Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 13, 2013

Casting with R.S.F.G.


Hai semua. Selamat malam.

Tika ini, aku ditemani bunyi TV... tak tengok pun. Tapi cuma nak ada bunyi.. En. somi dah tidur awal tadi. Hari ni tadi dari pagi dia ada perlawanan takraw. Aku pun tak pasti perlawanan apa sebab terlalu banyak perlawanan takraw yang dia join. Aku pula tak minat sukan. Tapi yang penting, tadi en. somi dapat masuk separuh akhir. Bangga juga aku sebagai isteri dia. Cuma masih tak sempat lagi nak teman dia training setiap malam. hee..

Dah siap lipat baju, susun baju, mengemas apa yang patut, dan iron baju untuk kerja esok, sempat juga aku curi masa unutk update blog. Tak tahu kenapa sekarang ni aku rasa cepat je waktu tidur tu tiba walaupun jam baru pukul 10 malam! Oh mungkin inilah fasa perubahan dalam kehidupan manusia. Bila dah kurang jawatan di sekolah, aku boleh tumpukan banyak masa untuk rumah tangga. Kalau dulu pasti setiap malam akan stay up untuk setel kerja yang banyak. Tapi sekarang agak ringan. Jadi bolehlah tidur awal. Yang penting setiap pagi mata aku akan celik sebelum 5.30 pagi dengan sendirinya. Senang betul nak bangun pagi sekarang ni. =)

Oh panjang kan intro nya. Sampai uolls pun terbuai2 tika membaca. Aku kalau dah melalut memang macam ni. Tengok sikit tajuk, casting okay!! Oklah. Aku pergi casting tadi di R.S.F.G di Cheras, stands for Rahim Simon Fashion Galery. Aku selalu tersalah sebut! Aku akan selalu sebut RFSG instead of RSFG. Tak tahulah kenapa! Sindrom kot. hihi.. RSFG ni dimiliki oeh seorang designer bernama abg Rahim a.k.a abg Aim. Baju2 yang direka dan dijual disini adalah berkonsep muslimah di mana peplum semua tak jual. Nak peplum pegi tempat lain! hehe.. Baju plus size juga ada dijual di sini. 



Actually, RSFG nak cari model baru. Dulu RSFG berpusat di JB, baru sahaja berpindah ke KL. Aku dah lama juga hantar portfolio, tapi RSFG buat keputusan untuk adakan casting untuk sesi pemilihan model. Jadi, aku adalah salah seorang yang terpilih. 

Macam biasalah. Aku pergi sana tadi dengan khidmat bantu GPS. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya iaitu 12 pm di mana casting dijadualkan bermula. Macam biasa juga seperti casting2 yang lain, kena isi borang, bagi comp card, model profile dan segala gambar yang bersesuaian. Aku cuma bawa comp card dan gambar 3 keping; close-up, half dan full body.

Ada juga beberapa kawan2 talent yang aku jumpa tadi, Rai, Fiefa, & Farah. Rai & Fiefa aku jumpa sewaktu aku jadi fasi hijab di Studio Mediakreatif dulu. Farah pula aku jumpa masa casting BAKAT tempoh hari.

Sebelum casting bermula, kami semua seramai 10 orang talent, diberi briefing terlebih dahulu. Kami mula dengan sesi berkenalan. Sambil2 di brief, abg Rahim belek2 comp card. Dia kata comp card yang kami bagi semua tak boleh dikategorikan sebagai comp card sebab kertas dia guna kertas gambar, sedangkan comp card yang sebenar menggunakan art card yang tertentu. Haha.. aku punya comp card pula cuma printed atas paper gambar bersaiz A5 kalau tak silap. Tapi abg Rahim puji comp card aku. Dia kata, "hmm.. comp card awak boleh dikatakan menarik". Oh wow. Tak sangka dipuji. Aku buat sendiri kot comp card tu. Aku pilih gambar yang dirasakan okay dan tepek di situ. Kalau nak tengok comp card aku, boleh refer tab di atas blog ni, bertajuk "COMP CARD". Comp card ni penting bagi a few modeling job yang uolls nak apply, sebab dia macam mewakili uolls. Ada juga agency yang tak perlu menggunakan comp card. Tapi yang penting, uolls bersedialah dengan satu comp card kalau betul nak serius dalam bidang ni.


sesi ice-breaking dengan owner RSFG, en. Rahim.


