Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, March 28, 2012

PESTARIA SMK SRI SENTOSA 2012/SMK SRI SENTOSA CHARITY CARNIVAL 2012



Hey hey.


School carnival/PESTARIA is back!
Event ni untuk mencari dana untuk melengkapkan facilities bangunan baru 10 tingkat di sekolah tempat aku bekerja.
Ada banyak gerai jualan dan pameran dibuka. 
Blood donation pun ada.
Tunggu apa lagi.
Jom datang ramai2!!


event poster
BILA???
31 MAC 2012 (sabtu)

JAM BERAPA???
9AM-9PM

DI MANA???
SJKC CHOONG WEN, JLN KLANG LAMA



Click the FB invitation here, then click attend!
https://www.facebook.com/events/162062563910108/

Jumpa di sana!! =D


p/s: Jemput berkunjung ke gerai Latin Dance Club bersama English Club & Cheerleaders untuk mendapatkan AIS KACANG istimewa!! Bawa kupon bersama. =))

with love,
Alya Syaqiera

Friday, March 23, 2012

TERIMA KASIH BANYAK2 CIKGU!



Terima kasih banyak2 Cik Alya 
kerana sanggup ajar saya 
sehingga dapat A untuk ICT. 
SALUTE* :)

-Punethan Barathy Dason-
21.3.2012

This was posted on my Facebook wall.
Glad to hear my student get good results. =)


with love,
Alya Syaqiera

Wednesday, March 21, 2012

VIRUS DEMAM



Hey all.


Lama juga tak update blog. Perkembangan wedding preps memang belum ada lagi. Sebabnya, virus demam masih menghantui diri ni. Dengan hilang suaranya, memang susah nak mengajar. Bagi student buat latihan saja di sekolah. Bila kita dah tak ada suara ni, student tak bising pula. So masing2 senyap buat kerja. Ada juga student prihatin bertanya,


"Kenapa volume you sekejap kuat sekejap perlahan?"

Jawab aku. 
"My voice. Sore throat"


Hari Isnin lepas pergi kerja, dengan semangat nak jumpa student dan mengajar. Tapi tak larat, pulang awal dan ke klinik lagi untuk check darah. Alhamdulillah normal tak ada apa2. Risau juga kalau denggi.


Balik rumah sewa di KL, lagi satu tambah pening kepala. Rumah tak terurus. Kalau pandang dari luar dah nampak macam rumah lelaki, padahal rumah anak dara. Kertas2 pamplet iklan yang diselit di pagar rumah berterbangan atas lantai. Lantai ruang tamu melekit, tak larat nak mop. Hmm.. biarlah dulu. Nanti dah betul2 sihat baru operasi mengemas satu rumah. Kalau sakit ni, usahakanlah rumah bersih. Nanti penyakit lain pula datang.


Balik latihan sukan petang tadi, dah tak mampu rasanya sebab tekak perit sangat, pergi klinik lagi sekali. Doktor cakap aku masih demam. Adoii.. punyalah aku nak mengelak makan ubat demam, kena makan juga. T_T


Esok mula kursus pula dua hari. Harap demam tak adalah teruk sangat. Tak larat dah nak demam lama2 macam tahun lepas. =(

with love,
Alya Syaqiera

Saturday, March 17, 2012

FITTING BAJU PENGANTIN (pt.1)

Hai all.


Erm tadi pergi butik bridal untuk reduce harga sewa pelamin dan baju selepas venue wedding tukar dari dewan ke rumah. Hajat di hati nak fitting baju sekali. Tapi baru satu yang siap,warna grey untuk potong kek. Cantik baju dia. Dress. Tapi belum buat size aku lagi. Dekat pinggang kena alter bagi kecil sikit baru fit nicely pada badan aku.


Vendor cakap, hujung bulan 4 baru datang fitting lagi dan fix mana yang tak kena untuk baju2 lain. Harap2 sempat siap la. Seram juga kalau baju tak siap sebab nak pakai awal bulan 5 kan.


Ouh ya. Teaser baju tak sempat ambil pun. Nanti bila fitting lagi sekali baru ambil. Lagipun tadi tak sihat sangat. Badan rasa lemah, rasa nak demam.


Ok till here. Nyte.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, March 12, 2012

HUNTING FOR PHOTO BOOTH & GUEST BOOK ITEMS



Hai hai hai!


Hajat di hati nak meng'DIY' photo booth & guest book corner. Dengan harapannya sempat lah nak decorate. Idea pun tak ada lagi ni. Puas juga meng'google' cari apa2 idea yang mudah, murah dan cepat untuk setup the two corners.


