Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, May 28, 2012

REVIEW: MENU JAMUAN MAKAN MAJLIS RESEPSI



MENU


        • nasi beriani/nasi minyak/nasi hujan panas
        • nasi putih
        • ayam masak merah
        • kari/kurma/daging masak hitam
        • dalca sayur
        • acar buah/papadom/ulam sambal belacan
        • nenas bombay/acar jelatah
        • bubur kacang/cendol
        • buah tembikai dan oren
        • minuman kordial - sirap limau/sirap masam manis/oren
        • air mineral



PERCUMA

        • hidangan pengantin (ayam golek,udang galah,siakap sweet sour,buah-buahan, air jus etc.)
        • set meja beradab 10 pax
        • 2 set serving dome VIP
        • kek 3 tingkat
        • 30 set meja langkap & kerusi bersarung
        • 2 set buffet station & meja kek behias
        • pelayan beruniform
        • hiasan & deco meja makan beradab
        • servis meja pengantin
        • bunga segar dan kerusi pengantin (arm chair)
        • peralatan katering
        • caj pengangkutan (KL/Selangor)
        • PA system & DJ
        • bunga hiasan fresh flower setiap meja



HARGA


Harga promosi 2012 untuk pakej dewan seperti di atas RM10.80 per pax X 1000 tetamu = RM10 800


-----------------------
SRI ANJUNG CATERER 
WEBSITE
-----------------------


with love,
Alya Syaqiera

Saturday, May 12, 2012

REVIEW: MENU JAMUAN MAKAN MAJLIS NIKAH


Hai semua.

Menu jamuan untuk majlis nikah adalah seperti berikut iaitu seperti dalam set A:




Aku order makan untuk 100 pax. Harga adalah RM9.00 satu kepala. So total RM900.

Overall, makanan memang sedap. Thanks kak Suze.


----------------------------
Salamah Catering
----------------------------


with love,
Alya Syaqiera

Friday, May 11, 2012

EVERYTHING IS 95% DONE



Okay, tak boleh tidur.


Tadi sempat lari ke sana ke mari ambil button badge, poster, pedi meni, threading, cari tudung sanding etc. Dan malam tadi, vendor pelamin datang pasang pelamin nikah pink-kuning seperti yang di request. Baju semua dah siap di alter, accessories semua dah dapat dengan handbouquet. Pemakai henna dari Nedhenna datang untuk pakaikan inai. Dan canvas printing yang aku order bersama easel pun sampai. Tapi kesian Diba owner ThePhotoboothCorner sebab lupa bawa easel, kemudian datang semula ke Klang untuk hantar easel.


button badge utk family. =)



Semoga majlis malam esok berjalan dengan tenang, lancar dan diredhainya. 
Ameen.. Doakan sekali yukk. =)


Ok bai. Cuba untuk tidur.


with love,
Alya Syaqiera

ATURCARA MAJLIS PERNIKAHAN


Hai all. Aku dapat ni daripada satu blog tapi lupa blog mana.. Tak sempat edit lagi, Just want to share it with b2b.

SEBELUM AKAD NIKAH :

1. Pastikan sentiasa ada Pengapit duduk di sebelah.

Pengantin perempuan terutamanya.
PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?

2. Sediakan IC / kad pengenalan.

Keluarkan siap-siap daripada dompet.
Mintak tolong pengapit pegangkan.
Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.

3. Duit upah.

Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi.
Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati.
Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.
*Selangor :
++ Upah Tok Kadi : RM 150.00
++ Upah Saksi : RM 20.00

4. Solat sebelum nikah

Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni.

5. Senyum! Senyum! Senyum!

Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera.
Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke,
tukarlah position dengan cara sehabis sopan.
Jangan paksa diri menahan.
Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.

SEMASA AKAD NIKAH :


1. Khutbah Nikah

Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas.
Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan.
Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan
tempat pengantin lelaki dan tok kadi.
BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye!
Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini.
Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p

2. Bacaan Taklik

Lepas akad nikah, ada bacaan taklik.
Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la.
Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan.
Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah.
Get ready je.

3. Keluarga Sakinah.

Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh
keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki.
Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji,
wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak
baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai.
Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya.
Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.

4. Solat lepas nikah.

Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah.

SELEPAS AKAD NIKAH :

1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.

Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni.
Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.

Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai
yang nak digunakan dalam upacara ni.
Kalau sarung cincin takde masalah rasanya.
Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap
kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke.
Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak
cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p

3. Bersalaman + cium tangan suami.

Eleh, malu-malu pulak. Memang saat paling syahdu, gitu!
Salam tangan macam biasa dan ciumlah.
Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama.
Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar.
Apa boleh buat. Layankan aje.
Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.

Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok.
Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak.
Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak,
setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari.
Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti.
Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.

Cara-Caranya ~

Sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan,
sebelah lagi pegang dagu dia.
Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh.
Barulah dapat cium kat dahi isteri.

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.

PENTING!
Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati.
Lepas selesai semua,
pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk
bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin.
Mulakan dengan,
- Wali
- Mak Ayah Kedua2 belah Pengantin
- Saudara2 Terdekat
Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain,
bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu.
Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.

p/s: Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu.
Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni.
Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu.
Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting,
majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)

Monday, May 7, 2012

FITTING BAJU PENGANTIN (pt. 3) - Baju dah ready! Yay!



Salam all. 


4 hari lagi!!


Memang tak cukup tangan nak buat last minute preparation. Mak sibuk sangat jahit langsir. Aku pula cuba2 design 'sesuatu' hihi. Curi masa sekejap update blog. 


Baju dah ready! Sabtu lepas fitting lagi. Kali ni vendor butik pengantin yang datang sendiri ke rumah bawa baju2 yang dah siap.


1- Baju berinai (P) - kena alter kasi kecil sikit bahagian pinggang dan pinggul
    Baju berinai (L) - seluar kecil, so kasi besarkan
2- Baju sanding (P)- ketat di bahagian punggung, so alter bagi besar sikit. Besar di bahagian lengan, alter bagi kecil.
    Baju sanding (L)- samping & tanjak vendor belum beli
3- Baju malam potong kek (L&P) - SIAP!
4- Baju bertandang (P) - SIAP!
    Baju bertandang (L) - kecil, so kena besarkan


Baju2 lain dijanjikan dapat pada hari Khamis minggu ni iaitu pada hari pasang pelamin nikah dalam rumah. Harap semuanya ok saja.


Overall, puas hati setelah bersedih dan risau baju tak siap.


Daa~~


p/s: teaser tak sempat ambil. =p


with love,
Alya Syaqiera

Saturday, May 5, 2012

PERTEMUAN KETIGA DENGAN CATERER MAJLIS RESEPSI



Hai all.


Quick update. Lagi 6 hari lah!


Tadi petang pergi jumpa caterer majlis resepsi lagi sekali buat kali ketiga selepas test food kali pertama dan pertemuan kedua tempoh hari. Semuanya selepas meeting dengan committee taman sebelum ni. Ada beberapa perkara juga yang ditambah bagi memastikan kelancaran majlis.


Antaranya:


1) kanopi ditambah daripada 6 menjadi 9 iaitu 5 khemah tetamu, 1 khemah pelamin, 1 khemah makan beradab, 1 khemah buffet station, 1 khemah VIP
2) dome set ditambah daripada 2 menjadi 4.
3) khemah sepatutnya di pasang pada hari Sabtu, namun direquest pasang lebih awal iaitu pada hari Jumaat kerana majlis akad nikah juga memerlukan khemah.


Oh ingat tu sahaja. Yang lain just update caterer saja supaya pihak mereka alert dengan perkara2 yang dah dibincangkan dan diaplikasikan dengan baik semasa hari kejadian.


Till here. =)


with love,
Alya Syaqiera

Wednesday, May 2, 2012

MEETING DENGAN ORANG KUAT TAMAN



Sudah tentu berkenaan hal wedding.


Hai all.


Lewat tamat meeting dengan committee members kawasan taman (ada nama lain yang lebih pendek tak?) di rumah parent di Klang tadi bersama2 parent aku juga. So far, aku rasa sedikit lega sebab rupanya ramai orang yang tiba2 muncul saat2 tarikh big day begitu hampir yang willingly to help. Tak payah minta pun mereka yang tanya kita dulu apa nak tolong. Tak adalah aku rasa berseorangan dalam merencana wedding aku sendiri (sebenarnya dah boleh jadi wedding planner after this. =P). Begitu besarnya hikmah hidup bermasyarakat.


Namun dalam pada rasa lega, ada juga timbul rasa gelisah sebab banyak sangat benda yang aku tak terfikir berkaitan majlis yang sepatutnya difikirkan. Aturcara majlis masih lagi sedang dirangka. Pengalaman daripada ahli mesyuarat tadi sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana perjalanan majlis aku nanti. Memang akan melibatkan kebanyakan kawasan kejiranan. Tidak boleh hanya bertumpu di rumah kami sahaja.


Cacat cela dalam planning juga dah terlihat dan perlu fix mana yang patut. Ok, tak larat nak fikir. Esok kerja. So sampai sini dulu quick update.


Night~


with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...