Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, January 28, 2013

Fashion Show: Majlis Ulang Tahun RSFG


Perjalanan aku ke RSFG sangat mudah pada pagi tu. Jalan memang lengang lah! Dah nama pun hari Ahad. Seperti dijanjikan, kami berkumpul di RSFG terlebih dahulu sementara menunggu make-up artist (MUA) datang. Aku, Fiefa, kak Maria, kak Has, Fiza, dan Fatin duduk borak2 di bilik persalinan sehinggalah abang Rahim, owner RSFG suruh kami turun makan dulu. Acara pagi tu adalah bacaan Yaasin. Ramai juga tetamu yang hadir. Menurut abg Rahim, sales pada hari tu bermula jam 2 pm. Tapi customer dah ramai yang datang sebelum waktunya. Mungkin tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi RSFG yang cantik2 dan dijual murah tu kot. Harga semua runtuh!

Aku pun turun makan sekejap untuk isi perut. Laksa Johor menjadi pilihan. Semua menu pada hari tu dimasak sendiri oleh keluarga abg Rahim. Kawan2 aku yang lain semua makan dessert je. Padanlah dengan badan korang yang slim tu hokay. hihi..

Lepas makan, kami  naik dan tunggu turn untuk make-up. MUA of the day adalah Ejay. Aku tak pernah lagi mekap dengan Ejay. Abg Rahim bagitahu, Ejay adalah favorite MUA nya. Aku model turn no. 2 untuk catwalk. Maka aku dapat turn no. 2 untuk make-up. hihi.. Sambil make-up, gambar dan video kami diambil untuk portfolio.

Habis make-up, aku terus dipanggil untuk interview atas tujuan video untuk portfolio. Antara soalan yang ditanya adalah pengalaman dalam bidang modeling, mengapa berminat nak berkerjasama dengan RSFG dan perasaan memakai jubah RSFG. Aku tergagap jugalah menjawab tanpa teks dan persediaan. Haha.. Entah apa yang aku mengarut.

Kemudian, kami dipanggil untuk photoshoot. Abg Rahim suruh kami tukar baju. Aku memakai jubah Aladin bewarna hitam. Cantik sangat jubah tu. Walaupun warna keseluruhannya hitam, tapi masih nampak elegan di mata aku. Tapi oleh sebab krew2 RSFG sedang sibuk melakukan persediaan untuk fashion show yang akan bermula tak lama lagi, photoshoot pun tak jadi. Kami hanya melakukan rehearsal, dan sambil2 tu, photographer pun snap gambar.

Hujan turun dengan lebatnya. Choreograph di tingkat bawah terpaksa ditukar kepada bentuk yang lain kerana tapak runway basah. Tanpa rehearsal untuk choreograph baru, kami pun terus tukar baju yang pertama dan get ready for fashion show! Yeahh! So excited!

Setiap model perlu peraga 5 baju. Dan aku berjalan sama seperti ketika rehearsal. Confident je lebih. Bila balik, baru teringat ada terlupa step yang tertentu. Apalah rupanya nanti dalam video ya.. huhu.. Sepanjang fashion show, video kami dirakam.

Tamat fashion show, kami pergi makan sekali lagi. Menu kegemaran aku tentu saja kambing panggang. Menu2 lain seperti nasi goreng, nasi impit dengan rendang ayam, cupcakes, etc. Aku sempat tapau untuk dibawa balik. Sebelum balik, abg Rahim sempat berpesan bahawa seorang model  ni umpama patung. Patung tak akan boleh bersuara walau apapun yang kita sarungkan kepadanya. Seorang model seharusnya menerima bagaimana jenis baju yang dipakai, cantik atau tidak, tugas model adalah membawa baju tersebut supaya menjadi cantik. Begitu juga make-up. Cantik atau buruknya make-up, seorang model perlu tahu membawanya. Walaupun aku bukan model, tapi aku akan ingat panduan yang diberikan.

Krew2 RSFG semuanya ramah-tamah. Segala kebajikan kami dijaga dengan baik. Bersyukur sangat dapat bekerja dengan RSFG. Semoga RSFG bertambah maju. Dan aku turut berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan RSFG. =)


p/s: Alhamdulillah.. Dapatlah esok shopping baju batik sutera sepasang.. hihi.. =D


-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...