Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, February 18, 2013

Modeling Class for RSFG Models


Seperti yang uolls tahu, 6 orang talent di bawah RSFG akan diberikan kelas modeling bagi memantapkan skills modeling sedia ada. Sabtu lepas, aku bersama 5 orang talent lagi, Fiza, Fiefa, kak As, kak Maria dan Fatin dipanggil untuk modeling class RSFG yang dikendalikan sendiri oleh abg Rahim, owner RSFG. 

Pada mulanya, tempat yang dirancang adalah di Patung Studio, milik Reza Propaganza. Kami terlambat sikit ke sana sebab tunggu lunch dulu di butik RSFG. Lepas lunch, terus berjalan kaki beramai-ramai ke Patung Studio. Entah macam mana, studio berkunci. Kami tunggu beberapa minit, sebelum buat keputusan untuk berpatah balik ke RSFG. Akhirnya, modeling class di buat di RSFG sahaja. 

Pertama sekali adalah sesi post-mortem fashion show minggu lepas. Apa yang okay, apa yang tidak, semua dibincangkan secara terbuka. Ternyata daripada video dan gambar fashion show, aku kena lakukan sedikit penambahbaikan. Gambar2 aku tak banyak yang cantik. Video fashion show pula, menampilikan gaya berjalan yang sama sahaja walaupun ada 5 persalinan yang berlainan. Ermm.. kena  banyak belajar lagi ni. Dari video baru nampak kelemahan diri. 

Kemudian kami belajar cara posing untuk photoshoot pula. Abg Rahim mulakan daripada posture kaki. Kemudian pergi ke posture tangan, badan dan ekspresi muka. Best! Boleh apply pada photoshoot akan datang. Selama ni, kalau posing, main bagi je apa yang terlintas di fikiran. Bila ada kelas macam ni, baru boleh improve sikit. Oleh kerana masa dah suntuk, ada beberapa agenda yang tergendala. Kami tak sempat nak belajar make-up seperti yang dirancang.

Thanks to RSFG sebab bagi peluang join modeling class ni. Banyak input yang aku dapat dari sini. So girls berhijab di luar sana yang berminat nak jadi sebahagaian team RSFG, jangan lepaskan pelunag untuk menghadiri modeling class RSFG. Mana tahu ada rezeki uolls di sana. 

Daa... =)

16 Feb 2013



-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...