Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, October 31, 2012

Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012


Hey all.

Kalau anda rasa anda gadis confident berumur 18 tahun ke atas, apa kata jom join CARIAN GADIS KONFIDEN KOTEX FRESH 2012 ni di Facebook. Daripada dok tunjuk simbol 'peace' bila bergambar kan kan, dermalah satu gambar 'peace' anda tu ke contest ni. hehehe..

poster contest

Kenapa mesti 'peace' ye? Sebab syarat penyertaan dah memang macam tu. Mesti upload gambar dengan pose V yang paling kreatif! Makanya, dalam banyak2 gambar aku, gambar ini je yang ada 'peace'. Nampak sangat aku tak banyak ambil gambar dengan simbol 'peace' macam uols kan. hehe..

gambar tengah makan sangat x sesuai kan,
blurp sangan kretip kan? -.-'

Lagi satu, yang paling menariknya, hadiah wang tunai tu+bekalan Kotex selama setahun+liputan publisti lagi plus Boot Camp di Club Med Cherating 3 hari 2 malam. Oh wow! Best kan kalau dapat. Tapi tu untuk 30 peserta ranking vote teratas sahaja lah. Jadi apa lagi. Jom vote aku sekarang!! =)) Thanks!

Cara vote:


2) click tab UNDI
3) pada textbox "cari nama", type ALYA SYAQIERA
4) click photo saya seperti di atas
5) click UNDI

Join contest di sini,




due date: 31 Okt 2012


p/s: Sila baca dulu Terms & Conditions di page promosi contest.

with love,
Alya Syaqiera

Tuesday, October 30, 2012

Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira Musim ke-2


Hai semua!!!

Lagi join contest LIKE di FB. Kali ni PENCARIAN MODEL untuk BUTIK PENGANTIN SENTUHAN NADHIRA MUSIM KE-2. Penyertaan sehingga 31 Oktober 2012. Masih sempat lagi kepada mana2 gadis yang nak cuba nasib.

Dalam banyak2 gambar yang dihantar, seringkali gambar ini (seperti di bawah) juga yang dipilih oleh owner. Mungkin semua orang pun suka tengok gambar ni agaknya. Dah banyak kali juga gambar yang ini dipilih masuk contest.

Jadi apalagi? Jom tolong vote saya!!! Terima kasih. =)

photo from album Santai Photoshoot by Sarah Hata,
photographed by Killabee



Caranya:



STEP 1:

LIKE PAGE SINI

STEP 2:

LIKE GAMBAR SINI



due date: 31 Okt 2012


with love,
Alya Syaqiera

Saturday, October 27, 2012

Aidiladha Tahun Ini


Salam semua.

Pastinya ada yang masih di kampung menyambut perayaan Aidiladha semalam. Pasti juga ada yang sudah pulang ke rumah masing2. Ada juga yang tak balik kampung untuk beraya, begitu juga dengan aku.

Aidiladha tahun ini agak sedikit berbeza, memang berbeza. Tiada perhimpunan keluarga. Aku cuma balik ke rumah mertua, memasak bersama dan beraya bersama. Alhamdulillah, aku rasa beruntung sebab masih ada orang tua tempat untuk menumpang kasih sayang. Mak dan ayah mertua melayan aku dengan baik sekali.

Sehari sebelum Aidiladha, mak mertua dah siap memasak juadah raya. Adik lelaki nombor 4 SMS mengatakan dia tak ikut balik kampung. Aku pun tapaukan lauk-pauk untuknya dan balik segera ke Klang. Rupa-rupanya, adik lelaki nombor 2 dalam perjalanan balik ke Klang juga dalam keaadaan hujan lebat itu. Aku pun tunggu mereka, makan bersama-sama dan balik semula ke rumah mertua untuk menyambut Aidiladha di sana.

Pagi, aku, suami dan mertua berkunjung ke rumah nenek. Kemudian, bergerak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Berbeza dengan tahun2 sebelumnya, aku pasti beraya dengan mak, dengan masakannya yang jadi kegemaranku. Tapi tahun ni, mak balik ke kampung di Perak ditemani dua orang adik perempuan, adik lelaki pula di Klang, dan aku di rumah mertua.

