Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, June 25, 2012

Review: Majlis Akad Nikah Alya & Najib


*view our akad nikah video HERE!


Alhamdulillah segalanya dah selamat, berlangsung dengan lancar, riang dan gembira. =)

poster akad nikah

Petang hari pada hari Jumaat, 11 May 2012, lori khemah sampai di perkarangan luar rumah dan memulakan tugas2 memasang khemah. Aku rasa agak perlahan progress kerja mereka. Bila masa dah menginjak ke pukul 5 petang dan satu khemah pun masih belum naik (sebab proses pasang khemah mula dengan pasang scallop dulu), aku mula risau. Aku pesan pada ayah, suruh mereka menyegerakan memasang khemah kerana caterer akan datang pada pukul 7pm untuk setup makanan. 

Nasib baik aku bertegas. Rupanya, vendor khemah tu tak tahu ada majlis akad nikah pada malamnya. Pada fikirannya dan seperti apa yang dia diberitahu, khemah yang dipasang adalah untuk digunakan pada hari langsung iaitu pada hari Ahad. Hmm.. Tak mungkin kalau nak pakai hari Ahad, panggil pasang hari Jumaat kan. 

Caterer pun datang tepat pada 7 malam. Terpaksa menunggu sebab khemah masih belum dinaikkan lagi sebab van perlu dibawa masuk untuk membolehkannya menyusun lauk pauk di atas meja buffet. Ketika itu, aku dah mula rasa tak selesa dan gelabah. Memang kalau nak diikutkan, aku sangat penat sebab malam sebelumnya tak boleh tidur memikirkan hal2 yang belum siap. Eyebag bawah mata jelas nampak. Aku tahankan juga rasa. Aku turun dan berjumpa dengan caterer. Bersalam, serah baki bayaran dan jelaskan keadaan salah faham dengan vendor khemah tadi. Aku memujuk caterer supaya tunggu sekejap sahaja lagi. 

Aku terus naik ke bilik untuk bersiap sementara make-up artist (MUA) pun bakal sampai selepas Maghrib. Tak sempat tuam muka dengan kiub ais pun, sebab aku terlupa! Baru nak buka fridge ambil ais, MUA dah sampai! huhu.. kantoi. Aku jujur bagitahu MUA aku tak sempat tuam muka dengan ais. Katanya, tak mengapa sebab majlis malam dan hanya duduk dalam rumah. Lega...






Nak mula make-up, MUA suruh aku tukar baju sebab lepas mekap nanti senang buka baju untuk elak terkena make-up. Serius tak jumpa apa2 baju lain ketika itu sebab nak cepat. Jadi solutionnya, aku pakai inner baju nikah warna putih. Tapi terlalu transparent, sampai nampak segala. haha.. Bahaya tu kalau masuk dalam gambar. Jadi aku cover dengan cardigan. Make-up pun mula. Sedang make-up hampir separuh siap, photographer dan videographer masuk ke bilik dan memulakan tugas mereka.



ketika sesi tatarias. =)



Waktu wali nikah datang, seperti dijanjikan pada pukul 9.30 malam, selepas habis solat Isya' di masjid, kerana wakil wali aku adalah imam muda masjid di kariah sana. Pengantin lelaki pun sampai bersama keluarganya. Ketika aku turun dari tangga, bakal suami juga baru masuk ke rumah dan mengambil tempat di atas tilam nikah. Keluarga dan sanak saudara dah pun memenuhi ruang tamu rumah. Ketika itu debar dah mula terasa. hikhik.. Selama ni tertanya-tanya juga bagaimanalah rasanya debaran bakal pengantin. Ingatkan lelaki saja yang merasa sebab dia yang akan akad. Rupanya, pengantin perempuan pun menggigil! hehe



aku, ditemani pengapit.


