Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, December 30, 2012

Pemenang Giveaway #1: Color Block Your Outfits!

*This is sticky post. Scroll down for a new blog entry. =)



Hai all. 

banner giveaway


Whoaa susah juga nak pilih pemenang ye. Nasib baik peserta sikit je. Kalau ramai lagi pening hehe..


So teruskan je ke senarai pemenang!!

Tempat pertama




dari atas ke bawah memang color block gitu. tahniah!

bakal memenangi Preloved Zigzag kurung blue color (Payless Kiosk) blog anda tersenarai dalam blog list blog alyasyaqiera.blogspot.com selama 6 bulan!


Tempat kedua



gabungan dua helai shawl yang menarik & kreatif! tahniah!

bakal memenangi Preloved Long sleeve cardigan blue color with satin ribbon (Free Size) blog anda tersenarai dalam blog list blog alyasyaqiera.blogspot.com selama 6 bulan!



Tempat ketiga



gabungan dress & jeans, i berkenan kat dress tu hihi.. tahniah

bakal memenangi Oversized clutch black color (Avon) & blog anda tersenarai dalam blog list blog alyasyaqiera.blogspot.com selama 6 bulan!




Saguhati 



nice peplum! tahniah!

bakal memenangi blog anda tersenarai dalam blog list blog alyasyaqiera.blogspot.com selama 6 bulan! Yay!



So kepada semua pemenang sila comment di bawah post ini, details yang berikut untuk claim hadiah anda ya. Komen tidak akan dipublish sama sekali, don't worry! =)

NAMA PENUH:
ALAMAT:
NO. TEL:
ALAMAT BLOG:


Tahniah kepada semua pemenang dan jangan lupa join lagi GA akan datang! InshaAllah.. =)


Saturday, December 29, 2012

Review: Tarian Pengantin Majlis Resepsi


Hai semua!

Sambil tonton Maharaja Lawak Mega 2012, nak sambung review sikit.

Tarian pengantin ni kiranya last minute punya plan jugalah. Sebab nak tengok bajet cukup ke tidak. hihi.. Aku bertemu dengan Azie, pengurus Kirana Dancers (KD) miliknya dan merangkap jurutari KD. Azie ni kawan kepada kawan aku, Ida. Masa aku pergi wedding Ida dulu, masa tu zaman bujang lagi lah, aku tengok meriah sungguh wedding Ida sambil diserikan dengan penari2 cilik ni. So aku pun rasa macam aku nak jugalah penari masa majlis resepsi aku. Dah nama pun kawan kepada kawan, so aku dapat harga murah sikit daripada harga asal. ehehe. Azie juga ada buat pakej silat pengantin, flower girls dan sebagainya.

Azie seorang yang peramah. Aku berjumpa Azie di PKNS Shah Alam untuk membincangkan bagaimana flow penari2 itu nanti waktu hari kejadian. Melalui perbincangan, penari akan berarak bersama pengantin ala2 flower girl. Kemudian mereka akan mengagihkan bunga telur kepada perenjis sewaktu acara menepung tawar dijalankan. Dan selebihnya mereka akan menari.

Penari2 ni memang comel. Tarian memang superb. Pelbagai tarian juga boleh ditari, tapi aku pilih tarian tradisional Melayu sahaja. Majlis resepsi tampak penuh dan tak kosong dengan kehadiran mereka. 

Jom lihat lenggok tari mereka sewaktu majlis respsi di Klang tempoh hari;


















Sesiapa yang berminat dengan Kirana Dancers, bolehlah komen di sini. Aku boleh link kan mereka kepada uolls.

Till here! =)


p/s: Please note that all photos are from my own collections.

--------------------------------

Kirana Dancers, Bandar Sunway

Tel/Whatsapp: 012-6257385 (Azie)
--------------------------------

Friday, December 28, 2012

DAY 19 - Benda Paling Mahal yang Anda Pernah Beli dengan Duit Sendiri


Whoaa.. lama betul aku ambil untuk habiskan challenge ni. Sampai bertahun jugaklah. Tak kira nak sambung balik. Kih kih.


