Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 27, 2013

Rehearsal Fashion Show di R.S.F.G


Rehearsal tadi bermula jam 12pm. Aku sampai awal beberapa minit oleh sebab jalan clear tak banyak kereta. Lepak kejap dalam kereta sebab rasa awal sangat. hihi.. Tiba2 nampak one of the model yang involve, kak Maria berjalan menuju ke RSFG. Aku pun sarung heels, kunci stereng kereta, dan keluar untuk naik ke RSFG. RFSG terletak di tingkat 2. Tapi ada lift, jadi senanglah nak naik. Tak payah menapak.. =))

Sampai saja, seorang model lagi dah ada di butik iaitu Fatin, sedang fitting baju. Oh ya. Model yang terlibat adalah enam orang kesemuanya. Aku, Fatin dari Kedah, Fiza dari Johor, Fiefa, kak Has & kak Maria. 

Daripada baju semalam, ada dua pasang baju aku diganti dengan baju lain. Baju blaus & skirt warna kelabu diganti dengan baju blaus & dress juga, bewarna coklat dan sarat manik. Melihat kepada harganya, wow! RM1800... Nasib baik dapat juga pinjam pakai, nak beli mungkin belum mampu. hihi.. Kemudian, satu lagi baju adalah jubah bewarna putih yang dipadankan dengan cardigan putih, cardigannya diganti dengan yang lain pula, which is aku lihat lebih sesuai dengan badan aku.

Fashion show kali ini agak berbeza sedikit daripada fashion show yang aku sertai sebelum ni. Para model perlu memperaga pakaian dalam butik di tingkat 2, kemudian turun ke ground floor pula untuk peraga di sana. Satu pengalaman menarik bagi aku, sebab ketepatan masa sangat penting untuk choreograph sebegitu. Mujur ada ramai staf yang bertugas untuk menjaga beberapa check point, dan dengan kerjasama, segala yang dirancang menjadi mudah.

Doakan semuanya berjalan lancar keesokan hari ya. Jom lah datang beramai2 ke RSFG untuk tonton fashion show, dan makan2.. Ada kambing panggang tau. Tu yang paling best tu! hihi

Kaki dah penat, badan dah letih. Tidur dulu. Nite. =)




-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------

2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...