Masa akad nikah bakal bermula, aku pula terasa debarnya. Memang tak boleh nak senyum masa tu. Aku duduk di belakang bakal suami, dan lihat dia menggeletar. Ustaz menggenggam erat tangannya. Dalam hati aku banyakkan berdoa dan berselawat agar dipermudahkan. Ada juga beberapa kali praktis lafaz akad nikah dengan bakal suami sebelum ni. Tersasul juga dia. Dan aku tahu dia jenis gelabah juga. Hehehe.. Tak sangka. Mudah, lancar dan tenang saja dia ketika ijab dan qabul pada malam tu. Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. =)

Happy, bahagia, tenang terasa kemudiannya. Lega sangat. Boleh tersenyum dengan sangat manis (biasalah perasan). hehe.. 

Usai majlis, sejurus menghantar suami dan keluarganya untuk pulang ke Sepang, hujan rahmat turun dengan lebat membasahi bumi. Khemah lencun semuanya. Ada juga tempias hingga ke atas meja. Lebat-selebatnya sehinggalah aku terlelap, dan bangun esok harinya dengan rasa yang masih tak percaya kini aku sudah bergelar isteri. :p

Overall, majlis berjalan lancar. Cumanya khemah yang dipasang sedikit lewat menyebabkan masa caterer di drag, dan dalam video juga nampak aktiviti memasang khemah masih giat dijalankan walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9 malam dan tetamu pun dah sampai! Ermm tak apalah. Dah jadi. Aku memang dah bertekad, on my big day, aku tak akan cakap apa2 kecuali senyum sahaja sebab aku tak mahu nampak stress dan penat. Segala dalaman kita kan terzahir di luar. Kalau cantik di dalam, cantiklah di luar. Ewwah! So aku takkan benarkan apa2 perasaan risau, kecewa, marah, geram etc menyelubungi diri aku. hahaha.. poyo gila ayat. =p



Jadi rasanya tak terlambat nak ucapkan berbanyak2 terima kasih buat :

  • especially to my lovely mom. Tanpa mak, tak tahu bagaimana majlis tu. I dedicate this entry post to you, mom. I love you. Tak tahu rasanya bagaimana nak membalas budi mak. ;(
  • kepada Amy my sister yang banyak tolong itu ini tanpa mengeluh, walaupun tengah busy nak exam masa tu. Thanks juga sudi jadi pengapit yang setia di sisi sepanjang malam akad nikah dan pegang cincin pengantin lelaki ke sana kemari. ehheee
  • Chapiey my brother yang banyak keluarkan duit beli itu ini yang tak pernah cukup2 untuk majlis (tapi dah bayar balik la hehehe).
  • Meen my brother yang banyak panggil kawan2 untuk tolong itu ini
  • Yuyie my sister yang sudi siapkan doorgift walaupun minggu tu tengah exam mid-term.
  • special thanks to mak teh yang sudi sponsor pulut kuning 3 tingkat. Memang marvelous ikut tema pink-kuning gitu.
  • mak su yang sudi sponsor door gift, wajik, chocolate, dan kek comel.
  • kepada Paklong, maklong, paklang, maklang, imai, awish yang sudi touch up itu ini
  • kepada jiran2 dan Rukun Tetangga kawasan taman yang sudi membantu, bagi pinjam jalan untuk dirikan khemah, jadi saksi etc.
  • photog, Mr. Killabee & Mr. Abam Mizie & juga videographer Mr. Taufik & Mr. Amran
  • make-up artis kak Rose JR
  • Mr. Hizam dan Mr. Hisham vendor pelamin nikah yang simple & sweet itu
  • caterer kak Suze untuk hidangan yang sedap. 
  • saudara-mara yang datang, Opah yang sudi datang
  • ex-housemate, Syu & Yanie
  • kawan2 tempat kerja yang sudi datang tanpa disangka2, Intan, kak Zahid, kak Siti
  • cik Eda & cik Ida yang banyak tolong itu ini, gubah bunga, buat bunga rampai dll.
  • kawan2 meen yang sudi tolong cucuk bunga telur dan bungkus doorgift (lelaki tu uols, kalah anak dara)

Dan kesemua yang hadir dan membantu secara langsung dan tak langsung. Maaf jika ada terkurang atau terlebih. InshaAllah segala budi baik kalian akan berbalas. 

