Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, February 1, 2013

Concept Photoshoot for Stock Photo


Salam & hai semua!

Selamat hari Wilayah Persekutuan untuk semua warga wilayah Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya! Seronok lah kita bercuti hari ni yeh! Apa uolls buat hari ni? Aku duduk rumah je hari ni sebelum sibuk hari esok dan lusa. Hehe.. Biasalah. Aku ni tak boleh duduk diam. Mesti buat sesuatu dalam satu2 masa.
Sekarang ni, bila hujung minggu, nak ambil job pun tengok hari dulu. Kalau cuti hujung minggu Sabtu & Ahad contohnya, aku akan pastikan satu hari untuk job (kalau ada job lah), dan satu hari lagi aku spend untuk family or diri sendiri. Kalau tak, tak ada rehatlah. Boleh jem juga badan ni kalau tak rest, betul tak?

Oh oh.. Nak cerita mengenai aktiviti concept photoshoot untuk stock photo hari Ahad lepas. Dah lama sebenarnya plan dengan Dboy Ahmad the photographer untuk photoshoot with him & the team. Tapi asyik clash je dengan program lain. Jadi lepas dah confirm semua orang free pada hari tu, kami pun pergi lah phostoshoot di Putrajaya. Ini adalah kali pertama aku bekerja untuk stock photo. Satu pengalaman yang berbeza daripada fashion photoshoot. Gambar2 yang diambil adalah bertujuan untuk dijual di pasaran internet. Boleh rujuk website Shutterstock untuk lihat gambar2 sebelum ni yang telah dijual.

Pagi2 lagi aku dah bertolak ke Putrajaya pada masa yang ditetapkan 9.30 pagi. Wohoo.. paginye kan. Sampai2 je berhampiran mahkamah, sibuk sangat Putrajaya  pagi tu ye. Aku tak pasti ada larian apa. Kereta pun banyak. Tak macam hari2 Ahad yang lain di mana Putrajaya hanya ditemani daun2 kering berterbangan, kosong tanpa penghuni. Ecehh.. Dboy dan seorang talent, Mala dah menunggu di bus stop sebelah mahkamah. Yang lain? Belum sampai lagi. Biasalah tu. hihi.. Tunggu2, kak Zura pun sampai, seorang lagi talent. Seperti yang dirancang, seramai 3 orang talent akan photoshoot sama pada hari tu. Malas nak tunggu lama2 di situ, Dboy pun ajak kami breakfast di restoran Umai sebelah masjid besi, tempat aku pre-wed photoshoot tempoh hari. Makan semua ditaja oleh Dboy & the team, so tak perlu risau. Makan je banyak2. hihihihi...

Sambil makan, seorang demi seorang photog datang. Serious aku tak ingat nama mereka. hehhe.. maaf ye. Biasalah, baru first time jumpa. Dan apa yang bestnya, team Stock Photography Malaysia (SPM) yang ada tu, semuanya peramah2 belaka. Tak ada yang garang pun tau. Sepanjang2 photoshoot, kami semua bergelak ketawa. Bagi aku, ini petanda baik sebab photoshoot memerlukan kerjasama yang baik antara talent dan photog, barulah gambar tu jadi dengan cantik. Seronok bekerja dengan mereka. =)

Konsep pertama yang kami buat adalah businesswoman, so kena pakai blazer. Semua baju dan make-up sendirian berhad ya. Aku pula tak sempat nak cari baju kemeja. Jadi pakai je kemeja bunga2 pink yang kau beli tahun lepas. Tu je kemeja yang ada. Dah lama betul tak shopping baju kemeja, sebab pergi kerja pun banyak pakai baju kurung je. Sepanjang photoshoot, seperti yang dibincangkan sebelum ni dengan Dboy, dia nak ekspresi senyum dan happy sepanjang masa. Jadi kami perlu senyum dan ketawa untuks setiap shot. Boleh tahan sakit jugalah pipi aku senyum je memanjang. Ada juga tersalah pose, sebab aku terbawa2 pose fashion photoshoot, which is tak natural langsung untuk stock photo. hihi..

from left; mala, kak zura, & me
photographed by Dboy Ahmad.


Next, konsep kedua adalah picnic di mana kami perlu duduk atas tikar, potong buah, main laptop dan sebagainya di Taman Botani. Kemudian ada juga selit student concept. Pegang buku, jalan2, ambil gambar dengan camera dan sebagainya. Aku pakai baju peplum warna merah Gong Xi Fa Cai dengan seluar slack. Mulanya nak pakai dengan kain sekali, tapi bila semua talent pakai seluar, aku pun tukarlah. Nanti OTT pula kan.. hihi

Konsep yang terakhir pula adalah doktor! Kena pegang x-ray pesakit, stethoscope, dan aku pakai spec kononnya doktor nerd la. haha.. Tapi masa tu hari dah gelap dan hujan. Gambar tak berapa jadi sangat. Sedih juga. Hope next time, ada 2nd session dengan Dboy & the team lagi, sebab scene last tu tak jadi.. hihi.. Untuk konsep terakhir ni, aku pakai baju blaus hijau dengan slack yang sama juga. Senang tak payah tukar seluar.

Akhir sekali, talent semua perlu isi model release form untuk memberi keizinan gambar dipublish di mana2 pun. Biasalah, kalau ada yang membeli gambar2 tu, mestilah ada ditepek di mana2 nanti, contohnya artikel majalah, suratkhabar, yellow pages, & banner. Buku teks sekolah pun ada tau! Lepas dapat payment, kami pun balik. So happy & hope to get all the photos soon. Tak sabar sebenarnya nak tengok gambar sendiri.. :)


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...