So hari ni pagi2 aku dah bangun, pada mulanya niat nak jumpa dengan PPN kawasan untuk mohon tandatangan dan cop borang wakalah wali. Tapi malangnya beliau sibuk mengenai umrah, so aku terpaksa batalkan saja untuk berjumpa dengannya. The most important thing untuk nikah is BORANG NIKAH! Tapi itulah yang tak siap lagi. Pening dah ni fikir. Alahai...


Tak nak sedih2. Aku pun start enjin kereta, terus menuju ke MPK untuk batalkan booking dewan. Kan venue majlis resepsi dah tukar ke rumah pula. Ingat? Bila pergi di kaunter sewaan dewan, staf situ suruh aku tulis surat untuk batalkan. Then aku tanya dia, 


"So saya kena balik rumah dan tulis surat lah ni ye?"


Sambil me'memek'kan muka jadi macam, 'adoi sangatlah nak ikut prosedur!' I just want my money back! Aku pun minta kertas untuk start tulis surat sebab aku malas nak datang ke sana dua tiga kali.


Baru nak mula menulis, staf tu suruh aku tunggu sekejap. Dia print kan something untuk aku, which is the template untuk surat. Aku cuma perlu isi nama dan tandatangan. Hah! Kan senang. Dalam tiga minggu atau sebulan baru dapat duit deposit balik.


Next, aku terjah AEON (Jusco dah tak ada ye, hanya AEON) untuk shopping item untuk photo booth dan guest book. Lama juga ku pusing2 survey harga barang. Tempat pertama aku terjah adalah Jusco. Aku survey harga paper dan lain2. Next ke kedai RM5 setiap barang. Next ke DAISO. Memang lamalah masa aku spend di DAISO. Barang2 dia boleh tahan banyak. So aku perlu make a wise decision. Aku compare semua harga barang yang aku nak (bukan senang nak shopping time lengang tak ada orang ni). Ada juga barang yang harganya lebih murah dari RM5. Sebagai pembeli kena bijak la compare harga supaya boleh save.


Grab beberapa item, dan balik rumah. 


Bila nak start project? I dunno when. Sangat pack jadual seminggu cuti ni. Atoii!


with love,
Alya Syaqiera

Sunday, March 11, 2012

HUNTING FOR DOORGIFT



Hey all.


Yeah seperti dah dijanjikan dengan mak, kami berdua bergerak ke Nilai 3 hari ni untuk beli bunga telur dan doorgift.


Mula2 kami ke kedai VR Star yang memang terkenal dengan harga murahnya untuk cari bunga telur. Pusing2 cari bunga telur warna PINK, tapi terjumpa warna KUNING. Mak aku nak cari yang rimbun. Dan ya. Bunga telur warna kuning tu memang rimbun dan cantik. So kami decide beli yang itu untuk pelamin akad
nikah.


Doorgift pula, atau sebenarnya lebih kepada VIP doorgift untuk teman2 rapat, aku beli something yang tengah trend sekarang di kedai Nilai 3 (ce teka apakah??). Lepas tu mak terrrrminat satu bekas letak telur warna gold, so aku pun grab juga. Paper bag pun grab sekali. Lega VIP doorgift dah setel.


Next, kami cari bunga telur untuk majlis resepsi pula. Dah tentulah warna PURPLE! Kami terjah ke kedai Mayang Sari pula, iaitu kedai my FMIL beli bunga telur. And guest what? Mak aku pun minat bunga telur yang SAMA dengan yang dibeli FMIL. Huhu. Tak sangka taste mereka sama. =p


On the way back home, aku terdetik untuk suruh mak aku call bakery yang aku jumpa nombornya dari blog. Kedainya di Jalan Kebun, Shah Alam. Kek dia memang sedap. Aku pun order sebagai doorgift for guest. Cost sebiji dalam RM2.30. Order 1000 pax and above, dapat RM2.10. Sekali dengan box tau! Owner bakery juga sangat lucu orangnya. Kami sampai ke bakery tu dalam pukul 6.30pm, padahal waktu limit buka hari minggu sampai pukul 5pm saja. Dah rezeki.. =))


Setel doorgift. Dah boleh tick di wedding checklist! Tapi, kids doorgift masih dalam kira2 samada nak bagi atau tidak sebab cadangnya nak nuat candy buffet. So budak2 ni boleh tapau apa jenis sweets yang mereka nak. 


