selepas nikah : 



Jangan salam laju2. Hold dulu tangan setiap tetamu yang sedang disalam, bagi photographer snap gambar. Baru hasil gambar jadi cantik nanti.


10. Nikah di Masjid atau Rumah? : 


Kalau rumah sempit, buatlah majlis nikah di masjid/surau berdekatan.


11. Guestbook : 



Bagus kalau ada. Tetamu yang datang boleh sign & bagi ucapan buat pengantin baru. Guestbook ni kalau ada, pengantin boleh simpan dan akan jadi kenangan sampai bila2.


poodle flower DIY guestbook by Alya Syaqiera

12. Kalau ada peluang, renovate lah rumah : 


Cat dengan warna yang cerah untuk nampakkan ruang yang luas, sedap mata memandang. Untuk langsir, gunakan kain yang berwarna cerah.


13. Sesi persalinan baju daerah : 


Tak payah la, kalau mak andam offer pun cakap je terima kasih. Sebabnya, akan menambah penat pengantin nanti + penulis rasa macam kelakar. Kalau nak shoot beberapa persalinan baju,  lebih baik buat di tempat lain & betul2 pilih persalinan yang mahu dipakai. Bukan seperti terpaksa pilih antara baju India, kemudian Jepun, kemudian Minang bla bla yg mcm zaman dulu2.


14. Bahan menepung tawar dah tersedia dalam bekas:


Sebelum keluar bersanding yang ada acara menepung tawar, pastikan bahan2 yang nak direnjis tu dah diisi dan tersedia di atas pelamin. Tanya kepada mak atau adik samada benda2 tu dah diisi atau belum. Ataupun ketika ini, pengapit boleh jalankan kerja dengan memeriksa bahan2 tersebut dalam bekas.


daun pandan+bunga kertas


15. Makan Beradap : 


Kalau boleh, pastikan ada tabir di belakang pengantin, jangan kosong, nampak pokok, rumah, longkang, kereta & etc di belakang. Gambar tak cantik nanti.


16. Pengapit : 



Ingatkan pengapit anda supaya membawa tisu, payung, kipas. Ingatkan 2 -3 kali pun tak mengapa, biar tak tertinggal daripada terpaksa kipas pakai tangan nanti.


......TO BE CONTINUED......


Pandangan daripada seorang jurugambar sebenarnya amat perlu dititikberatkan, sebab beliaulah yang bakal mencorakkan gambar2 yang akan anda jadikan kenangan sehingga ke hari tua nanti. Cross-check mana2 tips di atas yang anda fikir perlu diikuti. Jom kahwin! =))


||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Olahan semula: Alya Syaqiera
Photos: Own collection, photographed by Killabee

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||



p/s: Ikuti sambungannya, PART 2 di SINI!



with love,


       Alya Syaqiera

Monday, February 6, 2012

LEOPARD PRINT; KEGILAAN TERBARU



Hey all.


Orang kata, kalau nak benci sesuatu, jangan terlalu benci. Sebab nanti lama2 jadi terlaluu sayang. Betul?


Aha.. samalah macam aku. Dulu aku benci leopard print. Tak berkenan langsung aku tengok corak rimau yang dipakai manusia, lebih2 lagi baju! Mak aku sangat suka leopard print okay. Dulu mak ada satu kebaya warna oren (mak juga minat warna oren, which is warna yang paling aku tak suka!). Aku tak suka betul tengok kebaya tu. Sebab aku fikir coraknya yang serabut. Kalau pakai baju leopard print warna oren, nanti dari jauh orang ingat rimau tak?! Hahah,,


Tapi sekarang, aku pula tak boleh tengok leopard print. Dah jadi kegilaan terbaru aku. Sikit2 barang2 leopard print aku kumpul. Warna pilihan tentulah hitam atau brown. Aku rasa sebab aku hampir sedar aku dah tua, warna kesukaan dah hampir ke nude2 je semua. Hey mana Alya yang dulu, suka warna2 striking ni?!!


Satu kasut warna nude leopard print dah lama ada (tapi biasalah jarang pakai). Lepas tu aku beli blouse pula. Lepas tu shawl leopard memang dah dua tiga helai. Cardigan pun aku beli. Terkini baju blouse panjang tu (aku tak pasti nama dia) yang tengah trend sekarang, juga aku pilih leopard print. Aduhh.. Lepas tu baru aku sedar aku dah gila leopard print! Lagi satu item yang dah lama aku aim ialah handbag leopard print di butik Guess! Ouh help, aku mahu! Tapi aku takkan belilah. Sebab handbag banyak2 pun, aku akan guna satu je. haha.. Paling2 kalau ikut nafsu membeli, pergi beli lepas tu pakai sekali dua, dan simpan selamanya sampai reput! Teruk betul bad habit aku ni. Anda jangan tiru ya!


nude shoes+leopard print.
(maaf kaki tak cantik huhu..)

