Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, October 10, 2013

Bandung Trip 2013 - Day 1


Hallo.. Assalamualaikum.

Trip ke Bandung, Indonesia 4 hari 3 malam last September bersama keluarga mertua memang menyeronokkan. Oleh sebab ini kali kedua aku ke Bandung, jadi aku dah ada senarai benda yang perlu dan tak perlu di shopping. Kota Bandung memang sesuai untuk si kaki shopping seperti aku. Im soooo excited! mihmihmih.

Ohohoii.. terjumpa perempuan ni masa nak naik flight terbang ke Bandung.
Excited sangat mokcik ni.. heheheh..
mokcik memakai tudung Fareeda, jeans Lois dan baju Siam. Pashmina pinjam drp mak mertua. =) 

Perjalanan dari LLCT ke Bandung memakan masa 2 jam menaiki Air Asia. Terima kasih kepada pak dan mak mertua tersayang yang telah mensponsor tiket flight pergi dan balik. Alhamdulillah... Sebenarnya aku antara ya atau tidak untuk ke Bandung. Tapi oleh kerana mak mertua terlalu sangat nak pergi, maka aku pun ikutlah sekali untuk menemani beliau *alasan je*. Ayah mertua pula tak dapat turut serta di saat-saat akhir sebab masalah kesihatan. Maka kami terbang ke Bandung seramai 9 orang sahaja.

makanan dalam flight. Ayam dan sayur rebus je untuk isi perut. This was my breakfast!

Setibanya di lapangan terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung, kami disambut oleh tour guide kami, Yulia. Jadual aktiviti telah diatur dengan teliti. Perjalanan menjadi mudah dengan van mini yang disewa. Sangat spacious dan selesa. Harga pakej satu kepala untuk 4 hari 3 malam including makan, hotel dan transport hanya RM460 sahaja. Sebelum menaiki van, ada seorang photographer tiba-tiba mengambil gambar kami. Aku pun buatlah pose wajib iaitu "peace". Sumpah aku ingat itu termasuk dalam pakej. Rupanya gambar tu diambil oleh photographer jalanan. huhu..

hoh! mokcik yang overexcited with her bodyguard.

PASAR BARU

Tempat pertama yang kami terjah adalah Pasar Baru. Pasar Baru ni macam shopping mall la.. Ada 6 tingkat, dan setiap tingkat akan menjual barangan yang berbeza. Memang tak mampu nak habiskan semua keenam-enam tingkat. Jadi, sambil lalu sambil sambar je apa yang berkenan. Tempat ni memang heaven untuk kaum perempuan. Barang lelaki tak banyak sangat. Atau boleh dikatakan hampir tiada! Haha.. Kerja orang lelaki hanyalah untuk angkut barang shopping orang perempuan. =P

Keadaan di Pasar Baru agak sesak dengan orang ramai. Nak jalan pun payah kalau hari Sabtu dan Ahad. Suasana di luar Pasar Baru pun memang sesak. Terlalu banyak penjual souvenir yang akan ikut dan pujuk kita membeli barang jualan mereka. Bukan setakat di luar, di dalam Pasar Baru pun mereka berleluasa. Kadang-kadang naik rimas. Kalau terbeli souvenir, key-chain misalnya daripada seorang penjual, datang pula penjual lain mendekati kita dan memujuk untuk membeli. Tiada berkesudahan. Eceh ayat nak skema aje. 

Kedai pertama yang kami singgah adalah kedai kain renda atau lace. Macam-macam jenis renda ada dijual yang memang murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Nasib baiklah aku ni bukan penggila lace. Kalau ya, mesti satu kedai aku borong. Kalau nak beli, mesti pandai tawa-menawar harga. Letak harga yang serendah mungkin. Kami dinasihatkan oleh Yulia (our tour guide) untuk minta harga at least 50% less than the original price. Nak mengira pun payah juga sebab setiap kali tanya harga, mesti kita kena convert ke RM. Masa aku tukar duit, 

RM300 = Rp 1 juta

Jadi, semua harga dalam Rp, aku bahagi dengan 3 untuk dapatkan figure dalam RM. Kalau nak senang, kira, sila standby kalkulator kecil dalam poket seluar. =)

Lepas borong lace, borong telekung sulam pula. Memang murah teramat! Tapi aku tak gila sangat sebab dah beli banyak masa pergi last year. Tapi aku terbeli juga satu telekung warna biru. Mata ni suka sangat warna biru sekarang. Tak tahu kenapalah. Asal biru je nak beli, asal beli je nak biru. Eh?! -.-'

Then kami pergi ke kedai kain pasang yang bermacam jenis sampai mata juling dan rambang mata. Aku beli sepasang je sebabnya sama; tahun lepas dah beli banyak.

Menyedari duit yang berjuta-juta dah mula berkurangan dan barang shopping pun dah menimbun sampaikan tour guide tak larat nak angkat, aku dan family pun berhenti membeli. Perut masing-masing pun mula berkeroncong.

Break untuk makan tengah hari dan solat Zuhur di sebuah restoran masakan padang. Tapi aku lupa apa nama restorannya. Aku tak berapa minat sangat masakan padang ni. Tak boleh telan. Tak tahu kenapa. So makan ala kadar je untuk alas perut. 