Ok, till here. :D
Published with Blogger-droid v1.7.4 


Saturday, March 10, 2012

HIV TEST SETEL

Hey readers.


Pagi tadi ke rumah future family in-law (FFIL) untuk buat HIV test. Ye. Hanya buat di rumah je. Hihi. So dalam wedding checklist dah boleh tick setel sudah. Legaa....


Lepas tu tak tahu nak buat apa, aku ajak en Tunang pergi tengok rumah baru pula sebab katanya dah angkut barang tempoh hari. Bila datang dan tengok, nampaknya nanti kami cuma perlu cari barang kecil2 saja lagi. Dan aku pula yang tak pandai hias rumah ni kenalah beli buku deco rumah. Huhu. Tapi itu kemudianlah. Kena setel hal kahwin dulu.


Next, kami terjah Nilai 3 pula. Cadangnya aku nak beli bunga telur untuk pelamin. Tapi bunga telur yang aku suka masa tengok sebelum ni, dah habis. So aku tak beli apa2 sebab takut salah pilih. I need my mom to choose for me. Di Nilai 3 ni kalau dah berkenan kena terus beli. Sebabnya, barang2 dalam kedai ni bermusim. Cepat je habis dan akan diganti dengan barang lain. My future mother in-law (FMIL) juga ikut sekali. Dia beli 40 kotak bunga telur sebagai gift kepada tetamu sebab dia malas nak fikir nak bagi apa.


Oklah. Nak pergi fikir gifts apa nak bagi guests ni. Esok nak pergi cari. :)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, March 9, 2012

PLANNING CUTI TENGAH PENGGAL (BULAN MAC)



Hey pretty & handsome semua!


Cuti datang lagi! Yay! Haruslah ada plan nak setelkan hal wedding apa yang patut. Beberapa plan tak dapat buat semasa cuti CNY lepas, so postpone bawa ke cuti kali ni pula. =)


SABTU: 
HIV test
talasemia/HPV test

AHAD:
lukis peta lokasi event resepsi 
Beli stuffs for photobooth/guestbook corner
Beli doorgifts

ISNIN:
jumpa imam kawasan minta sign borang wakalah

confirmkan tempahan kompang dgn. pak aji
confirmkan pakat untuk majlis khatam Quran
plan menu untuk majlis khatam
confirmkan menu majlis akad nikah


SELASA:
balik kampung jumpa abah, minta sign borang wakalah+lafaz di PAID sana


RABU: 
tempah kad kahwin
tempah banner/bunting

Buat passport untuk honeymoon

KHAMIS:
Beli sexy lingerie
Beli baju honeymoon
spa treatment 

JUMAAT:
fitting baju kahwin  

tempah 2 kanopi akad nikah

SABTU:
Cat bilik pengantin  

Shopping baju dengan pengapit

AHAD:
berehat dan bersedia untuk kembali bekerja


with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, March 6, 2012

DAY 18 - GURU SEKOLAH ANDA YANG PALING ANDA SUKA



Hello darlingss..


Sambung lagi 30-day blog challenge nih. Wedding progress belum rancak lagi. So jom berblog mengenai perkara2 ringan sebegini. hiks~


Cikgu yang aku paling suka dulu ada dalam beberapa orang juga lah. Sebenarnya satu rahsia, kalau kita nak score A dalam subjek yang kita belajar, perkara pertama yang kita kena buat adalah cuba menyukai cikgu tersebut no matter what. Sebab kalau dah suka cikgu, tentu akan suka subjek tu. Bila dah suka subjek tu, tentulah senang nak faham, dan seterusnya akan dapat A dan begitulah seterusnya. hee.. itulah yang aku cuba buat sejak mula sekolah sampai habis study degree.. =D


Mengimbau kenangan sekolah rendah di Tangkak, aku paling suka cikgu Salmiah, cikgu Maths masa aku darjah 6. Sikap beliau yang keibuan dan mengajar subjek kesukaan aku, membuatkan aku suka  beliau. Beliau pun ajar main bola jaring dan bola baling masa aku wakil sekolah dulu. =)


Sekolah menengah rendah pula di Tun Mamat, Tangkak, aku suka Ustazah Zailani. Beliau ajar aku Agama Islam, juga merangkap guru kelas aku. Aku suka  beliau sebab  beliau suka berleter seperti seorang ibu, dan sangat caring. Sayang ustazah. =D