Benda paling mahal pernah beli pakai duit sendiri setakat ni adalah kereta. Walaupun buat loan, tapi tiap2 bulan bayar pakai duit sendiri juga. Kann.. Kereta pertama dibeli pada tahun 2010. Masa tu baru mula2 kerja. Memang sakit sikitlah nak bayar kereta tiap2 bulan dengan maintenance lagi. Tapi sebab kereta adalah satu keperluan untuk mencari rezeki dan menjalani kehidupan di bandar metropolitan ni, jadi haruslah beli. 


bye bye baby. i'll miss you.. tskk.. T_T
photographed by See Serak



Tu je. Simple entry untuk hari ni.

Tamalah challenge hari ke-19. Weehuu.. =)


Casting with Performing Talents


Hai semua. 

Nak share cerita casting di Performing Talents (PT) pula tempoh hari. Aku jumpa iklan di event Facebook. Pada mulanya agak ragu2 & takut juga nak pergi. Dah lah tak ada kawan pula tu. Berani je aku pergi sorang. Dalam otak aku ligat berfikir kot nanti apa2 terjadi, kena tipu ke apa ke macam agency2 modeling lain tu. Tapi aku pergi juga.


PT logo



Kebetulan hari tu aku jaga kaunter SPM. Casting pula dari pagi sampai petang. So lepas habis bertugas dalam tengah hari tu, aku pun bergerak ke Boulevard, Damansara di mana office PT terletak dengan bantuan GPS. Bila dah jumpa bangunan, aku call secretary PT untuk tanya lokasi yang tepat. Aku siap tanya sama ada dia ada atau tak semasa casting, sebab dia perempuan! At least adalah teman.. hihi.. Lepas dia respons, aku pun lega sebab tempat dah betul. Tapi aku tak terus masuk ke bangunan tu. Aku berhenti dulu di stesen minyak Caltex untuk makan tengah hari. Makan tengahari aku pada hari tu adalah nescafe latte satu tin dan roti hotdog sebungkus. Jadi lah.. muehehheh. 

Lepas makan, terus masuk ke bangunan. Boleh tahan banyak juga kedai2 & bangunan office dalam Boulevard tu. Tapi aku tak pasti berapa tingkat. Okay dah jumpa lokasi lift, aku naik dan terus ke PT. Aku disambut oleh seorang lelaki (tak tahu berjawatan apa di PT) untuk isi form. Secretary yang aku call tadi pun keluar dan bersalaman. Seorang lagi photog, En. Sham pun datang dan berkenalan. 

Aku masuk di bilik menunggu dan isi form. Dalam tu ada dua orang perempuan baru lepas habis casting. Talent juga agaknya, dalam fikiran aku. Aku lega sikit. Tapi aku tak pelik langsung kenapa tak ramai yang datang. Sebab hari tu hari bekerja! 

Next dah siap isi form, aku pun dipanggil untul sesi temuduga. Dup dap dup dap jugalah! Ingatkan temuduga yang bagaimana. Serius tak prepare apa2 pun. Tapi semua fikiran tu tipu je. Temuduga sangat santai. Sampai aku rasakan, aku yang banyak bertanya kepada En. Sham.. hihi. Oh ya. Penemuduga aku adalah En. Sham yang bertugas sebagai photographer di PT.

Antara isi kandungan dalam perbualan weolls, PT buat casting untuk sediakan stock talent. Talent mana yang bersesuaian dengan job yang ada akan dipanggil. Job mungkin start tahun depan, 2013.

PT buat casting lain sikit dari yang lain. Mereka record video untuk buat portfolio talent. They don't need any comp card! So talent tak payah susah2 nak kena buat comp card bagai. Dalam video, client yang nak pilih talent yang bersesuain dengan produk mereka boleh tengok talent tersebut secara real. Kalau dalam gambar, mungkin kita akan pilih gambar yang cantik sahaja buat tatapan client. Tapi melalui video, client boleh view skills sebenar talent tersebut.

