Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, June 23, 2013

Pandai Masak


Salam pembaca blog yang dikasihi sekalian. Rindunya kat hangpa. 

Jumlah pelawat semakin hari semakin merudum nampaknya sejak dua menjak malas update blog ni. Eh eh.. bukan malas tau. Tapi tak cukup masa. He he. Segala macam benda kena buat. Terlalu banyak dan tak terhitung. Sambil main Candy Crush Saga, sambil buat kerja. Memandangkan esok cuti sebab jerebu, so curi masa jap update.

Pandai masak tajuknya. Spontan idea tu keluar. Ceritanya macam ni.

Adik ipar aku kan baru kahwin kan awal bulan 6 hari tu. Jadi mak dan pak mertua bawalah adik ipar dan isterinya jalan2 rumah saudara mara termasuklah rumah aku. Aku dapat text message from my hubby lah kan mengatakan mak mertua nak datang malam nanti. Apalagi aku yang tengah kerja masa tu senaraikan barang2 untuk en. husband beli. Kononnya nak masaklah. hehe

Balik kerja, terus kemas dan mop rumah. Lepas tu start masak. Bihun goreng je pun. Masak punya masak dengan semangatnya, tiba2 tak jadi pula. Aku memang lemah bab masak cili ni dan bila nak kena masak banyak. Kadang2 sedap, kadang tak jadi. So ditakdirkan tak jadi. Sebungkus bihun tu. hihi..

Panggil en. husband suruh dia rasa. Dia kata, tak payahlah hidang.

Ok frust. Terus tutup api dapur, tutup kuali, duduk atas sofa dan mula Candy Crush. Sangat frust tak jadi ok! hmmm

En. husband terus meluru ke pintu, katanya nak pergi beli makanan di kedai. (meluru... tak tahan) hahahha.. Sekembalinya en. husband, ayam KFC 9 ketul dan nasi goreng. Ok... Buka plastik dan salin atas pinggan.

Lepas Maghrib, mak, pak mertua, adik ipar dan biras pun sampai. Kami pun makanlah. Dah habis makan dan borak2, aku pun pergi duduk di ruang tamu, bergosip dengan biras. Mak mertua duduk di dapur borak2 dengan anak2nya. Tanpa aku sedari, mak mertua aku pergi kemas dapur. Habis semua dikemasnya.

Dan.... tiba2 dia buka kuali berisi bihun tu. Ditanya kepada en. husband, " Ni apa ni. Kenapa tak dikeluarkan?"

En. husband dengan selambanya menjawab. " Oh tu Lia masak tadi, tak jadi".

Erm.. actually bila mereka dah balik, baru en. husben ceritakan kejadian di dapur tu kepada aku. Malunya. haha.. Tapi at least aku ada effort juga nak masak sesuatu untuk mereka. So chill je lah.

Tu je. Kbai. =P


p/s: Salam Nisfu Syaaban. Esok puasa jom.

3 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...