And 1 more thing. Tarikh 11 May merupakan birthday my mom. So pada malamnya ketika acara potong pulut kuning, kami nyanyikan lagi "Happy Birthday" untuk mak. Selepas ni InshaAllah, our wedding anniversary akan sambut dengan birthday mak sekali. Yay! hhehee..

p/s: Maaf kalau ada tertinggal credit nama. Sila bagitahu ya! 




--------------------------------


Wardrobe: Own collection
White Caftan from SheNadz d'Wangga Boutique
Half Moon Shasmeen Kekwa Shawl from Radiusite

Pelamin & Handbouquet: Hizam Ariffin

Make-up: Rose JR

Photographer: Killabee & Abam Mizie

Cinematographer: Tauffik Aris & Amran Syarifuddin Abdullah 
(D Anonymous Photography)




Sunday, June 24, 2012

MEMASAK DENGAN MERTUA



Hey all.


Semalam, Sabtu. Dipenuhi aktiviti malas. Bersantai di rumah sepanjang hari. Lepas kemas rumah, tengok TV sambil kemas blog. Masa yang sama, mesin basuh berusaha membasuh kain. Entah. Dah lama rasanya tak dapat menikmati cuti hari Sabtu. Lapang betul otak selepas setiap hari minggu lepas balik lewat, kelas tambahan, dalam usaha nak menghabiskan PBS ICT. Sepatutnya semalam ada kelas tambahan juga, tapi pelajar banyak hal, jadi ditunda dan dibawa ke minggu depan pula.


Malam tadi tidur di rumah mertua. Sempatlah berborak sikit tentang persediaan adik ipar nak merisik dan bertunang pada bulan yang mendatang ni. Sempat juga intai2 barang2 hantaran yang nak digubah. Mak mertua tanya sama ada aku pandai menggubah atau tak. Memang taklah. Tangan aku tak kreatif langsung. Nak memusnahkan pandailah. hihuhih.. Hantaran aku haritu pun semua mak aku yang buatkan. Hahahha.. So solutionnya, aku cakap pada mak mertua, barang yang letak2 bolehlah buat, macam kasut, handbag. Kalau jenis kain pasang nak buat bentuk itu ini, mungkin boleh upah mana2 vendor untuk buatkan. Nampaknya setakat ni mak mertua setuju cadangan aku. =)


Dan pagi tadi baru berpeluang masak lunch bersama. Menunya, nasi ayam. Selepas Subuh, aku bancuh air dan bersarapan dengan mak mertua. Berdua je tau sebab lelaki2 semua sambung buat taik mata (kecuali ayah mertua, awal2 dah ke kebun). Nasib baik mak mertua bukan macam dalam filem Ibu Mertuaku, so tak adalah nak kekok sangat. hehehhe.. She's very simple, tak banyak bunyi. Suka tersenyum. Bila senyum manis sangat, sama manisnya bila mak aku senyum. hehehe.. Percayalah, siapa saja yang tersenyum, kita akan suka. Sebab hati yang melihat terasa senang. haha apedah melalut.


=)

Berbalik kepada masak nasi ayam tadi, aku rasa aku dah terer masak nasi ayam (biasalah perasan). Biasanya ayam tu aku goreng macam tu saja lepas sapu kunyit dan garam. Mak mertua punya style lain pula. Ayam direbus dulu dengan hirisan halia dan sedikit garam. Sampai air mendidih. Kemudian air ditoskan. Perap pula ayam tu dengan sos tiram, dan goreng. Ouh not bad juga rasanya. Mak mertua cakap, ayah mertua tak suka makan ayam goreng. Jadi ayam yang direbus tadi, diasingkan sedikit untuk dikukus. So jadi dua jenis nasi ayam. Satu ayam goreng, satu ayam steam. Sup pula, hanya tumis bawang dan masukkan kiub ayam. Ouh simple dan sedap. hehe. Dapat ilmu baru lagi. Aku suka tanya macam mana masak ni, masak tu. Sebab mak mertua masak sedap. =)


