Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, February 13, 2013

Cerita Cuti Kali Ini


Salam & hai semua.

Jem tak jalan hari ni? Masing2 dah mula bekerja kan lepas bercuti sempena Tahun Baru Cina. Mungkin ada yang balik semalam, ada juga yang balik hari ini. Ada yang extend cuti?

Aku masih dalam cuti. Cuti seminggu katakan. Ada baki dua hari lagi cuti sebelum sibuk pada Sabtu dan Ahad ni.

Cuti aku terbahagi kepada 4 bahagian; iaitu berbagi masa untuk abah, mak, mertua dan juga diri sendiri. Sabtu lalu sempat balik ke Tangkak tidur satu malam di rumah abah. Sempat borak sikit2, bawa abah makan di luar dan keluar ke Uptown Melaka bawa adik lelaki aku beli rokok elektronik yang tengah popular sekarang ni. Keesokan harinya, sempat juga berjumpa saudara-mara semasa majlis pertunangan anak pak long di Parit Sulong. Kemudian aku dan suami terus bergerak balik ke Sepang.


kereta speaker besar. menurut adik aku, tiap2 malam banyak kereta akan berkumpul di dataran pahlawan ni dan pasang speaker kuat2. Tapi malam tu hanya ada satu kereta sahaja. Yang lain balik kampung barangkali.


dengan baby kepada sepupu aku, kak Shima di majlis pertunangan sepupu.


On the way dari Parit Sulong dengan keadaan yang hujan renyai2, dan en. suami mula rasa tak sedap badan dan tak larat nak drive balik (aku tak drive, tapi tidur sepanjang perjalanan =p), kami singgah check in di sebuah motel di bandar Melaka. Biasalah sema hotel pun full house dalam season perayaan ni kan. Motel yang kami duduk betul2 kecil, cukup2 ruang untuk sebuah katil, sebuah bilik air dan sedikit ruang untuk solat.

Pada malamnya, kami berkunjung semula ke Uptown Melaka untuk membeli belah. Kemudian singgah ke Pahlawan Walk Market, dan makan di sana. Sup tulang berharga RM5 sahaja untuk semangkuk. Murah betul. Jimat makan malam kami. hehehe.. Sempat juga aku sambar fridge magnet baju kebaya yang cantik tu, kerepek & makanan ringan untuk keluarga aku dan mertua. Mash mellow bersalut coklat kegemaran suami pun tak dilupa. Lepas tu aku 'paksa' en. suami untuk naik beca. Dah lama ajak dia. Tapi tak dapat2. Menara Taming Sari memang tak dapat naiklah sebab orang terlalu ramai beratur panjang nak tunggu turn. =)


beca paling menarik di mata aku. =)


cantik sangat. tak tahu nak pilih.


kerepek pelbagai jenis.


Pagi esoknya, kami ke Dataran Pahlawan untuk mendapatkan urutan refleksologi dan sambung membeli belah di Bazaar Heritage. hmmm.. harga barang2 di sini lebih murah berbanding yang dijual di luar Dataran Pahlawan. Rugi je aku tak beli di sini. Siap semua, kami pun bergerak balik.

Sampai rumah mertua, tidur satu malam di rumah mertua pula. Sempat borak sepanjang malam, teman mak mertua tengok drama Melayu. =)

Kemudian, semalam bergerak ke Klang pula. Tidur satu malam. Dan tadi, singgah tengok baby Maksu  yang baru lahir Khamis lepas, Adam Mikail namanya. Kemuadian, bawa adik2 makan2 dan main bowling di Setia City Mall. 

Dan sekarang, berada di rumah. Tamatlah cuti aku kali ni. Esok dan lusa kena kemas rumah & setel kerja yang aku ada bawa balik ke rumah ni. Kemudian, bersedia untuk mula kerja semula.

Itulah cerita cuti seorang wanita yang dah berumahtangga. Tata~


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...