Semasa temuduga, ada juga soalan KBKK. So pandai2 lah uolls bagi jawapan yang terbaik untuk menunjukkan attitude anda yang sebenar.

Kemudian, casting ni tak perlu keluarkan duit satu sen pun! Ada banyak agency yang kenakan bayaran itu ini untuk casting. Sebenarnya tak ada istilah tersebut melainkan talent itu telah ditipu. Hati2 ya frens out there.

Selain itu, PT juga mencari model pelbagai size. Jadi jika ada plus size talent, buatlah appointment dengan PT untuk datang casting. InshaAllah jika terpilih, anda akan dipanggil.


outfit for casting. 
Paisley pink shawl, mustard blouse, & pink skirts.



That's it. Good luck! =)


-----------------------------
Performing Talents
-----------------------------




19 NOV 2012

Fashion Battle by Malady Couture


Hallu2 hai!!

Petang2 hujan ni sejuk kan. Nak keluar pun malas. Kalau boleh nak beristirehat je. Hari ni tak ke mana rupanya aku. Senggugut punya pasal. Sepatutnya kena pergi sekolah hari ni untuk urusan mengemas barang di bangunan baru. Tapi oh pehliss!! Tak larat okay!

Jadi sambil menonnton TV, aku teringat contest Fashion Battle yang dianjurkan oleh Malady Couture (MC) ni. Ingat tak aku pernah gayakan hijab sponsor daripada MC untuk photoshoot majalah NUR tempoh hari di SINI dan SINI? Haa.. kali ni MC buat contest pula untuk para hijabers di luar sana. Apa lagi, jom join ramai2!





SYARAT & PERATURAN


Semua contest ada syarat kan. Jom tengok syarat yang mudah ini.




HADIAH


Hadiah tentulah ada hijab daripada MC. Dan memang best kalau dapat jadi model jemputan MC. Teringin juga nak menggayakan hijab MC di depan kamera. =)





due: 31 DEC 2012




All the best untuk para contestant! =)


----------------------
Malady Couture
----------------------


What I Bought Today #4


Sebelum tidur, update blog dulu. hihi..

Hai hai! Semalam pergi KWC lagi. Beli mannequin! Cantik sangat. Kaki kayu. Haha.. Aku tak beli whole body. Aku beli bahagian badan je. Tujuan beli sebab nak buat bisnes.. gituu kan.. ahaks! Mungkin tahun depan mula kot. =)

Lepas tu siang tadi, lepas siap masak tengah hari, sidai baju dan solat Zohor, aku terus bergerak ke rumah mertua. Aku dan mak mertua nak pergi shopping lagi! Yay! Sampai2 je rumah mertua, dia belum siap lagi. So aku pun ke dapur dan makan apa yang patut. Sedap pula gulai ikan masin tu. Nanti boleh la try masak di rumah! =)

Dalam pukul 2, kami pun bergerak ke PKNS Shah Alam. Tujuan utama aku, nak survey harga baju batik. Tahun depan dah kena berbaju batik Malaysia setiap Khamis. Tahun2 sebelum ni, aku tak kisah langsung pasal batik. Batik Bandung, kain batik, semua aku main pakai je. Kalau sesiapa yang pakai batik sutera ke, crepe ke, yang mahal2 tu, memang aku tak perasan pun. Tapi sejak hujung tahun lepas, kami dah diingatkan untuk pakai batik Malaysia. Pekeliling pun dah keluar. Jadi nak tak nak, kena lah cari baju batik. Takkan nak mengulang baju yang sama setiap minggu. Ye tak? heheh. Itulah masalah wanita! Baju mesti banyak.