Well. Aku ni bukan jenis manusia yang pandai nak ambil hati. Tapi aku cubalah buat apa yang patut dan termampu. Ouh ya. Tak ada snap gambar nasi ayam pula untuk selit sini. Yelah. Nanti apa pula kata mak mertua. Nasi ayam pun nak snap kan. hehehhe..


Daa.


p/s: Sesiapa leh share tips ambil hati mak mertua tak? Especially yang dah berpengalaman. Thanks! =)


with love,
Alya Syaqiera

Friday, June 22, 2012

ZARINA TARDAN DALAM KENANGAN. AL-FATIHAH.


Salam semua.

Curi masa untuk update. 

Dia kawan sekolah dulu, dan satu kelas semasa di SMK Tun Mamat. Habis PMR, empat orang batch aku ke SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah, iaitu aku, dia, Yati Azizol, dan juga Syazana. Dua tahun kami di sana, Tingkatan 4 dan 5. 

Di sana, kami bertiga, aku, dia dan Yati masuk Kelab Anak Johor sebab masing-masing dari Johor. Selalu balik ke kampung bersama. Biasanya aku akan ambil bas dari Klang dan turun di tol Tangkak. Dari sana, mak atau abah akan ambil aku balik rumah. Manakala dia akan menyambung perjalanan menghala ke Muar. Pernah satu kali aku tolong dia beli tiket. Aku beli tiket menghala ke Tangkak kerana pada fikiran aku dia juga boleh buat seperti aku. Turun di tol Tangkak dan hubungi keluarga untuk menjemput bali ke rumah. Tapi, dia menangis. Rupa-rupanya, dia mahu juga ambil tiket menghala ke Muar. Aku tahu aku salah. Aku pun beli tiket ke Muar pula untuknya. Langsung dia tak marah aku. Malah aku tak pernah tengok dia marah pun! Selalu tersenyum. Kalau tak setuju dia akan menangis saja rupanya. 

Di KISAS, kami juga dalam satu group nasyid Soutul Mujaheedah. Dia bahagian percussion, manakala aku bahagian vokal.

Entah kenapa, lebih kurang beberapa minggu yang lepas, aku tiba2 teringatkan dia. Memikirkan kembali baiknya dia. Sebab aku belum jumpa lagi kawan yang sama sepertinya. Aku rindu dia.

Aku tiba2 dikhabarkan pada Isnin lepas oleh seorang sahabat tentang keadaan dia yang kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kemalangan. Doa dan harapan untuk dia supaya cepat sembuh.

Tapi, tak sangka. Memori tentang dia rupanya tanda dia akan pergi. Sungguh kalau aku tahu, cepat2 aku akan hubungi dia. Namun, oleh sebab kesibukan hidup dan kerja, aku sampai terlupa apa yang sepatutnya. Menyesalnya aku tak sempat hubungi dia.

Hari ini, melalui sahabat yang lain, dia telah pulang ke rahmatullah pada 21 jun 2012, lebih kurang jam 4.40 petang, bersamaan 1 Sya'ban 1433 Hijrah.

Antara kronologi kisahnya:

Zarina Tardan merupakan anak kelahiran Johor yang sedang menghabiskan pengajian master beliau di USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian dalam bidang Elektronik. Ex-KISAS 2002/03. Bergerak aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam USMKKJ, NISA' kawasan (ketua UKK NISA' Parit Buntar) Perak & juga sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Gamis.

