Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, August 30, 2013

Tips Berpakaian ke Rumah Terbuka


Assalamualaikum rakyat jelata sekalian.

Raya ada lagi ke? Kihkih.. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan. Sudah pastinya keriuhan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara semakin reda dek kerana cuti raya telah pun habis dan perlu kembali bekerja. Namun majlis rumah terbuka pula yang mengambil alih suasana berhari raya. Saban minggu dalam bulan Syawal pasti sahaja kita mendapat jemputan ke rumah terbuka atau pun selalu disebut "open house" atau "open" haus? hihi.. Rumah terbuka bukan sahaja diadakan di hujung minggu, malah hari "weekdays" pun ada! Mana taknya. Kebanyakan tuan rumah pasti akan memilih hujung minggu untuk majlis rumah terbuka. Risau nanti majlis kurang meriah dan lauk-pauk tak habis kerana tarikh pilihan yang sama dengan rumah-rumah lain, maka solusi lainnya adalah mengadakan pada tarikh yang berlainan. Tak kisahlah bila rumah terbuka diadakan, pastinya tetamu akan berkunjung secara beramai-ramai. Makan "free". Siapa tak mahu? =P

Juadah kesukaan aku apabila berkunjung ke rumah terbuka sudah tentunya kambing panggang bersama kuah "mushroom black pepper". Emm.. tengah menaip ni pun rasa kecur je lidah ni. *buruknya perangai* Bayangkan daging kambing yang dipanggang sempurna, lembut dan "juicy". Dimakan pula bersama kuahnya yang dimasak cukup rasa. Ahh.. sungguh menyelerakan...

Juadah rumah terbuka sememangnya enak dan banyak pilihan. Tetapi wahai tetamu anda jangan lupa untuk berpakaian yang sewajarnya. Kata kunci yang perlu kita ingat ialah selesa dan praktikal. Oops.. entry ni akan lebih berat sebelah kepada kaum wanita rasanya, sebab lelaki selesa menyarungkan apa saja pakaian. Asalkan bijak padu-padan. =)

Tips Berpakaian ke Rumah Terbuka


1. Pakaian sopan/ tidak seksi


Pilih pakaian yang sopan. Sopan itu lebih cantik di mata semua. Kalau pakai baju daripada fabrik sifon yang jarang tu, silalah pakai "inner" baju yang penuh. Bukan "spagetthi singlet" tu ya. Nanti bila berpeluh, aduhai ketiak lecak. :P Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali contohnya bahagian dada terdedah, skirt pendek atas lutut atau baju singlet. Bulan Ramadhan baru sahaja berlalu. Seeloknya kita tahu etika berpakaian dan menghormati tuan rumah. Pakaian sopan yang boleh dipakai antaranya adalah baju kurung, baju kurung moden, kebaya longgar, "maxi dress", "dress" potongan "princess" dan lain-lain yang bersesuaian.

apabila sopan itu cantik. *perasan sangat*
top & bottom by RSFG

2. Selesa


Pilih pakaian yang selesa iaitu daripada fabrik yang tidak panas. Contohnya fabrik kapas. Kita akan banyak bergerak untuk beratur mengambil makanan di meja "buffet" beberapa kali. Kemudian jika makan di bawah khemah di luar rumah, atau di dalam rumah yang terlalu ramai orang atau tiada penghawa dingin, sudah tentu badan kita akan banyak berpeluh kerana cuaca yang panas.

3. Praktikal


Pakaian yang praktikal membolehkan kita bergerak ke sana ke mari dengan mudah. Praktikal boleh dibincangkan dalam beberapa kategori. 


Pilih baju yang tidak ketat/ tidak terlalu longgar


Mana tahu kita kena duduk makan bersila kan. Kalau baju terlalu ketat, nak duduk bersila pun payah. Takkan nak makan berdiri kan? Seeloknya, pakailah baju yang agak longgar atau tidak terlalu ketat. Pilihan terbaik adalah baju kurung pesak atau kurung pahang. Baju yang terlalu longgar seperti kaftan cutting menggerbang juga agak menyusahkan kerana akan mengganggu kelancaran pergerakan kita.

Kain berpotongan meleret.


Kain baju fesyen sekarang kan macam-macam. Kain yang perpotongan meleret adalah tidak sesuai untuk majlis rumah terbuka yang dibuat dirumah kerana menyukarkan pergerakan. Kain mungkin akan tersangkut di mana-mana. Cuba bayangkan ketika beratur mengambil makanan, ada tetamu lain yang terpijak kain kita. Takut juga kalau jatuh tersungkur bersama juadah yang kita ambil tadi. Seeloknya pakai kain berpotongan paras hujung kaki. Kain leret yang tidak terlalu panjang boleh dipakai di majlis rumah terbuka di dewan.

YAY! but NAY untuk rumah terbuka di rumah.
photo from jlmcouture.com

Baju potongan lengan kembang ("flare") di hujung.


