Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, September 26, 2013

Behind the Scene: Photoshoot Makeover Sendayu Tinggi


Hallu.

Last August 2013, aku dapat chance untuk makeover dan photoshoot untuk produk Sendayu Tinggi. Sebenarnya dari awal tahun dah dapat panggilan untuk photoshoot. Tapi biasalah, busy dengan kerja hakiki yang jauh lebih penting. Makanya tarikh yang diberi banyak kali tertunda. Nasib baik kak Linda, coordinator photoshoot ST tu baik hati sangat. Lep lep you kak Linda sebab masih bagi chance pada saya. Tskkk terharu. =)

Photoshoot yang dirangka adalah bertemakan warna pastel dan sweet. Maka aku diminta untuk bawa beberapa helai wardrobe yang bersesuaian dalam pastel color macam pink, mint green dan purple. Buka wardrobe sendiri, maaf cakap la. Tak jumpa baju warna pastel! Alahaii.. So kenalah pergi shopping before hari photoshoot. hehe.. *alasan nak shopping*

Aku dimekap oleh pengasas ST sendiri iaitu kak Yatie. Mula2 aku tak cam tu kak Yatie. Aku tengok comel je kakak ni. Dia pun start mekap aku. Dah lama lepas tu aku amati muka dia, aku rasa ni macam kak Yatie ni.

Aku pun berani-berani la tanya memecah suasana, "Ni kak Yatie ke?".

"Iye", jawab kak Yatie ringkas.

Haha.. tak sangka boleh jumpa kak Yatie. Rasa macam kecik je diri ini jumpa orang seglamer dia. So proud dengan dia. Supermom yang vogue. Kak Yatie mekap aku guna 100% barang ST yang cantik teratur di meja solek. Banyaknya mekap ST ni. Menarik betul tengok. Nak-nak cream foundation nya dalam bekas warna pink tu- doll skin namanya! Tertarik sungguh rasa hati ni nak membelek. Oleh sebab sedang dimekap dan sedang mengejar masa, so duduk diam2 je ok. hihi..

Macam biasa, photoshoot makeover ni kan step-by-step makeup. So bila dah sampai certain step, gambar muka akan diambil untuk dapatkan langkah demi langkah mekap itu tadi. Dah siap mekap sepenuhnya, barulah aku dipakaikan hijab. Seronok tengok kreativiti mereka mengolah stail hijab.


suka bila dimanjakan. kikiki...
photo from my instagram
ni masa nak balik dah.
photo from my instagram
ok tepek satu pic eksklusif buat tatapan readers semua. eceyy..


Make-up kak Yatie memang meletup. Natural dan sesuai dengan warna kulit. Love it so much! Thank you kak Yatie, kak Linda and all crews for the opportunity. Anyone yang nak try makeover boleh email ke ST seperti alamat emel tertera di bawah.

Daa..  =))


p/s: Jom tengok video tutorial daripada kak Yatie sendiri cara make-up guna produk ST.




---------------------------------------
Sendayu Tinggi
Web | E-mail: stmodel@sendayutinggi.com
---------------------------------------


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...