Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, February 4, 2013

Bride Blogger Gathering 2013


photo by Funtography.


Alhamdulillah.. weehuu.. Sempat join event semalam, seperti yang dah diwar-warkan sebelum ni, Bride Blogger Gathering! Sangat2 well-organized. Tahniah Farah Yasmin (FY) & the committee! Clap! Restoran Flora Terrace di Hampshire Place memang cantik dengan dekorasi yang super modern, ditambah lagi dengan agenda majlis yang menarik.


the deco. really fall in love with purple color!
photo by Funtography.


Ada beberapa bride blogger dari group B2B 2012 yang memang aku dah kenal seperti Dhiera, Zimie,  Rina Hamid, Rilla Amrillah, Renee, dan organizer sendiri, FY yang cantik menawan. Aku pernah jumpa Dhiera sebelum ni sebab dia datang masa majlis khatam Quran aku tempoh hari. Yang lain2 kenal di alam maya je, dan akhirnya dapat juga jumpa setelah mini-gath yang mereka buat sebelum2 tu aku tak dapat join.

Acara dikendalikan oleh Zett yang supercute, kawan kepada FY. Doa pembuka majlis dibacakan. FY memperkenalkan spnosors event pada hari tersebut. Then sesi makan2 buffet yang free flow. Sesuai sangat untuk aku yang suka makan ni, bila2 masa boleh cedok makanan.. hihi.. Antara menu yang disediakan adalah nasi goreng Cina, roti jala dan kari ayam, popia goreng, rojak buah yang sangat sedap, sandwich, cakes, fruit pie, buah2an & fruit punch. 

Lepas tu aktiviti seterusnya adalah talk daripada owner blog { 4weddingku Blog} dan penyampaian anugerah blog daripada side { 4weddingku Blog} . Next, ada make-up tutorial daripada Hyna Razak with the model Annyss Amyra, shawl tutorial daripada Sarah Hata the Image Consultant, dan cabutan bertuah. 

meet my fren, Sarah Hata & Annyss Amyra.
photo from Annyss Instagram.


Then ada games! Games slot pertama khas untuk bride blogger yang bawa husband. Mereka kena jawab 3 soalan, dan jawapan adalah rahsia. Bila dah siap, mereka kena pamerkan jawapan kepada audience. Pasangan yang dapat jawapan sama paling banyak adalah pemenangnya. Game kedua adalah minum air sirap dengan menghisap dari botol susu, khas untuk pregnant mommies.. hehe.. Cute je diorang hisap botol tu. And game last sekali adalah berkumpulan, di mana aku pun terlibat. 1 group 4 orang, dan each group kena design baju menggunakan bahan2 suratkhabar, manila kad, kertas mahjong, stapler & gunting. Kami buat design ala2 princess, dengan crown lagi. Aku jadi modelnya. Lepas tu kena catwalk! Teringat pula masa event fashion show preview Halfest di sini bulan 8 2012 lepas. hihi.. Tapi group kami tak menang, sebab ada design baju group lain yang lagi hebak.

Next agenda, seriously aku tak tahu ada hadiah untuk best dress. Tema gathering kali ni adalah COLOR BLOCK. Aku dapat tahu pasal tema pun sebab last minute aku tergerak nak bertanya kepada FY one day before event. So aku pakai sahaja koleksi sedia ada, mix and match. Pakaian yang sama macam aku pakai masa pergi majlis tunang Intan tempoh hari. Pink peplum dengan kain duyung warna electric blue. Tudung pula aku main sarung je sebab dah lambat. Aku pakai shawl biru elektrik juga, lepas tu aku ikat riben satu tudung colorful di atas tudung biru tadi. Dan... FY umumkan pemenang best dress adalah aku..?? hihi.. tak sangka.. Thanks to the judges. Hadiahnya, aku dapat shawl geometri warna biru+cermin muka+bekas kaca berdiamond+pouch. Tak tahu sponsor dari mana.

love the shawl material. Sesuai untuk pengumpul shawl free like me.. hehehhe

cantik kan? i love cute things. sapa tak suka kan.


Selain tu ada juga booth jualan di luar restoran. And one of my friend juga berniaga di sana, Farah Zaheeda. Aku kenal dia semasa casting BAKAT tempoh hari. Oleh sebab aku ni penggila shawl, aku dah 'terbeli' 2 shawl yang cantik daripada Farah Zaheeda. Kalau berminat nak beli shawl macam di bawah, boleh melawat blog dia di The Duchess dan dapatkan koleksi yang up-to-date lagi menarik!




Jom tengok apa doorgift yang aku bawa balik dari event ni. 


can someone tell me what is this? aku rasa tempat buat ice cube kot. so cute dengan shape bunga2.
ada banyak color, tapi aku pilih pink! from IKEA.

B2B gathering scallop tag sponsored by miszatie.blogspot.com

Cookies in jar sponsored by lurvering.blogspot.com
contact: 017-6929840

kaya spread in the jar sponsored by sugarsweets
contact: 013150157/0173137852

apple chocolate sponsored by Candy Buffet Candy Buffet.
Sesuai buat gift untuk wedding. Rasa manis+masa epal hijau.



pocket calendar sponsored by iedaaurora.blogspot.com.
Ieda sponsor bunting juga.

official photog of the day, Funtography.
www.funtography.com


Itu saja sharing pada hari ni. Event ini juga diserikan dengan kehadiran wartawan majalah Inspirasi Perkahwinan. Untung2 boleh masuk majalah lagi hihi... Terima kasih organizer & kawan2 blogger untuk event yang hebat ini. Walaupun aku bukan bride blogger yang aktif & hebat macam uolls, tapi memang best kenal uolls. Sangat kagum dengan bride blogger yang boleh inspire other readers especially untuk bride-to-be. =D

Tata~

p/s: Waiting for the next bride blogger gathering! Tak sabar! =)


14 comments:

  1. best je i tgk kwn2 update kt instagram sume. i tak dpt join sebab pg jb huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa cha.. if u pegi leh kenal2 kan.. wuwu

      Delete
  2. alyaaaa..thanks for sharing!! great entry!!!! muahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. FY!!!!!!!! hihi.. welcome.. great event dear.. kipidap! =)

      Delete
  3. Woahhh. Nice. Kita x dpt pegi. Segan lak sorang2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. me to0.. kite g sorang je.. dgn harapan nak tambah kenalan.. hihi

      Delete
  4. Babe u mmg deserve the best dress award!!.. 1st tgk u pun mcm da bleh agak...da plak orgnye sgt gojess...hehe..btw nice meeting u n others...hope dpt jumpa lagi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya renee!! untung sgt dpt jumpa u.. mmg jelmaan dato' siti.. cntik tau!
      baju i tu pulak main sarung je apa yg ada babe. tak tau plk ada award kann. =p

      Delete
  5. 1st time jumpa alya the fashionista. sogan zimie hahah. btw congrats menang the best dress!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqq... 1st time jugak jmp zimie comey! ngade lah nak segan2.. sy bukan retiss.. hihi.. :D

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...