Sampai2 je di PKNS, penuh booth2 di tingkat bawah dengan jualan. Ada promotion rupanya hingga 31 Dec ni. So sesiapa nak cari baju2, jom2 ke PKNS. Banyak betul pilihan. Mula2 mak mertua ajak aku tengok batik di butik Warisan Hawa. Cantik2 juga baju batik ready made dia. Tapi salesgirl situ punyalah berlagak! Taknak layan pelanggan langsung. Patutlah kedai sunyi je tak ada orang nak masuk. Kerja makan gaji buta kot. Aku pun terus keluar dari situ. Daripada mood nak membeli, terus tak jadi.

Kami terus berjalan dan bershopping di booth2 sahaja. Sempatlah aku grab 2 kain pasang batik lukis warna baby pink & kuning air & satu peplum lace warna merah hitam. Mak mertua turut membeli juga.

Next kami pergi singgah minum2 di Seksyen 7, Shah Alam. Rasa perut kenyang lagi, tapi just nak minum2. Mak mertua order mee goreng mamak. Tapi oleh sebab kami just nak kunyah sikit2 je, so mee goreng mamak bahagi dua. Aww.. sweet je share2 makan ni kan. hihi..

Habis makan minum, kami singgah di Jakel Shah Alam pula. Serius aku memang sangat tak pandai nak beli kain. Bagi aku semua jenis kain tu sama je. Yang membezakan dia hanya sama ada cantik atau tak cantik je. Aku rasa kalau designer pergi Jakel, mesti dia macam menggila borong kain kan. Berbeza dengan aku yang terkebil2 tak tahu nak beli apa. Haha.. Kesengalan terserlah!

Last2, aku nampak ada satu kain Sifon corak simple dan warna menarik. Harga pun boleh tahan diskaun dia almost 50%. Mak mertua beli sepasang siap free lining lagi. Mulanya aku tak nak beli apa2. Tapi mak mertua suruh juga ambil. Dan dia belanja. Malunya.  >.<

Then kami pun balik dengan perasaan gembira. Hujan pula petang tadi kan. Nasib baik tak jem!

Tu je nak cerita. Thanks for reading! Nyte. =)


p/s: Gambar tak ada. Gambar kain tak boleh tunjuk. Nanti tak berseri pula bila pakai. Bolehh?? Muehehehh. 



Review: Silat Pengantin


Hai all.

Aku nak sangat selit acara silat pengantin masa wedding. Alhamdulillah tercapai dengan bantuan pesilat yang handsome sorang ni, Hamizan Saidi. Dia merupakan kawan kepada adik aku, dan pernah menang pertandingan silat, tapi aku tak pasti wakil negeri atau Malaysia. Dia ada team silat sendiri juga. 

Masa wedding aku, aku panggil dia dan kawan2nya buat persembahan silat menghadap pengantin. Tapi dia nak interprem sorang katanya. So dia beraksi seorang diri lengkap berpakaian pesilat. Aku tak berapa pandai term2 dalam silat Melayu ni. hehe.. maaflah kalau ada term yang kurang enak didengar. =p

Hamizan ni bagus, Seorang yang berdisiplin. Dia datang awal masa wedding. Masa aku tengah dimake-up lagi dia dah sampai. 3 kali dia makan nasi minyak. Katanyalah. hhihihi. Dan menu fevret dia pada hari tu adalah ayam masak merah.

Jom layan bunga2 silat Hamizan.













Oleh kerana Hamizan adalah kawan baik kepada adik aku, maka cost memang sangat murah. Aku bagi saguhati kepada Hamizan & suruh dia makan banyak2 kerana sudi besilat pada majlis resepsi aku. Silat dia boleh tahan bagus! Thanks a lot kepada Hamizan.

Sesiapa yang nak menggunakan khidmat silat pengantin, boleh comment sini. Aku boleh link kan kepada Hamizan. Tapi applicable untuk area lembah Klang & area yang berhampiran sahaja.


p/s: Please note that all photos from my own collection. =)


Thursday, December 27, 2012

Review: My DIY Guestbook for Wedding!