Oops! Tak ada gambar di Pasar Baru sebab tak jumpa port menarik untuk ambil gambar. Maybe next entry? =)

RUMAH TAS

Next, kami singgah di Rumah Tas ataupun Rumah Beg Tangan. Memang hajat di hati nak ke Bandung kali ni, nak beli 2 atau 3 biji beg tangan. Artis pun beli handbag di sini uolls. Kita orang biasa-biasa ni nak beli di butik? Memang tak la.. Baik mokcik beli rumah. hihi.. 

Sampai-sampai je Rumah Tas dan tengok handbag tersusun dari luar kedai, rasa excited yang teramat. Rasa menggila tu datang tiba-tiba. haha teruknya. Bila masuk Rumah Tas, boleh tahan juga harga begnya. Juta-juta. Boleh pilih daripada kualiti gred A atau B. 

Seperti biasa, aku bukanlah orangnya yang pandai shopping beramai-ramai. I prefer to shop alone! Sebab aku akan pusing berulang-ulang di tempat yang sama, belek satu-persatu untuk membuat pilihan yang tepat dan paling ohsem, dan sudah pasti akan memakan masa yang lama. Kalau shopping di Malaysia, aku akan window shopping dulu kemudian balik rumah. Bila di rumah termimpi-mimpi item idaman, the next day barulah aku pergi beli. Tapi pergi Rumah Tas ni hanya sekali. Banyak tempat lain lagi nak pergi hoi. Tak ada siapa akan ajak kau ulang kedai ni lagi. haha. Monolog dalaman.

Tiba-tiba masa tengah syok aku belek-belek handbag, semua family dah berdiri di kaunter cashier untuk buat bayaran. Alamatnya memang satu pun aku tak beli lah. Haha.. Keluar dengan tangan kosong je. Tak apa. Beli di tempat lain. Pujuk hatiku...

syurga handbag. Me with family in law. =)

FACTORY OUTLET (FO) JALAN RIAU


Kami ke Factory Outlet (FO) yang terletak di Jalan Riau. Konsep FO ni adalah kedai sebuah-sebuah macam di Jalan Tar tu lah. Sepanjang jalan memang banyak FO yang menjual barang-barang branded dan brand yang aku tak pernah dengar (mungkin tak branded kot) seperti baju, seluar, kasut, handbag pun ada. Memang kena menapak la dari satu ke satu kedai yang lain. Kedai-kedainya pun boleh tahan cantik. Macam tempat shopping untuk orang kaya la di Bandung ni. 

Katanya barang-barang ni barang yang kena reject sebelum dieksport. Tapi t-shirt dia boleh tahan berkualiti dan sedap pakai. Harga sedang-sedang je, tak mahal dan tak murah pun. Aku pun beli la sikit di Oasis Clothing Outlet. Tak minat sangat membeli di FO ni sebab di Malaysia pun ada banyak tempat shopping macam ni.  

TERMINAL TAS

Lepas tu, kami singgah di Terminal Tas pula. Tapi handbag yang dijual di sini tak berapa best sangat nak dibandingkan dengan Rumah Tas tadi. So aku end up dengan tidak membeli apa-apa handbag, but my husband pula beli bag di situ. Bagi chance la kat dia nak shopping. Dari tadi susah nak jumpa apa yang dia nak. =P

Lepas kaki yang memakai loafer dari pagi tadi ni terasa sangat penat berjalan dari pagi ke malam dan tak mampu nak jalan laju lagi, barulah ingat bantal dan katil. Ohh!

MAKAN MALAM DI PAK CHI MET

Sebelum balik ke hotel, kami makan malam isi perut dulu di restoran Pak Chi Met, jagonya ikan bakar. Semua menu telah diatur oleh Yulia. Sampai je di restoran, semuanya dah tersedia, dan kami tinggal baca doa dan ngap (makan) saja apa yang ada. Paling sedap di sini adalah supnya. Lauk-pauknya  yang lain pun sedap. Recommended! 


tak tahu apa nama menu.
Cuma rasanya dari atas kiri; sayur, daging, tauhu, sup dan ayam.

HOTEL HYPERINN

Lepas makan, kami bergerak ke bilik hotel. Kami menginap di hotel Hyperinn, sebuah hotel budget. Kenapa hotel budget? Sebab hotel ni untuk tidur waktu malam sahaja. Waktu siang kami di luar. So tak payah menginap di hotel yang mahal ya. Duit lebih boleh buat shopping! Wohoo!!

bilik hotel yang perfect for two. tidur pun lena. yang penting selesa. =)

Kami pun tidur kerana perlu lebih tenaga untuk sambung jalan-jalan keesokan harinya.

Good night! =)

c-yah!

p/s: Klik SINI untuk entry berikutnya.

4 comments:

  1. Ini bila nak balik malaysia mesti banyak barang, sebab shoping kaw2 punya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa banyak kalau nak banding masa pegi tahun lepas joehaz.
      sebab kali ni pegi soping utk diri sndiri je.
      n x beli banyak pun hihi.. =)

      Delete
  2. wah seru banget, main dong ke tempatku di indonesia

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...