Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, January 12, 2013

What I Bought Today #6


Hai hai semua blog readers!

Tadi petang pergi ambil baju yang ditempah di Klang. 6 pasang semuanya. Semua kain2 tu dibeli di Bandung tempoh hari. Memang excited lah kan nak tengok baju tu jadi apa. Aku pergi seorang diri, sebab en. somi ada kerja. Kan Najib Hussin ? =)

Sampai2 je kedai, tailor tu bagitahu aku, "Satu baju kurung moden tu lengan dia memang pendek, sebab leher dan hujung tangan pada satu bahagian kain". Kain dari Indo memang macam tu. Pelik2 sikit. Mungkin orang Indo pakai baju moden lengan pendek kot. Masa pergi Bandung hari tu, aku ada belikan sepupu aku kain yang sama dengan kain aku tu. Dia dah buat baju dulu. Aku lupa dia ada cakap pada aku yang lengannya pendek, dan tailor dia terpaksa tambah kain di hujung atas lengan. Dan aku lupa nak pesan pada tailor aku tu supaya tambahkan kain.

Hmm.. dah siap baju, baru aku tahu lengan baju aku tu pendek. Tak tahu dah nak buat apa dengan baju tu. Kain lebih pun tak ada. How sad. =(

Baju yang lain, 2 pasang kurung moden memang aku suruh tailor tu buat cutting besar sikit. Lagi satu kebaya panjang, pun aku suruh buat cutting besar atau loose sebab aku tak nak ikut body. Nanti bising la en. somi tak bagi pakai. huhu.. Lagi 2 pasang tu peplum. Tapi peplumnya macam tak berapa jadi la. Satu tu ok. Satu lagi tu dah macam robocop pula bila aku pakai. Peplum, baju dia kan dah kembang, tetiba kain dia pun alamak! Kembang sangat. Apakah?? Hmm.. tak tahulah bila nak alter.. Sedih juga lah sebab aku suka hantar baju pada tailor ni sebab jahitan dia kemas, tapi bila pekerja dia yang jahit, lain pula jadinya. =(

Dah siap ambil baju tu, aku pun singgah GM Klang. Ramai orang harini. Parking pun susah nak cari. Aku pun tawaf la tempat parking 2-3 kali. At last, jumpa juga parking kosong tapi terpaksa menapak la.

Aku pun mula mencari kain skirt duyung warna pink untuk dipadankan dengan kurung moden yang aku beli di KWC tempoh hari. Jumpa juga dengan harga RM45. Ok lah daripada di tempat lain kalau skirt macam tu dalam RM50 and above.

pink duyung skirt, RM45 per piece. 


Sedang aku berjalan2 survey barang, aku terdengar ada customer yang jalan2 shopping juga. Dia cakap, "Tak adalah murah pun barang kat sini". Hmm.. memang lah tak murah, sebab di GM Klang ni jual secara borong. Kalau beli borong memang la murah. Kalau beli satu2 memang agak rugi sikit, better pergi tempat lain. Tapi aku suka datang sini sebab apa yang aku nak mesti ada.. hihi.. So kalau nak murah, uolls boleh bawak family atau kawan2 datang sini ramai2. Tapi pastikan nak beli barang yang sama. Bolehlah beli secara borong. Jimat pun jimat.

Aku terus berjalan lagi, aku masuk ke kedai yang aku ada masuk sekali dulu. Aku ternampak lagi baju kemeja yang aku nampak haritu. Ada lagi warna hijau. Kemeja ni panjang tutup punggung, tapi jarang sikit. Kena pakai inner la. Penjual tu kata, baju ni baju batik. Aku minta kurang harga pun tak dapat. Oleh kerana aku memang suka baju tu dan dah lama aim, aku pun belilah. Tak termasuk dalam senarai  nak beli pun, tapi terbeli juga!

kemeja batik hijau, RM39.


Lepas tu aku terus pergi cari barang yang memang aku nak beli, iaitu brooch bunga!! Aku fikir nak letak atas baju peplum aku di bahagian pinggang, walaupun baju tu tak jadi. =( Aku beli dalam 14 keping, so dapatlah harga borong RM1.20 satu dimana harga asalnya adalah RM3.00 satu. =))

mustard flower brooch & ribbon lavender brroch, RM1.20 each.


Dah habis membeli, aku cepat2 keluar. Lagi lama aku duduk dalam tu, lagi banyak duit aku laburkan nanti. So aku pun balik dengan hati yang excited tak sabar nak try baju! hehe

Balik, try baju. Ada antara baju tu bersulam2. Aku terfikir juga adakah sesuai baju2 ni dibawa pergi kerja? Ada rakan yang pernah bertanya kepada aku, "Kenapa pakai baju cantik2 pergi kerja? Nanti nak ke mana2 majlis dah tak ada baju nak pakai." Hehe.. aku masih ingat soalan tu sampai sekarang. Aku tak jawab apa2 masa persoalan tu diutarakan kepada aku. Sebab aku rasa, soalan tu tak perlukan jawapan. Sebab setiap orang ada style tersendiri. Bagi aku, baju2 kerja aku tak adalah cantik mana pun. Ada baju yang lebih cantik daripada apa yang aku pakai pergi kerja. Mungkin pada orang lain, pandangan mereka berbeza. Cantik tu kan subjektif. Suka hati uolls nak pakai apa yang uolls rasa selesa. Betul tak? Dan aku turut tak terlepas dari 'bad dress day'. Ada je hari yang rasa sangat hodoh pakai sesuatu baju tu. =p

Tapi aku ni jenis tak banyak baju. Aku cuma banyak tudung sahaja. Kalau di mana2 aku terjumpa tudung yang cantik pada pandangan mata aku, aku akan beli walaupun aku tak ada baju warna tu. Aku suka mix & match. Untuk satu baju, boleh digayakan dengan banyak tudung. Kalau baju kurung pula aku campur semua; itulah baju pergi kerja, itu juga baju pergi kenduri, itu juga baju untuk event yang memerlukan aku untuk pakai baju kurung. Kalau aku asing2 kan baju mengikut event, mungkin aku akan pakai baju pergi event tu sekali dua sahaja sebab jarang2 pergi event. Dan sangat merugikan pakai sekali dua saja, sebab mungkin badan aku akan semakin gemuk dan baju tu terpaksa didermakan. Dan kalau pergi big event seperti annual dinner yang bertema contohnya, aku akan pergi cari baju baru khas untuk event tu.  Aku suka ikut tema event. Bukan selalu kita boleh pakai baju2 yang pelik2 ni. Bila ada tema2 ni, bolehlah merasa pakai. 

Ok. Itu saja yang aku beli hari ni. Share lagi on the next entry, inshaAllah.

=)


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...