Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, July 27, 2013

Shopping Raya

Suasana aidilfitri makin terasa. Macam biasa hari ni aku dan en. Husben menjalankan aktiviti sekali setahun kami iaitu shopping raya. Aku shopping di Maju Junction je. Tak mampu nak redah jalan TAR kalau masa weekend ni. Terlalu ramai orang. Baik aku pergi lepas kerja je.

Tak banyak persiapan yang kami sediakan tahun ni. Serba sederhana lah katakan. Baju raya pun tak banyak pasang macam tahun sebelumnya sebab tahun ni terlalu banyak baju yang aku tempah hasil daripada pencarian kain di bandung pada tahun lepas, ditambah pula kain batik sutera yang aku sedang kumpul dan ada juga pemberian daripada mak mertua dan makcik2. Baju yang aku tempah tu pun akan siap selepas raya. So nak tak nak, kena juga cari sepasang dua kan. Jumpalah tadi satu warna baby pink lagi satu violet. Dua2 warna favorite. Banyak betul baju aku dalam keluarga warna yang sama.

Next thing yang aku perlu cari adalah tudung raya, kuih raya dan sarung kusyen. Mungkin minggu depan agaknya baru pergi cari. Sebelum nak bercuti raya selama dua minggu ni, banyak kerja yang perlu diselesaikan dulu. Paper trial exam PMR perlu siap ditanda dulu. Barulah boleh beraya dengan tenang. Hihi.

Raya tahun ni serba sederhana. Beraya pun di rumah mertua. Banyak plan2 lain juga untuk menziarah sanak saudara. Mungkin juga akan berjumpa pakcik dan makcik sebelah abah. Semuanya masih dirancang dan belum masuk dalam jadual lagi.

Persiapan uols pula macam mana?

Daa.. :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...