Abg Rahim turut menjelaskan bahawa bagi talent yang terpilih, akan dibuatkan comp card dan juga portfolio sebagai mengketengahkan model muslimah ke pasaran semasa. Kriteria model yang abg Rahim nak adalah yang bertudung sepanjang masa, bukan on dan off. Perkara tersebut adalah penting untuk menjaga kredibiliti model itu sendiri. Selain tu, abg Rahim ada beritahu kepada kami bahawa sekarang ni memang fesyen muslimah menjadi pilihan. Ramai designer yang beralih arah daripada mereka baju yang bukan untuk muslimah kepada fesyen muslimah kerana ia sedang hangat di pasaran. Jadi kalau teringin jadi model muslimah tu, apa lagi.. Jom pakai tudung! hehe.. =)


gigih dengar briefing ni.. hehe


Selesai briefing, kami pun diminta untuk mencuba pakai jubah yang terdapat di RSFG. Cantik2 jubah tersebut, dan kebanyakannya memang labuh. Sesuai gitu untuk muslimah. Nasib baik bila aku pakai dengan heels, tak adalah meleret atas lantai. Tau je lah aku ni tak cukup tinggi untuk pentas runway. hiihi.. Kami pun disuruh untuk catwalk one by one sebab abg Rahim nak tengok basic yang kami ada. Bila dah habis semua, abg Rahim pun cakap dia dah dapat tengok attitude catwalk setiap talent. Kemudian, dia tunjukkan choreograph catwalk yang bagaimana dia mahukan.


berpeluang mencuba jubah2 RSFG.


Kami pun diberi banyak input berkenaan catwalk yang betul2 abg Rahim nak. Alhamdulillah, kebanyakan daripada kami dapat membuat seperti apa yang abg Rahim nak. Sepanjang casting tadi, semua aktiviti kami dirakam. Video tu nanti akan jadi sebahagian daripada portfolio kami, serupa macam aku casting di Performing Talents sebelum ni.


me, yang bertudung hijau tu. suka sangat pic ni sebab nampak muka aku macam mak aku la pula.. hihi

mulot camtu, tengah memikir sesuatu ni.. =P

InshaAllah kalau terpilih, kami akan dipanggil untuk satu event yang akan dilangsungkan pada bulan ini juga. Harap2 terpilihlah. Kalau tak dapat, aku selalu ingatkan diri aku bahawa pemberi rezeki itu adalah Allah, bukan pada manusia. Bukan manusia yang tentukan rezeki kita, tapi Allah. Walau tak ada rezeki di sini, mungkin di sana ada untuk kita. Usaha saja mencarinya. Dan aku masih ingat lagi pesan abah. Abah cakap, rezeki manusia tu dah ditentukan Tuhan. Contohnya, jika dah ditetapkan rezeki seseorang tu RM10 sahaja sepanjang kehidupannya, maka RM10 yang dia dapat walau sekeras mana pun dia usaha. Jadi tak payah risau sangat ok. Jalani je kehidupan macam biasa. =)

Last sekali, oleh kerana dah lapar, abg Rahim hidangkan kami dengan Domino's Pizza. Wah makin gemukla aku makan banyak pizza cheese tadi.. hihi...

Overall, aku suka cara RSFG treat kami. Layanan yang superb dan rasa tak rugi langsung join casting hari ni. Thanks to abg Rahim, kak Sally, kak Sity, Ain, dan the videog. Dapat banyak pengalaman baru juga tadi. Abg Rahim banyak bagi input yang berguna untuk aku dalam bidang ni. Semoga RSFG terus maju.

outfit for today.
Kemeja batik from GM Klang.
shawl pearl hijau from Beautiful Abaya.
Light makeup by Alya Syaqiera.


Sampai sini dulu, esok kerja. Goodnite. =)


p/s: All photos are taken from RSFG facebook page.



-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...