Beza, memang berbeza.

Salam Aidiladha!

with love,
Alya Syaqiera

Friday, October 19, 2012

Pelangi Senja


Lagu Stacy yang ni, sangat2 sedap didengar. Macam lagu lama pun ada. Masa first time dengar a few months ago, tertanya2 gak, eh lagu siapa ni. hehe.. Jom layan.




Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...


PELANGI SENJA by STACY





with love,
Alya Syaqiera

Wednesday, October 17, 2012

Makna Hadiah



Buntu memikirkan apakah hadiah yang sesuai buat yang tersayang?
Hadiah dan makna di sebaliknya seperti tersenarai di bawah pasti dapat membantu! =)

JAM TANGAN………

Tanda mengingati setiap masa dan waktu.


CINCIN………….

Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG………….

Tanda mesra

RANTAI LEHER …….

Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG………….

Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT…………..

Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN…….

Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.


PAYUNG………….

Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI…….

Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR…..

Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.


BUKU……………

Bersifat terbuka dan bertolak ansur.


BUNGA……………

Tanda perkenalan dan tanda sayang

photo from services.flikie.com

COKLAT ……..

Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ………

Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN………

Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


Sumber daripada budriez04.wordpress.com, olahan semula Alya Syaqiera

Sunday, October 14, 2012

Saya Suka Dress! 1st Giveaway


Hai all.

Gadis mana yang tak suka dress kan? Jadi jangan tunggu lagi. Jom join giveaway daripada Saya Suka Dress ini sekarang!!

giveaway banner


How to Join?


Refer to their blogshop HERE!

Hadiah yg bakal uols Dapat!


1. A long Dress + Shawl + Accesories + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!

2. A Dress + Shawl + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!

3. A Dress + Accesories + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!



I tag 3 friends:






p/s: tempoh penyertaan : 30 September 2012 - 21 Oktober 2012


with love,
Alya Syaqiera

Friday, October 12, 2012

Behind the Scene: Photoshoot Majalah NUR Okt 2012


Hai semua!!

Tempoh hari photoshoot di Karangkraf untuk Majalah NUR untuk column make-over. Owner Malady Couture, kak Mass sponsor tudung untuk session tu. Maka beliau offer aku untuk join. Lagi seorang model, Isha datang dari Kedah untuk shoot.

Ini kali pertama aku shoot step-by-step untuk mekap. Aku sangkakan, make-up dan shoot di tempat yang sama. Rupanya tidak. Selepas siap satu step make-up, aku akan ke studio sebelah untuk shoot. Kemudian kembali ke bilik make-up untuk sambung step make-up seterusnya.

Siap make-up aku pakai shawl Stepnote dari Malady Couture. Sempat juga snap a few photos untuk simpanan Malady Couture. Tapi tak dapat ambil banyak sebab phone dah penuh capacity pula masa tu. hmmm.

Jom layan tudung2 dari Malady Couture. Cantik2 tau! =)

Honeymoon hoodie hijab

Honeymoon hoodie hijab

Honeymoon Bold hoodie hijab

Stylenote shawl

MUA saya yang sangat cantik hokay!

Kalau berminat dengan tudung2 seperti di atas, bolehlah cepat2 dapatkan di Malady Couture sebelum kehabisan stok! Boleh isi form di website Malady Couture.



-------------------------
Hijab by Malady Couture
Webstore | Facebook

-------------------------
Make-up by Ann Karim
Facebook
-------------------------

11 OKT 2012

with love,
Alya Syaqiera

TAK DAPAT JOIN PHOTO SHOOT SUPER DUPER HIJAB V2.0


Ouh! Aku sangat bersedih sekarang okay! Pada tarikh 20 Oktober 2012 tu, adalah birthday En. husben. Eh? Lari topik.. hehehhe

event poster


Ermm apo nak dikato. Baru dapat short notice, tempat kerja akan adakan kursus pada tarikh yang sama dengan event Photo Shoot Super Duper Hijab V2.0. Sedih yang teramatS! Mana taknya, bukan mudah nak dapat laluan terpilih jadi talent event ni! Kena hantar portfolio bagai, dan dipilih oleh photographer yang hebat2! Bila dah terpilih, tiba2 last minute ada pula kerja lain kann..

