Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, August 20, 2012

KALI PERTAMA BERAYA SEBAGAI ISTERI

Salam semua!!

Selamat hari raya pembaca semua. Tika aku menaip ni, aku dalam perjalanan bersama suami tersayang menghala balik ke Sepang semula selepas spend masa 24 jam beraya di rumah opah di Sungkai, Perak. 24 jam saja okay! Huhu

Tak puas rasanya beraya bersama opah dan mak di Sungkai. Mak pun cakap sekejap sangat aku di rumah opah. Opah pula suruh kami balik esok. InshaAllah tahun depan kalau panjang umur aku nak beraya lama sikit di kampung. Lama betul tak balik beraya di kampung sejak opah sakit dulu. Sekarang opah dah sihat dan boleh berjalan semula, jadi mak aku decide untuk balik beraya di kampung tahun ni.

Rasa janggal juga sebab aku tak dapat tolong mak untuk masak juadah hari raya seperti tahun2 terdahulu. Tahun ni tahu pertama aku beraya sebagai isteri dan menantu. Dua hari sebelum raya, aku sibuk belajar menganyam sarung ketupat dengan mak mertua. Memang aku tak pandai langsung. Dalam sejam dapatlah aku menganyam sebiji sarung ketupat. Hehe. Malam pula kami dah mula menyiapkan bahan2 untuk memasak keesokan harinya.

sarung ketupat hasil tangan sendiri.=D

Sehari sebelum raya, aku tolong mak mertua untuk masak juadah raya. Penat juga mengacau rendang daging 9kg apatah lagi aku tak bersahur pagi tu. Sambil tu, mak mertua sambung masak sambal kacang dan sup tulang. Petang sikit, mula masak sambal goreng pula. Tika itu aku rasa sedih sebab teringatkan sayur lodeh dan kari daging masakan mak. Sangat merindui. :(

Bila malam tiba, tradisi kampung, bertakbir raya dari rumah ke rumah. Turn rumah yang ke-dua akhir memang menuntut kesabaran untuk menunggu. Dalam pukul 12.30 malam, baru mula takbir di rumah mertua.

Selepas subuh raya pertama, kami terus ke rumah nenek dan makan di sana. Dan tengah hari raya pertama, aku dan suami mula bergerak, meredah hujan dan jalan jem untuk ke Sungkai. Bila tiba di perkarangan rumah opah, baru aku perasan yang aku sangat excited nak jumpa mak aku semalam. Sempat juga berkunjung ke rumah saudara mara,rumah tok tam, tok de, dan opah limah. Menu wajib kalau di sini sudah semestinya laksa penang my favourite! Dapat juga laksa sedap di rumah tok tam tadi. :D

Dan sekarang, kami dalam perjalanan bergerak balik ke Sepang. Begitulah rasa pengalaman pertama beraya sebagai isteri. Mungkin masih memerlukan masa untuk penyesuaian. Esok akan sambung beraya pula dengan mertua.

Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 16, 2012

PENCARIAN MODEL TUDUNG DELFIRASTYLE.COM 2012


Hey all.

I'm in the contest Pencarian Model Tudung Delfirastyle.com!!

Butik Delfira baru saja dua bulan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Ahad lepas, 15 Julai 2012 aku pergi casting di sana. Pemilik butik, kak Fie yang anggun sememangnya merupakan seorang model. Jadi apa lagi. Jom LIKE my photo!! Vote me NOW! Thanks a lot. =)



(click photo below, and LIKE it!)




HOW TO VOTE?

STEP 1:
CLICK LIKE ON DELFIRASTYLE.COM HERE

STEP 2:
 CLICK LIKE ON PHOTO HERE



------------------------------
Photog: kak Fie

Make-up: alya syaqiera

Wardrobe: own collection
black maxi from GM Klang
shawl from Delfirastyle.com Boutique

------------------



---------------------------
Delfirastyle.com
Webstore | Facebook
---------------------------


with love,
Alya Syaqiera

Monday, August 6, 2012

RESEPI: ASPARAGUS GORENG BELACAN & DAGING KICAP


Hai all, salam semua.

Simple menu for two. Hari ni MC sebab demam. Bukan sebab SORE EYES okay.. hihi.. Dapat 2 hari MC sampai esok, tapi inshaAllah akan pergi kerja esok. Kerja berlambak kot. Huhu..

Petang, rasa macam mampu lagi untuk memasak. Setelah sekian lama tak masak dalam bulan puasa ni (haha kantoi), baru hari ni dapat masak. Kisahnya sebab setiap hari bekerja sampai rumah lambat dan tak mampu dah nak masak. So hari2 makan lauk bazar Ramadhan sampai tekak dah tak boleh telan lagi.  Tak pun mak mertua masakkan. hihi.. Menantu mana lagi yang dia nak manjakan kalau bukan yang seorang ni kan (petik ayat En. husben =p). Hujung minggu pula memang tak duduk di rumah, mesti balik rumah mertua atau balik rumah Klang. Bila dah dapat peluang memasak ni, apalagi! Gunalah sebaiknya. :pp

Dua menu simple, tapi sedap (perasan lebih). Jom tengok gambar ambil feel.. :p

kiri: asparagus goreng belacan
kanan: daging masak kicap dgn serai

Di samping 2 menu tersebut, mertua tiba2 datang hantar kari gearbox, kupang masak lemak, taufu fah, dan yang paling fevret ayam rangka & putu mayam! Hoyehh.. tau2 je selera aku. =)

Oklah. Resepi akan di share kemudian. Ngantuk sudah. Bye bye. =)


with love,
Alya Syaqiera

Thursday, August 2, 2012

SHORT UPDATE ORANG BUSY



Hallu2 hai. Salam semua.

Lama tak update. Terlalu busy siapkan PBS budak2. Apa tu PBS? Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Markah PBS bagi subjek ICT adalah 30 markah. Kiranya, sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM, mereka dah ada 30% dalam tangan. Inilah kelebihan ambil subjek ICT. Pasti LULUS! Tapi kena rajin buat assignment. Budak2 ni ada yang malas dan lemau. Kerja sendiri bukan main lambat nak siapkan. Bila last minute, copy kawan punya. At last, dua-dua aku bagi markah kosong! Kosong... kosong.. oOo.. -.-'

Ermm.. rindunya nak update blog. Banyak benda nak cerita, tapi tak sempat lagi. Baru tadi berbuka di rumah mak mertua. Dapat sup ayam pula. Memang sedap. Nyummeh! Lepas tu, bila nak balik, mak mertua pun suruh tapau untuk bersahur esok. Inilah kelebihan duduk dekat dengan orang tua. kihkih..

Ok bai. :D

p/s: Err.. baju raya dah beli ke? Aku tak sempat nak beli lagi ni. ermm..


with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...