Hai semua!

Hmm.. slow betul aku review mengenai wedding kan. Nak pilih gambar tu satu hal lah. Banyak sangat sampai beribu. Eh. yeke beribu? haha.. Mungkin beratus kot.

So malam ni nak review mengenai DIY guestbook aku. Idea DIY dari internet. Kepada sesiapa yang  nak kahwin tapi workaholic tak sempat nak DIY tu, bolehlah order dari aku. Nanti aku buatkan untuk uolls. Tapi yang rupanya lebih kurang sama macam aku punyalah. hihihi..


purple-gold DIY guestbook for my side reception


Barang2 keperluan aku beli sikit di kedai bunga macam manik & kain. Kertas memang semua aku ada. Cuma untuk kulit depan dan belakang aku beli di Aeon. Kain felt aku beli di Daiso. Idea kandungan guestbook pula aku dapatkan di internet. Aku buat cara bertanya soalan kepada tetamu, dan mereka akan tuliskan jawapan mereka dalam guestbook ni. Contoh soalan ialah, "Di mana tempat yang paling romantis untuk kami berbulan madu?". Agak2 apa jawapan uolls? hehe

Macam uolls semua dah tau, tema resepsi aku adalah purple-gold. So aku terapkan gabungan dua warna ini juga pada guestbook. Jom tengok bagaimana nak buat guestbook yang super simple ni.

First sekali, masukkan paper, letakkan kulit depan & belakang, dan pergi hantar binding di kedai buku berhampiran. Lepas dah binding, mulalah menghias muka depan guestbook mengikut kreativiti sendiri. 


bahagian dalam guestbook menggunakan kertas berwarna purple.
bind guna comb besi.


POODLE FLOWER


Aku yang memang tak kreatif ni mulalah membuat poodle flower berwarna purple untuk tampal atas guestbook. Cara buat poodle flower, potong kain berbentuk bulat. Saiz ikut saiz bunga yang ingin uolls hasilkan. Kemudian jahit dikeliling bulat itu sampai habis dan matikan jahitan.




jahit sampai jadi macam ni.


Lepas dah jahit, penyekkan jahitan tadi agar berada di tengah2. Kemudian jahitkan manik agar menutup kesan jahitan kain tadi.


ok dah siap satu



Lepas tu, buat banyak2 sampai uolls rasa nak muntah, dan tampalkan atas guestbook. Aku tambahkan daun warna hijau di tepi bunga. Aku gunakan kain felt untuk itu. Next, aku tampalkan manik2 berakar berwarna gold disekeliling guestbook. Dan hasilnya jadilah begini.


Bagi aku, dah cukup cantik dah ni. hihi



GUESTBOOK MAJLIS BERTANDANG


Bagi majlis bertandang juga aku buatkan guestbook. Tapi deco berbeza sikit. Kertas dalam aku ikut tema warna bertandang iaitu hijau. Deco cover aku tampal knitted cloth yang aku beli dari Daiso. Bunga hijau dan daun pink aku buat guna kain felt. Buruk gila bunga tu kan. Hahah.. Tak apa. Yang penting isi dalam dia. (sejukkan hati sendiri)


Guestbook majlis bertandang



Walaupun tak berapa nak cantik, tapi aku suka guestbook yang aku buat sendiri ni. Dapat jimat kos kalau nak banding dengan harga guestbook yang dijual di pasaran. Total kos serius dah lupa berapa. hihi.. By the way, kalau uolls malas nak buat, atau dalam erti kata lainnya, tak ada masa, boleh beli je guestbook yang dijual di Aeon tu. Tapi warna standard la. Putih. 

Last but not least, penting tau guestbook ni. Tergelak2 baca apa yang uolls tulis dalam ni. Jadi kenangan sampai bila2.  =)

Selamat mencuba! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...