Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 6, 2013

Review: Busana Akad Nikah


Hai pembaca budiman sekalian.

Curi masa sambung me'review' majlis akad nikah. Hampir 8 bulan berlalu ya. Kalau dah pregnant, dah nak bersalin dah pun hihi..

Baju akad nikah dibeli bersama en. tunang (masa beli tu masih bergelar en. tunang la, sekarang dah en. somi). Masa tu aku bayangkan baju akad nikah aku berwarna putih, design ala2 kebaya, ada butang2 timbul2 di bahagian dada hingga ke pinggang. Dah nampak dah pun masa pergi Semua House di KL. Aku nak beli! Design  baju tu di satu kedai ni cantik sangat. Aku tak ingat nama kedainya. Tapi masa tu en. tunang tak suka! Dia kata baju akad nikah biarlah yang bersopan. Tak nak ketat2 ikut badan dan seksi. Haa.. so hasrat tu terpaksalah simpan dalam hati je.

Lepas tu kami singgah di Alam Sentral, Shah Alam pula untuk survey2 apa yang ada di sana. Tiba2 ternampaklah satu baju putih yang sangat cantik dipakai oleh patung ni di butik Shenadz d'Wangga. Kami terus lagi berjalan untuk survey lagi. Tapi en. tunang dah suka sangat pada baju tu walaupun harga dia.. adoii.. boleh tahan lah kan. Lepas tu aku masuk kedai dan try. Memang sangat loose baju tu.

Maka terbelilah baju ni untuk dibuat busana akad nikah. Baju ni ala2 kaftan, memang sangat loose, dan tak kira size apa pun boleh fit in. Kain jenis apa, aku pun tak pasti. Dia two piece; ada baju dan kain.  Kain dia kain duyung. Beading dia sangat simple dan cantik di bahagian dada, pergelangan tangan dan sedikit di bahagian keliling baju. Oleh kerana baju ni sangat loose dan bersopan, aku pun pergi hantar tailor untuk tambah dat di belakang. So dia mengikut badan la sikit. hihi..Harga masa beli, RM1000. 


details baju


busana simple & sopan di malam pernikahan



alter sikit bagi ada bentuk 




Tak ada gambar baju penuh berdiri, yang tengah duduk pun ok lah. :)



with mommy. =)


Baju ni milik aku. Jadi open for rent untuk sesiapa yang nak pakai di hari pernikahan atau persandingan anda. PM me for details. Best price for you.

Till here. Daa.. =)


--------------------------
SheNadz d'Wangga Boutique
--------------------------



4 comments:

  1. cantikkkk..boleh rent ke??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rent. mmg dah lama open for rent. =)

      Delete
  2. Replies
    1. deposit: RM200 (akan return selepas pakaian dalam keadaan baik)
      rent: RM500

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...