Lepas dapat result PMR, aku ke asrama penuh, mana lagi kalau tak Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang. Yang paling pelik aku tak ingat nama cikgu yang aku suka. hehe maaf cikgu. Mana2 kawan sekolah yang terbaca entry ni, tolonglah ingatkan aku nama cikgu2 tersebut. =D 


Aku paling suka cikgu Add Maths masa form 5. Dulu aku tak pernah lulus Add Maths masa form 4 sebab ada masalah homesick, nak balik rumah dan tak mahu duduk asrama. So bila dah form 5, aku kena masuk kelas pemulihan Add Maths. Tapi aku datang hanya sekali saja, sebab lepas tu aku diberhentikan sebab result aku dah tak fail. Cikgu perempuan yang ajar Add Maths masa form 5 tersangatlah lemah lembut, tak macam stereotaip cikgu2 Maths yang garang. Dan  beliau tak pandang rendah pun kepada aku walaupun aku tak reti buat Add Maths pada awalnya. So aku dapat digest segala ilmu yang  beliau bagi dengan baik, dan Alhamdulillah dapat A.. hee.. 


Cikgu kedua yang aku suka masa form 5 adalah cikgu Biologi. Sebab  beliau sangat cantik dan bergaya. Selalu stylo je, baju cantik2 pula tu. Terakhir sekali aku dengar  beliau sakit. Sekarang aku tak tahu apa khabar cikgu. 


Ada banyak cikgu yang aku suka masa sekolah di Kolej Islam sebenarnya. Sebab cikgu2 kat situ terrrrlalu bagus dan baik2.. =D


Rindu cikgu2. Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan cikgu2 yang baik. Semoga aku juga dapat jadi seperti mereka.. =)


Ok tamat cabaran hari ke-18. =D


share 1 photo during school time at Kolej Islam.
aku yang berdiri paling kanan sekali. Muslimah tak aku? =)


with love,
Alya Syaqiera

Sunday, March 4, 2012

CARA-CARA MENJAGA PAKAIAN




Hello readers.


Hari ni nak share cara2 membasuh dan menjaga pakaian. Walaupun tak adalah pandai sangat, tapi aku agak cerewet tentang penjagaan pakaian. Seboleh-bolehnya, pakaian yang kita beli dijaga dengan baik agar tahan lama dan tak cepat menjadi lusuh. Tips ini juga amat penting kepada gadis2 bakal surirumah yang juga bakal menguruskan pakaian dalam rumahtangga. =D


1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA



Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.


2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA



Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah kenapa kena pisahkan ye..huhu


3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT



Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.


4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA



Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.


5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT



Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.


6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR



Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.


featurepics.com

7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN HANGER




Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.



8. HINDARI PELUNTUR



Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.


9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH



Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara menarik pakaian dengan kuat. 


10. SETERIKA



Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.


11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR



Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor terutamanya di bahagian leher.


with love,
Alya Syaqiera

Friday, March 2, 2012

DAY 17 - PERGADUHAN PALING TERUK YANG ANDA PERNAH HADAPI



Haha. Tajuk tak boleh belah kan?


Hai hai silent readers.


Letih juga nak fikir pergaduhan paling teruk ye..?? Erm.. pergaduhan maksudnya bertekak dan berpukul2 kan? Haha.. Paling teruk masa zaman budak2 dan remaja muda2 dulu lah. Aku selalu gaduh dengan adik aku yang lelaki setahun bawah aku tu. Bergaduh sampai berpukul2 lah. Ingat lagi masa tu pukul dengan hanger, baling apa yang patut, sembur Ridsect, pakai topi keledar pun ada! Dia pun nak tunjuk dia hebat dan kuat sebagai seorang lelaki. Aku pula tak nak mengalah. Lepas gaduh baru perasaan lebam sana sini dan luka2. Dan sudah pasti pergaduhan paling teruk tu terjadi semasa mak ayah tak ada di rumah. Isu bergaduh aku tak ingat kenapa. Tapi yang pastinya, isu remeh temeh pun boleh jadi gaduh besar. Biasalah adik-beradik.


Tapi sekarang masing2 dah duduk jauh2. Aku pun bakal tamatkan zaman anak dara dan bakal berpindah ke rumah sendiri. Jadinya, memori pergaduhan teruk macam dulu2 kemungkinan besar takkan berlaku lagi. Kalau hampir berlaku pun, aku akan cuba elakkan. Sebab hidup kita nak happy2, bukan gaduh2. =D


Daa~~


sebelah kanan tu lah adik aku.
Masa ni umur aku 2 tahun. Adik baru setahun. Comel kan aku? lalala~


with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...