Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, January 25, 2013

Fitting Jubah di R.S.F.G.


Hai!! rindunya kat pembaca blog semua! *poyo*

Banyaknya perkara tak sempat nak update. Busy sangat dengan kerja & terbaru ni APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Nak kena key-in maklumat budak kelas. Yelah. Tahun ni kan aku guru kelas. Guru yang paling banyak kerja di sekolah tu, tak lain tak bukan guru kelas tau! Jadi jangan bangga sangat la kalau jadi guru kelas tu. Banyak kot kerja! mihmih.. Berbalik kepada APDM, aku pun tak sempat nak siapkan. Bukannya apa. Sistem tersangatlah lambat nak loading. Kadang2 tak dapat buka langsung! Daripada tunggu depan laptop sampai mata bengkak, aku prefer untuk tidur. =p

Oh tengok tajuk sekarang! Yay! Tadi fitting baju di R.S.F.G. Lepas casting di RSFG tempoh hari, aku dapat call dari RSFG untuk datang fitting baju pada hari ni. Alhamdulillah. Mungkinlah aku terpilih untuk fashion show itu! Tapi tak nak confident sangat. Apa2 nanti aku update ya. hihihi.. Macam tak percaya aku terpilih..

Tadi bergegas lepas habis kerja jam 1 pm bertolak ke RSFG di Cheras untuk fitting pada 2pm. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Cuaca sedikit lembap dan basah sebab baru lepas hujan ketika tu. Aku pusing 2-3 kali jugalah untuk cari parking. Kali ketiga pusing, aku jumpa parking yang betul2 berhadapan dengan RSFG. hiihi..

Sampai je di butik, abg Rahim sedang brief pekerjanya. Aku nampak lagi seorang model, kak Maria sedang menunggu. She's too gorjes okay. Dia pun baru balik kerja. Dia cakap dia pergi kerja memang selalu simple je macam yang dia pakai tadi. Tapi, dia tersangat vogue okay. Muka dia lebih kurang best friend aku masa matrik dulu, Farah Lina. Kulit putih, mata besar.. rindu pula pada Farah! Kami pun berborak berdua sementara menunggu abg Rahim siap bagi briefing.

Kemudian, kami pun mula fitting baju. 5 pasang setiap orang. Baju aku-jubah hitam, jubah butterfly pink, jubah tarzan merah, blaus & skirt grey dan jubah putih. Alhamdulillah semua baju okay pada badan aku. Kami kena rasa baju tu, dan fikirkan cara nak bawa baju tu supaya nampak cantik. Tadi aku ada juga test catwalk pakai baju2 tu di sana. Untuk setiap baju, abg Rahim mahukan karakter yang berbeza. Jadi itu juga merupakan homework untuk aku. hihi

Siap fitting dan pekerja abg Rahim alter baju, kami dihidangkan dengan bihun goreng yang sedap. Tau2 je abg Rahim aku belum lunch.

Eh, esok ada rehearsal lah! Kena tidur awal. Gudnite readers!


p/s: Gambaq takde! =P


-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------



2 comments:

  1. lama tak dtg baca blog u i pun busy jugak weekend jelah dpt blogwalking kejap T_T

    wah bestnya terpilih good luck u :)

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...