16 JUN- Saudari Zarina membonceng motorsikal brsama adiknya. Sekitar roundabout Queensbay bertembung dengan sebuah kereta lalu terpelanting mengakibatkn beliau terhentak di bahagian kepala & koma. Adik beliau hanya cedera ringan. Doktor terus melakukan pembedahan dan keadaan masih sukar diramal.

17 JUN- Ibu bapa Zarina tiba di hospital dari Johor. Sahabat2 terdekat juga baru dapat dihubungi dan terus bergegas ke hospital.

18 JUN- Pembedahan kedua telah dijalankan sekitar 5pm-8pm dan doktor masih gagal mencari punca bleeding. Dinasihatkan semua terus berdoa & solat hajat dilakukan.

19 JUN- Menurut doktor, pendarahan dalam kepalanya sudah menjadi selaput pada otak. Bacaan heartbeats perlahan & keadaan yang semakin kritikal.

21 JUN- Zarina Tardan kembali ke rahmatullah pada usia 26 tahun.


Sepanjang kenal, arwah seorang yang sangat baik. Selalu tersenyum, suka bergurau dan tak pernah marah. Kepada yang membaca, mohon sedekahkan sebanyak mungkin al-Fatihah & bacaan Yaasin kepada arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sana. Semoga Allah takdirkan apa sahaja yang terbaik buatnya di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Kami sayang dia, tapi Allah lebih sayangkannya lebih daripada kami sayangkannya. Mohon maaf jika ada salah dan silapku, sahabat...

Dia... Zarina Tardan.


  

Untuk bantuan kepada family Zarina, boleh bank in kan wang ke 


CIMB 
MUFIDAH BINTI MD SIDEK 
0306-0027088-52-8 

kpada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan,boleh menggunakan no akaun ini. -Nisa' Perak


p/s: Nukilan2 arwah Zarina di SINI.


with love,

Alya Syaqiera

Wednesday, June 20, 2012

BILA SUAMI PANDAI MEMASAK


Suka ke tak suka?

Haha.. Hey all.

Well.. Kalau bagi isteri yang jenis malas ke dapur, mesti bersorak sorai kalau suami dia bukan setakat pandai memasak, tapi suka dan rajin memasak! Ouh wow! Salute!

Tapi.. kalau jenis isteri yang rajin ke dapur nak masak itu ini untuk husband dia, tapi husband cakap tak payah masak, biar dia yang masak. Macam mana pula? haha..

Hmm.. yup. Aku percaya aku masih dalam tempoh penyesuaian hidup dengan husband. Dia volunteer nak masak. Katanya dia suka masakan simple, dan biar dia yang sediakan hidangan. Mungkin tekak dia masih tak boleh terima apa yang aku masak. Patutkah aku rasa kecewa? Sedih? Ouh no no. Lebih baik masak bersama. hehehhee.. =p

dinner for today. simple dish for two. telur dadar special & kerapu masak sos.
all cooked by hubby, but rice cooked by me cz hubby tak pandai masak nasi. hee

Daa..~

with love,
Alya Syaqiera

Sunday, June 17, 2012

WEDDING SEPUPU DI BBST



Hey all. 


Last Saturday, for the very first time aku attend wedding keluarga belah husband. Kali pertama ni wedding sepupu di Bandar Baru Salak Tinggi, anak kepada pak ngah, abang mak mertua aku. Dua minggu lepas semasa cuti sekolah, dah habis aku round rumah saudara-mara belah husband, tapi tak sempat ke rumah pak ngah sebab dia tiada rumah ketika itu. Jadi, kehadiran aku semasa wedding anaknya kali ini, merangkap hari bertandang aku ke rumahnya juga. Jimat masa. =)


jums pergi wedding! betul2 ikut warna tema ni. =)

Tema warna wedding dia adalah pink-grey. Memang cantik dan pandai pilih warna. Pelamin satu panel indah warna pink-putih, dibalas busana pengantin warna grey. Paling suka pelaminnya. Warna bunga yang digunakan untuk bunga pelamin betul2 sama seperti majlis aku tunang dulu. Boleh tengok SINI pelamin tunang aku November 2011 lepas.


