Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 6, 2013

What I Bought Today #5: Contact Lens


Hai semua.

Dah hari ke-5 pun dalam 2013. Masih belum sempat nak review 2012.. ehhehe.. Biasalah dah start kerja balik, memang busy lah kan. Tapi nasib baik masih boleh berehat pada weekend pula. Aku sangat happy tahun ni sebab mengajar subjek Maths semuanya. Weehuu!! Tak payah OT lagi macam tahun2 lepas. Agak sedikit ringan lah tahun ni. Tapi, aku pegang AJK promosi 5S pula tahun ni. Haa yang itu belum pasti lagi sama ada akan sibuk atau tak. Meeting akan bermula Selasa minggu depan. Dan bukan sekali saja, tapi setiap minggu! So tunggu jelah update2 blog seterusnya sama ada aku akan busy atau free pada tahun ni.. hee...

Habis soal kerja, ni cerita hari tu. Tapi nak cerita juga.

Lepas habis kerja, aku pergi servis kereta di pusat servis. Next aku terus ke Mines sebab en. somi dah tunggu di sana. Excited sungguh dia nak pergi beli gadjet idaman. Sebelum ni dia pakai Galaxy Note. Bila Note 2 dah keluar, dia pun start survey harga. Aku pun tak tahu bila masanya dia pergi survey harga tu.. Hmm.. By the way, di Mines memang banyak sangat pilihan. Harga pun lain2. Tapi pastikan uolls beli yang ori dan ada warranty. Nanti tak pasal2 guna dua-tiga minggu, dah ada masalah timbul pula kann.. So aku ni bertindak sebagai peneman en. somi je lah. Aku usha2 juga Galaxy camera. hehe.. Cita2 nak beli DSLR. Tapi aku ni bukan pandai pakai pun. Makanya aku fikir galaxy camera amat sesuai untuk aku.. hihi.. ok ok.. simpan dulu angan2 tu. Belum nak beli lagi. Berbalik kepada Note 2, memang ohsem! Tak rugi siapa yang beli. =)

Next aku singgah kedai contact lens. Tak ingat nama kedai tu, dalam Mines juga. Stock lens dah habis kan.. So kena lah beli. Aku beli 4 kotak Freshkon Sparklers warna shimmering grey dan brilliant brown, water content 55%. Terpaksalah beli 4 kotak, sebab power mata kiri dan kanan adalah berbeza. Nasib baik ada ready stock. Memang malas betul kalau kena order2 ni, nanti kena datang kali ke-2 pula untuk ambil produk.

Aku suka Sparklers series sebab design dia nampak normal, dan size dia besar. Harga cuma RM130 sahaja. Satu kotak ada sepasang. So 4 kotak, boleh pakai 4 bulan. Dan biasanya aku akan minta free gift. Kali ni aku dapat solution dan 3 casing. Haha.. baguslah dia bagi casing lens banyak2. Senang tak payah beli. Free gift lain yang pernah aku dapat sebelum ni adalah cermin muka, rantai silver, lens solution tu memang biasalah, lepas tu set potong kuku tu, dan yang paling aku suka, set make-up brush! Sampai sekarang aku guna. 


Freshkon Sparklers, 4 kotak RM130.
photo is taken using Galaxy Note 2.


Aku ni memang penggila color lens. Aku pakai contact lens sejak umur 18. Masa tu baru habis SPM dan mula bekerja sambilan di Fajar di Johor (dulu Fajar, sekarang dah tukar The Store). Muka aku memang buruk kalau pakai spec. Biasalah. Tak dilahirkan cantik kan.. hihi.. So aku  start pakai clear lens hasil tunjuk ajar best friend aku, Izzati.

Tak lama lepas tu bila dah masuk U, aku pun cuba2 color lens. Macam2 lens ada jual di pasaran. So aku try la mana2 color yang sesuai dengan aku. Daripada lens membesarkan mata, sampailah yang bewarna biru, semua aku try. Disebabkan mata asal aku berwarna sangat dark brown, so bila aku pakai color lens yang bewarna cerah, mata aku akan nampak pelik dan kesimpulannya sangat tak sesuai dengan aku. Sebab tu aku lebih prefer lens berwarna grey atau brown. Senang nak suai-padan dengan situasi kerja, dan photoshoot sepanjang bulan.

Jenama lens kesukaan aku, kalau clear lens (jarang pakai) adalah Acuvue. Acuvue ni sangat lembut  dan lembik sebab kandungan air dia tinggi. Jadi kalau pakai, mata tak mudah alami kekeringan. Jenama lens berwarna kesukaan aku pula pastinya Freshkon. Memang setiap kali nak beli, aku akan cari Freshkon. Aku memang tak percaya lens yang dijual online, ataupun lens yang lain yang aku tak pernah try. Lens biasanya dipakai hanya dalam jangka masa sebulan sahaja. Jadi kalau ada lens yang dijual untuk dipakai selama 3 bulan atau lebih, aku memang tak akan beli. Bukannya apa. Pengunaan lens ni bergantung juga kepada si pemakainya. Kalau pemakainya jenis kurang bersih, lens yang didakwa tahan  selama 3 bulan pun takkan tahan sampai 3 bulan lah!

