Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, February 1, 2013

Kawal Nada Suara Bila Berbicara


Hai readers! 

Pernah jumpa tak orang yang bercakap menggunakan nada yang kuat? Kadang2 terpekik-pekik tanpa sebab.  Bergegar rasa satu bangunan kalau dia mula bercakap. Walaupun bercakap dengan kawan disebelahnya sahaja, tetapi percakapannya seolah menjerit. 

Orang sekeliling pasti akan berasa tidak selesa dengan individu yang bercakap kuat ni. Aku pun kurang selesa bercakap dengan orang yang menggunakan nada tinggi bila bercakap. Rasa malu juga bila diperhatikan, dan isi kandungan perbualan didengari oleh orang lain. Bingit juga telinga kerana kita berada berhampiran dengan individu tesebut, tapi nadanya seperti kita berada 10 batu darinya. Nasib baik tak pecah gegendang telinga. =P

Aku tak pasti apakah punca individu bercakap kuat. Antara yang terfikir dalam kepala, mungkin individu tersebut kurang pendengaran atau mengalami masalah pendengaran, ingin menarik perhatian orang lain (attention seeker), atau mungkin untuk menunjukkan kuasa memerintah kepada kawan bercakapnya. Bukannya tak boleh bercakap kuat, tapi biarlah kena pada tempatnya. Pernah dulu ketika aku sedang makan di sebuah restoran, seorang suami bercakap dengan nada tinggi kepada isterinya seolah-olah memerintah sesuatu. Tapi aku tak pasti berkenaan apa. Terpinga-pinga isterinya menahan malu. Semua pelanggan yang berada berhampiran turut terdiam kerana terkejut dengan suara lelaki tersebut. hmm..

Aku tak bersetuju dengan penggunaan nada suara kuat ketika berbual. Bayangkanlah, kita bercakap dengan orang yang lebih tua menggunakan nada suara sebegitu, pasti dianggap kurang sopan. Maka kawallah nada suara anda bila berbicara. Pesanan untuk diri yang hina ini juga. :)


photo ihsan Google


Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. -Imam Hassan Al-Banna


Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. - Lukman Al-Hakim


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...