Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, February 25, 2013

delfirastyle.com Photoshoot


Ingat tak contest Pencarian Model Tudung delfirastyle.com yang aku join dulu tu? Pemilik butik, kak Fie dengan berbesar hatinya menganjurkan satu sesi photoshoot tudung dan busana delfirastyle.com dalam usaha pengadilan terakhir untuk mencari pemenang contest. Dah lama juga plan untuk photoshoot, akhirnya Februari lalu, kak Fie dan peserta contest sepakat untuk mengadakan photoshoot pada 23 Feb 2013. 

banner by delfirastyle.com


Pada mulanya, aku sangkakan aku free. Lupa nak check takwim kerja. Hari tu adalah hari bekerja! Aiiyarkk! Puas berbincang dengan kak Fie, tapi masih tak dapat kata putus. Jadi kak Fie melewatkan masa untuk photoshoot bermula iaitu pada jam 2 petang di studio Arezam Rahman di Shah Alam. Nasib baik! Sempat juga aku rush lepas balik kerja, ke Shah Alam. Dan aku jadi peserta pertama yang sampai! Hehhe.. Terima kasih GPS. *Clap!*

Tapi biasalah. Aku akan melepak beberapa minit dalam kereta, dan perhatikan kawasan sekeliling samada selamat atau tak. Kawasan baru bagi aku, so kenalah berhati-hati. Tak lama lepas tu, kak Fie pun sampai. Aku pun lega, dan naik ke studio bersama-sama kak Fie dan anak perempuannya yang sangat cute tu. Sorry tak ingat nama dia. hehehe

Dalam studio dah ada beberapa orang yang menunggu, especially the make-up artist (MUA). Aku pun terus berkenalan dan beramah mesra. Lepas tu sebab nak kejar supaya boleh balik awal, aku minta untuk make-up dulu. Sementara make-up, seorang demi seorang contestant muncul iaitu kak Yatie, Sha, dan Adlina yang baru berusia 16 tahun. Kak Nora Bella pula tak sampai2. Tak pasti kenapa. Jadi digantikan dengan kakak kepada Adlina yang menemaninya. Semua contestant adalah seramai 5 orang.

Tengah make-up, dah sampai ke part bulu mata, MUA letak gam dan terus letak di atas kelopak mata kiri aku. Dalam keadaan pejam mata, aku rasa basah sangat gam bulu mata yang dilekatkan tu. Ketakutan aku semakin nyata bila gam bulu mata tu masuk ke dalam mata aku! Ya Allah pedih sangat!! Aku terus lari ke sinki, buka contact lens, dan terus basuh mata aku tanpa menghiraukan eye shadow yang dah di sapu tadi. (haha... tragedi gila kan aku punya cerita =p). Mujur kak Yatie ada bawa solution dan bekas lens. Aku pinjam dia punya.

Lepas dah siap basuh, aku cuba pakai balik contact lens tadi, tapi pedih sangat, tak boleh masuk. Penyelesaiannya, aku cabut contact lens sebelah lagi. Habis la... Kabur sekejap pandangan mata aku sebab contact lens aku ada power yang agak tinggi. Sambil mata aku memerah, MUA pun kembali touch-up make-up aku yang luntur dek kerana air tadi. Dan MUA lagi sorang pula tolong pakaikan bulu mata untuk aku dengan gam buku mata cap lain pula. Ternyata, gam bulu mata yang dipakaikan sebelum ni tadi dalah gam kuat yang memedihkan mata. Aku sangat takut kalau terjadi apa2 pada mata aku. Hmm... Kemudian MUA pun meminta maaf dan bergegas meninggalkan studio kerana ada event lain pula. Tinggallah aku dengan pandangan yang kabur.

Semua contestant dah dapat beberapa shots. Disebabkan masalah tadi, aku yang mula make-up paling awal, tapi jadi yang paling lambat siap. Teraba-raba juga bila nak berjalan. Kak Fie dah setkan tudung untuk aku, iaitu tudung awning. Seriously aku jarang pakai tudung awning. Tudung aku selalunya melekap di dahi hihi.. Satu cabaran juga buat diri aku.


me (kiri) & kak Yatie Suria Lee (kanan). Mataku original tu. Mata hitam without contact lens.
Tq kaka bagi pinjam solution & lens case. Muahxx.
photo by kak Yatie.
(cun nya camera 360 ni.. like 100X)

Pengalaman kali pertama photoshoot dengan keadaan yang 'tak nampak' adalah sangat menyukarkan. Aku sukar nak membaca arahan photographer sebab kebiasaanya, apabila kita berbual, kita akan melakukan eye contact dan sesekali memandang kepada mulut si penutur supaya kita lebih faham apa yang sedang diperkatakan. Bila aku tak nampak mulut dan wajah photographer, arahan yang diterima juga menjadi kabur. Dan aku mula pening kepala sebab 'tak nampak'! Aiyarkk! Sangat tak selesa berphotoshoot dengan keadaan begini. Pastinya gambar2 aku akan bertukar menjadi disaster nanti. =(

Habis koleksi tudung, kami memakai pula baju peplum floral dan diarahkan bergaya bersama pedang samurai. Semuanya idea daripada abg Arezam.

one of the best shot. close-up shot semua tak jadi. 


Selesai photoshoot, 'sedut' gambar daripada PC abg Arezam, dan bersalaman dengan semua gadis, aku pun pakai semula contact lens sebelah mata, dan memandu pulang. Sepanjang perjalanan dengan bantuan sebelah mata, memang menyukarkan. Sekejap kereta aku ke kiri, sekejap ke kanan. Nak pecut pun tak boleh. Jadi, sampai rumah pun lewat. hmm..

Pengalaman yang tak akan aku lupakan. Next time kena ingat, bawa specs dan contact lens spare. 

Big thanks untuk semua yang terlibat especially kak Fie yang cantik sebab bagi peluang berphotoshoot dengan koleksi delfirastyle.com. Tak tahu lagi bila pemenang akan diumumkan. Macam biasalah. Bagi aku, kalau ada rezeki adalah, kalau tidak, mungkin rezeki ada di tempat lain.

Tata. Tq for reading this long entry. 


Wardrobe: 
delfirastyle.com

Photographer: 
Arezam Rahman


----------------------------
Delfirastyle.com
----------------------------

23 Feb 2013

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...