Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, February 2, 2013

Santai Sabtu


Hai & salam semua pembaca.

Sabtu hari ni beraktiviti dengan sisters, Amy & Uyie. Aku anak sulung 5 beradik. Adik aku dua lelaki, dua perempuan, dan kami berselang bunga. Dah lama tak jumpa budak berdua tu. Kesian pula pada mereka duduk rumah je. So aku decide untuk bawa mereka keluar tanpa arah tujuan.

Aku bertolak dari Sepang dan ambil mereka di Klang. Tak ada perancangan bermalam pun sebab esok aku ada event di KL. Tempat pertama yang aku tuju, tentu sekali kedai jahit tempat aku tempah baju. Baju batik lagi dua helai tak ambil lagi. Dan aku hantar semula baju peplum yang aku tempah tempoh hari untuk alteration. Besar dan terlalu mengembang nampaknya baju tu, dan perlu dikecilkan sedikit di bahagian tertentu. 

Dan ya, sedih tengok dua helai baju batik aku tu. Sepasang saiz okay, sepasang lagi kecik! Sepasang kaki kain pada pesak baju hilang, sepasang lagi, kaki baju pada satu pesak terbalik pergi ke atas pula. Aku tak faham bagaimana mereka memotong kain. Fed-up pun ada! Serious ini mungkin kali terakhitr aku tempah baju di sana. Tak boleh nak kata apa dah, sebab dah jadi baju. =(

Perjalanan tanpa arah tujuan pun bermula. Aku merancang nak ke AEON sahaja. Adik aku pun setuju. Sebelum keluar kereta, tanya dulu. "Apa korang nak buat kat sini?". "Jom tengok wayang!" Aku pun okay je. Kami pergi beli tiket wayang dulu. Uyie nak tengok Mama, Amy nak tengok Hansel & Gretel sebab next week dah janji dengan kawan nak tengok Mama sama2. Aku? Aku mestilah nak tengok cerita seram, Mama! Tapi oleh sebab Mama show time dia jam 7 pm, so aku pun tukar pilih Hansel & Gretel. Legalah si Amy sebab takkan tengok cerita yang sama dua kali.

Next, kami pergi makan sebab dah tengahari kan. Uyie nak makan Dominos, aku pula teringin nak makan Kenny Rogers. Amy pula nak ikut aku sebab dia tak pernah makan Kenny Rogers. So 2 lawan 1, 2 orang ni menang... Lagipun Dominos tak ada dalam AEON ni ha.. Kena pergi keluar seberang jalan tu. Kami pun makan Kenny Rogers dan berchit-chat selama sejam lebih.

Siap makan, pergi jalan2 tengok jam dulu. Dapatlah Uyie seutas jam tangan. Seronok la dia dapat jam baru, boleh bawa pergi sekolah.

Lepas tu boleh terkejar2 sebab dah lewat 10 minit untuk tengok Hansel & Gretel. Nasib baik cerita belum mula. Boleh tahan best cerita tu. Nak tahu? Tunggu review nanti. =p

Keluar panggung dengan rasa happy riang gembira sebab cerita best! Singgah pula The Nail Parlour nak buat pedi meni. Bila lagi nak memanjakan diri kan. Happy sangat bila tengok kuku kaki & tangan bersih dan bersinar2. Amy pun turut nak mencuba pedicure. Harga dia boleh up pula ya masa festive season ni. Daripada harga asal pedi+meni RM80, jadi RM110. Plus buffer, RM15. Huyyohh.. Nasihat aku, tak payah lah pergi time raya ni. Lepas raya boleh datang balik. Sebab masa ni, harga semua memang naik sebab banyak permintaan customer kan. Hmm...

Sebelum balik, sempat singgah di kedai S&J untuk beli hadiah birthday kepada anak kawan sekerja. Dia jemput datang majlis birthday hari esok, tapi aku tak dapat pergi sebab ada event kan. So dapat bagi something je. Hopefully she'll like it. Sebab aku pun suka. Cute sangat benda tu. heheh

Minum malam tak dilupakan. Singgah kejap di Subaidah bagi budak2 ni tak kelaparan malam nanti. Aku minum teh je. Tak nak ambil supper dah, kang badan naik tak muat baju.. =p

Hantar mereka balik, aku pun bergerak balik dengan poket tipis. Tak apalah. Sebulan sekali. Lepas ni kena dietlah.. hehehhe..

Nite. =)

p/s: Tak ada gambar langsung! Memory phone penuh (petanda kena beli fon baru ke?!) =p


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...