Alhamdulillah sampai sekarang tak ada masalah lagi sepanjang aku pakai lens. Walaupun kadang2 ada juga balik shooting awal pagi, cabut lens dan terus letak dalam casing macam tu je, *pemales pempuan ni*. Tapi sebelum nak pakai tu, aku akan pastikan aku rub dulu dan bilas lens before masukkan dalam mata. Masa awal2 pakai lens dulu, aku pernah pakai satu jenama lens ni *xmahu sebut*.  Jadi masalah bila lens tu asyik terlipat dan melekat jadi halfmoon, tak boleh buka pula tu. Dah terlipat macam tu, so tak dapatlah pakai! Terbang juga duit tika remaja dulu. Ada juga kawan2 yang mengalami sakit mata,  mata merah dan kornea bengkak, bila pakai lens jenama yang kurang aku percaya. Pengalaman kawan lain pula, bila warna contact lens yang dibeli online boleh luntur dalam mata. Sangat menakutkan. 


TIPS UNTUK SI PEMAKAI CONTACT LENS


Apakata aku share tips memakai contact lens daripada perspektif aku sendiri:

1. Beli lens di kedai yang berdaftar, elakkan beli melalui online. Pastikan anda tanya kepada optometrist, sama ada mata anda sesuai atau tidak memakai contact lens, dan apakah jenis lens yang sesuai untuk anda.


2. Beli lens jenama yang dah terkenal, banyak iklan dalam akhbar dan majalah, dan ramai penggunanya. Sebab lens yang terkenal lebih dipercayai selamat dipakai. eg: Acuvue, Freshkon, Freshlook.

3. Laburkan wang untuk dapatkan lens mahal yang selamat. Jangan beli lens yang murah sebab cantik tapi sebenarnya tak selamat untuk mata! Kalau wang tak cukup, jangan pakai lens, pakailah spec. 

4. Check tarikh luput contact lens yang tercatat pada kotak lens. Jangan pakai lens yang dah expired! Kalau tarikh expired dia beberapa bulan je selepas tarikh beli, tak payah beli hokay!


5. Pakai lens selama sebulan sahaja, kemudian gantikan yang baru.

6. Buang casing lens selepas sebulan. Dalam sebulan pakai satu casing sahaja.

7. Pakai lens dulu, baru apply mekap. Pastikan tangan bersih sebelum pegang lens.

8. Elakkan memakai contact lens terlalu lama dalam sehari. Biasanya, tempoh pemakaian lens bergantung kepada water content lens tu; 42% untuk 8 jam, 36% untuk 6 jam, 55% untuk 10-12 jam. Kalau dah rasa mata kering, cepat2 lah cabut lens dan pakailah spec.

9. Gantikan solution dalam casing setiap hari.

10. Gunakan ubat titis mata khas untuk contact lens jika mata berasa kering. Mata kering adalah akibat kurangnya oksigen dalam mata.

11. Jangan tidur dengan lens dalam mata! 

12. Tanggalkan lens serta merta kalau terasa pedih, sakit mata atau mata bertukar kemerahan selepas dipakai.

13. Jangan pakai lens ketika demam, sebab suhu badan yang panas akan merosakkan lens. Lagi teruk, akan mencairkan lens dalam mata anda sebab dia plastik. Pakailah spec.

14. Jangan pakai lens ketika anda sedang sakit mata.

15. Jangan pakai lens ketika berada di tempat bersuhu panas yang tinggi, ketika kebakaran, ketika barbeque atau memasak, sebab lens akan cair dalam mata sebab dia plastik! 

16. Bawa mini solution, casing dan spec sebagai bekalan kemana-mana, in case anda perlu tanggalkan lens anda dengan segera pada situasi yang memerlukan.

17. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala untuk check tahap kerabunan mata anda, sama ada semakin meningkat atau berkurang atas akibat memakai lens. Seeloknya, check mata setiap kali nak beli lens baru.


Siap beli lens, aku dan en. somi pun pergi singgah Pizza Hut. Perut dah bunyi2. Mana taknya, makan breakfast je. Jadi aku order Fettucine Carbonara dan Shrimp kegemaran aku, dan en. somi, Hawaiian Pan Pizza dan Ayam BBQ dia. Sesi diet terpaksa di tangguhkan. =p

Ok tu je. Bye2. :D


3 comments:

  1. yaya pon same..dlu mse hbs sek kje jap beli sdri lens ni..ade ofr beli 2 free 1..dpt 3,3wrne skali amik..hehe..
    mmg lebh baik beli dri tmpt yg agk femes skit nama dia..jgn beli yg sebrgn punye cntct lens..bhye..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. actually freshkon ni dia wat promo haritu beli 2 free 1 kotak, sbb price dia mmg dah reduce rm40 sekotak. dia ank org beli banyak hehe.. beli lg byk lg untung. kan.. sy xleh amik 3 color, sebab power kiri kanan berbeza

      Delete
  2. freshlook lens rm20..freshkon lens rm30..berminat watsapp 0172546734

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...