Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, September 24, 2013

Featured in Majalah Fokus SPM Ogos 2013


Hallu..

Ingat lagi tak entry short interview dengan Majalah Fokus SPM tempoh hari? Dan taraa... dah keluar pun dalam majalah Fokus SPM isu Ogos 2013. Hehe.. tapi Ogos dah lepaslah.

Just to share apa yang wartawan tuliskan dalam ruangan Diari Cikgu tu. Cikgu okay.. Bukan model. Way too different daripada hobi yang aku suka buat tu. Cikgu tu dah sah-sah berkait dengan kerjayaku. Eceh.. First time pada usia sebegini, artikel berkenaan kerjaya diri dibukukan dalam majalah. Feeling happy! And of course alhamdulillah atas peluang yang diberi. =)


let's turn to page 52!

cikgu Syakira. ehek. cikgu Alya lah. =)

gambar-gambar kenangan sepanjang perkhidmatan tak lupa diselitkan bersama.

cover page Majalah Fokus SPM Ogos 2013


KEKUATAN GALAKAN MELALUI PUJIAN


Mengulas tajuk highlight, "Kuasa Pujian Kekuatan Cikgu Syakira" adalah sebenarnya lebih kepada kuasa galakan kepada murid-murid daripada seorang guru. Kerana aku percaya setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelbagai bidang. Setiap daripada kita berbeza keupayaan dan potensi diri. Jadi tugas sebagai seorang guru adalah untuk mencungkil potensi sedia ada dalam diri murid melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian di mana salah satunya adalah melalui pujian. Bagi aku, seorang guru perlu murah dengan galakan dan pujian. Kalau bukan kita yang memberi galakan kepada murid kita, siapa lagi?

Terkesan dengan cara mak dan abah mendidik aku dan adik-adik dari kecil, pujian tak pernah lekang dari mulut mereka. Walau apa yang kami buat, mereka akan bagi galakan menggunakan pujian. Contohnya semasa aktiviti melukis dan mewarna masa zaman kanak-kanak dulu. Mak selalu puji dan cakap apa sahaja yang aku lukis dan warna adalah cantik. Kesannya, kalau ada pertandingan melukis dan mewarna yang dianjurkan di sekolah atau pihak luar, aku pasti akan turut serta dan tak akan tercicir daripada senarai top 10 (bangga kononnya). Abah pula tak putus-putus melambakkan buku-buku untuk kami walaupun kami akan koyakkan buku dan pijak main teng-teng atas buku tu.

Bila aku sedikit dewasa dan melihat giliran adik-adik pula melukis dan mewarna (aku adalah anak sulung), mak akan gunakan kaedah yang sama iaitu memberi galakan dengan pujian. Pada satu hari, adik aku melukis dengan tak berapa nak cantik dan tunjukkan kepada mak aku. Mak aku puji, "cantiknya". Aku yang berada bersama ketika itu pun berasa pelik dan menyampuk, "Cantik ke?" Mak suruh aku diam, dan suruh adik menyambung kerjanya. Baru aku sedar ketika itu bahawa itu adalah cara mak untuk menjadikan anak-anak berasa yakin dan terus buat sesuatu dengan minat dan kesungguhan, dan akhirnya cemerlang. Bolehlah aplikasi untuk anak murid kan? =)

Kihkih.. panjangnya ulasan. Ok, good night readers!

Mmuah. =)

Source:

Majalah Fokus SPM
isu Ogos 2013
ruangan Diari Cikgu
m/s 52-53



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...