Terfikir juga kalau boleh nak datang shoot lewat sikit, macam tengahari gitu. Tapi, jadual kursus baru keluar. Kursus sampai jam 5 petang! Ku keciwa lagi... Sobs.

Ini namanya belum ada rezeki lagi. Aku lebih pentingkan kerja hakiki daripada hobi. Harapannya, ada lagilah event semacam ni pada masa akan datang.

Dan untuk team photoshoot, all the best for uols. T_T

p/s: Harap IB akan invite aku untuk Super Duper Hijab V3.0. Pleaseee,, =)

with love,
Alya Syaqiera

Tip Ceriakan Hubungan Suami Isteri

Hai all.

Alamak! Macam tak percaya je ada individu yang menegur aku dah lama tak update blog. Mohon maaf sebab tak sempat nak update blog kerana kekangan masa. Sekarang, jom curi masa! =)


Kalau nak dibandingkan ketika berstatus single dengan berkahwin ni, memang banyak bezanya. Satu perkara yang pasti, konsep 'berkongsi' kehidupan antara dua insan, suami dan isteri memang sedikit mewujudkan kelainan jika nak dibandingkan dengan masa single dulu. Satu contoh, kalau dah berdua sekarang, pendapatan pun jadi double! Kalau masa single dulu, beli satu barang dengan harga RM2, RM2 lah yang kita bayar. Tapi bila dah berkahwin, barang harga RM2, tapi kita bayar RM1, pasangan kita bayar RM1. Hebatkan? Jom semua kahwin cepat!! hihi 


Tapi lama-kelamaan, jika suami-isteri hidup macam biasa, mengikut arus, pasti rasa bosan akan timbul. Mana taknya. Kita hidup dengan pasangan, bukan untuk sehari dua, malah memakan puluhan tahun. Oleh itu, suami-isteri perlu mencari jalan untuk memastikan perkahwinan mereka dapat bertahan sehingga akhir hayat.


Tips untuk menceriakan hubungan antara suami dan isteri:


1. Ucapan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya dan mengelakkan anda daripada mengambil kesempatan antara satu sama lain.

2. Usik punggung (oopss!! =p) pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Ia bukan tujuan seksual sebaliknya hanya untuk mencetuskan kemesraan dan keintiman.

3. Beri ciuman setiap pagi.
    photo from wanitaisma.net



    4. Ucapkan ‘selamat pagi’ setiap pagi.

    5. Berpelukan.

    6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang menganggu anda.

    7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan, ia mungkin merosakkan hubungan kerana ia mungkin sudah tidak dianggap manja.

    8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran bila atau siapa yang patut melakukan.

    9. Amalkan mendengar apa yang diluahkan pasangan.

    10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara perkara yang mungkin anda kurang selesa.

    11. Jika isteri atau suami anda tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu di tonton, cuba main ‘5-3-1’. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan orang pertama tadi keluarakan dua lagi, jadi yang tinggal itulah tempat dituju.

    12. Walaupun tinggal bersama sebagai suami isteri, pastikan masing-masing masih mempunyai tempat untuk bersendiri di mana anda boleh berehat, membuat kerja kesukaan anda atau sekadar mengelamun.

Itu sahaja setakat ini. Selamat mencuba!! =)




SUMBER: Utusan Malaysia



Wednesday, October 3, 2012

MENCARI SPONSOR BAJU UNTUK EVENT SUPER DUPER HIJAB v2.0


Looking for sponsor untuk event Photo shoot Super Duper Hijab V2.0 Oktober ini. Gambar baju contoh seperti di bawah. Sesiapa yang berminat untuk sponsor di samping mengenengahkan rekaan baju butik anda, dipersilakan untuk contact:


Thank you. =)





with love,
Alya Syaqiera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...