Christian Louboutin Leopard-Print Ankle Boots
casualcutie.com

blouse.
asos.com

pashmina
bellenew.com

leopard print fux fur coat.
chictopia.com
skirts.
motelclothes.com


cardigan
ezytred.com
beg petak mmg pilihan hatiku.
GUESS Covent Garden Large Box Satchel.
yournexthandbag.com

lingerie
thisnext.com

Boleh tak wedding dress nak leopard print juga? =P


leopard print+fuchsia pink. so niceee...
photo from weddinginspirasi.com
Bagaimana? Mahu? hehehe..


Daa~~


*Tips pakai leopard print: 
Pakai satu item leopard sahaja dalam satu2 masa. Jangan pakai baju leopard print dengan shawl leopard! Tapi kalau nak cuba create style baru, siapa kisah? hehe




with love,
Alya Syaqiera

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDURRASUL 2012/1433H



Salam Maulidurrasul buat semua umat Islam.


"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"




with love,
Alya Syaqiera

Saturday, February 4, 2012

PULUT KUNING



Biarkan gambar berbicara...


3 tiers pulut kuning..
photo taken from yusscakeplanet.blogspot.com

aku nak pulut kuning dua tingkat. tapi taknak melekat cmni..
photo taken from inhousecakes.blogspot.com

haa yg mcm ni la aku nak. 2 tiers. tapi nak bulat, bukan bentuk petak. pulut ni warna dia kurang kuning la.
photo from hanimuracupcake.blogspot.com

ini byk sgt tingkat, tak habis nanti. hias dengan carrot cantik gak.
photo from flowerscake.blogspot.com

nampak mewah la design yang ni.
photo from tiffinbiru.com

3 tiers. tingkat atas sekali letak cupcakes. sedap tak pulut makan dengan cupcake?
photo from kahwinmall.com

Apa cerita pula dengan pulut kuning ni? I want it for my solemnization day!!! Nak potong pulut kuning dengan suami tercinta, ala2 potong kek gitu... Boleh? hahahh..

Pilih jangan tak pilih yaww.
  


with love,
Alya Syaqiera

Friday, February 3, 2012

Dekorasi Bilik Tidur Pengantin



Hey all pretty ladies.


Menghias bilik tidur pengantin adalah sesuatu kemestian yang perlu ada dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kebiasaanya, tetamu pasti tak lepas peluang untuk menjenguk bagaimana rupa bilik pengantin. Justeru, dekorasi bilik tidur pengantin juga perlu dititikberatkan.

Terdapat pelbagai konsep, tema dan warna yang boleh diaplikasikan. Konsep tradisional adalah kurang diterapkan dalam mendekorasi bilik pengantin kini. Konsep tradisional contohnya menggunakan set kain cadar dari kain tenun benang emas, kain hiasan dan sedikit bunga untuk tampak seri bilik. Namun, kini kain tenun benang emas tidak lagi menjadi pilihan berikutan banyak penawaran dengan konsep lebih segar, menarik dan moden. Konsep2 lain yang boleh diaplikasikan adalah seperti moden, elegan, English style, gaya Minang, klasik dll.


Panduan sebelum menghias bilik tidur pengantin

  1. Tentukan terlebih dulu warna tema bilik pengantin. 
  2. Pilih konsep bersesuaian sama ada mahu nampak elegan, ringkas, kemas, selesa atau klasik. 
  3. Pilih set bilik tidur yang bertepatan dengan tema. Pilihan ini penting sebelum memberi fokus pada hiasan langsir, latar belakang kelambu hiasan katik dan permaidani serta cadar.


Panduan menyiapkan bilik pengantin 


  1. Pilih cadar katil dari warna putih atau 'pastel'. 
  2. Elakkan dari memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit. 
  3. Elakkan dari meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh. Sediakan ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran. 
  4. Elak dari meletak jambangan bunga yang besar atas tilam. Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya. 
  5. Hias bilik dengan wangian lembut. Selain nampak cantik, wangi berupaya memberi suasana romantik kepada bilik pengantin. 
  6. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin, serta bekas potpouri. 
  7. Tabur cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin.

roses.. mangkuk cenggini leh dpt kat kedai 5 hengget.. so apa lagi. jom beli blah! =)
photo from hovelreadygarden.blogspot.com

REFERENCE: mykahwin.com.my: Hiasan Bilik Pengantin




with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...