pelamin pink-putih

the bride dlm busana grey

Makanan pun sedap. Tak pakai catering, tapi rewang masyarakat taman. Lauk-pauk memang sedap dan fresh. Suka sangat kari daging dan pucuk ubi masak tempoyak tu. Marvelous! 3 tiers butter cream cake pun sedap. =)

Saudara mara belah husband tak kira keluarga belah mak mertua atau ayah mertua, kebanyakannya baik2 dan ramah-tamah. Seronok berada bersama dengan mereka, macam bertahun dah kenal dan jadi family. =)

Congrats kepada pengantin baru. Didoakan semoga berkekalan hingga ke syurga. Ameen..

Till here.


with love,
Alya Syaqiera

Saturday, June 16, 2012

PRE-WEDDING PHOTO SHOOT


Ouh sebelum terlupa! Belum share lagi foto2 pre-wedding. Jom view. Dan biarkan gambar yang bercerita. =))


kami kenal dari MySpace yang sebetulnya. =)

start chatting, exchange phone number. =)
start SMS & calling2.. =)

main cak2!
berjumpa kali pertama.. dup dap dup dap.. 

berbual-bual mencari serasi. 
jalan2.. ketawa ria. 
start taking pics together.
PALING SUKA GAMBAR INI!

gembira bahagia. 
kadang-kala serius juga
one day, ketika minum bersama... 

si jejaka buat suprise! Teddy bear warna pink. Siapa yang tak suka?


mula menyukai. menyayangi. menyintai. =p

tak serius, suka ketawa.

kami bertiga.

ketika lamaran diterima. =)


----------------------
Wardrobe & props: Own collection
Snake print blazer from Dressing Paula
Yellow mini dress from Padini 
Green colorful dress from Nicci
Beige dress from Nicci
Light grey jeans from Mango
Shawl from Mines
Accessories from GM Klang

Make-up: 

Location: 
Putrajaya

Photographer: Killabee 
Blogspot: Killab33



p/s: Jom tonton video SAVE-THE-DATE SINI!

previous entry: PRE-WEDDING PHOTO SHOOT & VIDEO SHOOT DONE!


Monday, June 11, 2012

VIDEO MONTAJ MAJLIS AKAD NIKAH


**Please pause the music box at the bottom right of this blog before watching. Happy watching. =)




-----------------------

A THOUSAND YEARS

by Christina Perri


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

(I love you, I love you)

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more
-----------------------


funny faces during our big day.
11.5.12

Location: 
Klang

Wardrobe: Own collection
White Caftan from SheNadz d'Wangga Boutique
Half Moon Shasmeen Kekwa Shawl from Radiusite

Make-up: Rose JR
Facebook: Rosnawati Salleh 

Cinematographer: Tauffik Aris & Amran Syarifuddin Abdullah
Call/Sms: Tauffik Aris (012-3526172)& Amran (013-7598892)
Facebook page: D Anonymous Photography


with love,
Alya Syaqiera

Sunday, June 10, 2012

HAPPY 2ND ANNIVERSARY MY LOVE!



Hallu..


ngahah.. mmg x smpat lg nak update apa2 pun di blog ni. Kalau ada soalan, tanya saja di inbox FB page saya ok. InshaAllah saya akan jawab. =)


Tengok sikit widget sebelah kanan wall blog ni. Genap 2 tahun aku dan hubby kenal, so today is our 2nd anniversary! Baru dua tahun kenal dan bersama, rasa macam dah lama kenal.


Hari ni macam hari2 biasa juga. Tak ada buat apa pun. Kecuali masak bersama hubby tengah hari tadi. Sotong goreng tepung dan ayam masak lemak. Sedap woo sebab penuh dengan rasa kasih sayang.. hehe..


To hubby, happy anniversary darling! To uols, tolong doakan kami ya kekal sampai ke syurga. Ameen. =))




with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...