Potongan baju di bahagian lengan yang lebih lebar menyebabkan kita terpaksa melipat lengan baju setiap kali mahu mencedok makanan kerana risau dikotori makanan. Baju cantik-cantik, terpaksa dilipat pula ya. Lebih rugi kalau baju tu penuh manik di hujung lengan. hihi... Seeloknya pilih baju potongan lengan yang tirus dihujung, dikemaskan dengan butang atau zip sorok.

nextt!!
photo from sewingsupport.com

4. Kasut


Pilih kasut tumit yang tidak terlalu tinggi atau tumit rendah dan memudahkan pergerakan kita. Kita bukannya nak ke pentas peragaan dengan menyarung kasut platform 5 inci tu. Kasut tumit tinggi boleh digantikan dengan "pump shoes" jika mahukan keselesaan tahap maksima. Jangan pakai selipar jepun sudah. Kasut tumit yang agak tinggi boleh digayakan di majlis rumah terbuka yang diadakan di dewan.  =)

YES! cute & selesa.
photo from dhgate.com

NO.
photo from vongutenbergcouture.com

5. Beg tangan/ beg kepit


Seeloknya pilih yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan kunci kereta, purse dan telefon pintar kita. Tinggalkan oversized bag di rumah. Jika masih mahu bergaya, clutcth kepit saiz sederhana adalah pilihan terbaik. Beg bertali juga adalah sangat sesuai sementara kita mengambil juadah di meja buffet, beg kita selamat digantung di bahu.

oh cantik! Tapi bukan untuk ke rumah terbuka. =)
photo from metro.co.uk

6. Padu dan Padan (mix and match)


Baju raya kita mungkin tak banyak. Semuanya dah habis dipakai ketika beraya dan telahpun tersiar di Facebook dan Instagram.Tak mungkinlah 30 Syawal-30 baju raya kan. Artis sangat! :p  Cara paling mudah, aplikasikan konsep mix and match agar penampilan kita tidak kelihatan sama sepanjang bulan. Padankan blaus dengan skirt labuh atau blaus dengan seluar palazo. Cardigan juga boleh ditambah agar tampak lebih moden dan segar. Mengulang baju raya yang sama ke rumah terbuka juga tiada salahnya. Kenakan tudung atau selendang yang berbeza daripada penampilan sebelumnya. Cara ikatan tudung juga boleh diubah dan ditambah aksesori. Kita akan nampak lebih kreatif dalam mengekplorasi gaya. Siapa berani menegur walaupun baju yang sama telah dipakai dua-tiga kali? Hihi.. Mix and match juga boleh mengelakkan pembaziran tau. 

cardigan+long maxi
photo from facebook.com/HerByLyndaroslan

7. Warna baju 


Apa sahaja warna baju boleh digayakan di rumah terbuka samada color blocking atau pastel. Seeloknya pilih warna pakaian yang sesuai dengan kulit anda agar tampak manis sepanjang majlis.

8. Solekan


Elak solekan tebal


Aplikasikan make-up tipis dan natural. Pastikan bedak tidak terlalu putih atau sapuan terlalu tebal untuk mengelakkan make-up yang bercapuk dek kerana cuaca yang panas! Gincu warna merah menjerit atau berwarna gelap seeloknya dielakkan kerana kita ke rumah terbuka untuk menjamu selera. Sudah tentu warna gincu akan pudar selepas makan dan meninggalkan warna yang bercapuk pada bibir. Pilih warna gincu yang sesuai dan natural seperti warna pink, coklat atau oren yang lembut agar wajah kita kelihatan segar sepanjang majlis. Kalau warna gincu pudar selepas makan pun tak berapa perasan kan. Boleh cuba lip stain.

gambar hiasan.
photo from tumblr.com

Tips solekan tahan lama


Untuk make-up yang tahan lebih lama, aplikasikan "face primer" sebelum mula rutin make-up, dan semburkan "face mist" selepas selesai make-up. Bagi yang tidak biasa bermake-up, cukuplah sekadar sapuan bedak padat dan selayang eyeliner.

Pakai mascara, bukan bulu mata!


Bulu mata akan nampak over! Believe me... Mana tahu tengah makan, duduk betul-betul depan kipas berdiri yang ligat berpusing pula, tercabut bulu mata dan terbang masuk dalam pinggan tetamu sebelah. Euww... Pilihan yang tepat adalah sapuan mascara yang tipis. =)

9. Haruman


Jangan lupa sapukan deodoran sebelum keluar rumah ya! Kemudian semburkan haruman/ perfume yang berbau lembut pada siang hari seperti flora dan sitrus. Untuk majlis malam pula boleh diaplikasikan haruman yang lebih kuat baunya seperti bau kulit kayu manis atau vanilla. Tapi jangan berlebihan ya sehingga tetamu sebelah pening kepala terbau haruman anda yang berlebihan tu.

hee.. =)
photo from rapgenius.com

Rasanya tu saja tips yang dapat difikirkan oleh otak aku sekarang. Ada masa nanti aku tambah lagi. Semoga tips ni dapat memberi panduan untuk anda bergaya ke rumah terbuka nanti. Yang penting, jangan terlalu berlebihan agar tidak mencantas tuan rumah. hihi..

Selamat Hari Raya! =)


4 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...