Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, November 17, 2013

Bandung Trip 2013 - Day 2


Hai followers dan pembaca blog sekalian.

Daripada blog bersawang, ayo (dalam bahasa Indo) kita sambung cerita Bandung. Maaf banyak-banyak kepada peminat blog sebab tak dapat update selalu oleh kerana kekangan masa. Lots of love, alya. =)

TANGKUBAN PARAHU


Hari kedua di Bandung sangat mengujakan. Jika tahun lalu, aku tak dapat melawat Tangkuban Parahu yang ditutup buat sementara kerana waktu penghasilan sulfur dioksida yang sedang rancak, tapi kali ni aku puas hati sebab dapat pergi. Yay!

Seawal jam 9 pagi setelah bersarapan, kami bertolak ke Tangkuban Parahu. Oleh kerana cuaca di sana yang dijangka agak dingin (siang 17 oC, malam 2oC) maka aku memakai blazer berwarna fuchsia yang aku baru beli di factory outlet, Jl. Riau semalam. Perjalanan kami memakan masa hampir sejam lebih melalui kawasan yang berbukit dan jalan berbengkang-bengkok. Kelihatan hamparan ladang teh yang menghijau di sepanjang perjalanan.

Setibanya di sana, memang seperti yang diduga, cuaca berkabus yang dingin hingga ke tulang diselangi dengan tiupan angin menambah kesejukan. Jadi kalau mahu berkunjung ke mari, silalah pakai baju yang tebal sikit ya, contohnya sweater atau blazer juga sudah memadai. Mata aku pula mula terasa pedih dan pernafasan agak terganggu. Mungkin berpunca daripada penghasilan wap belerang yang terlihat seperti kabus-kabus putih pada kawah. Aku pun memakai shades yang aku bawa. Kalau tak, memang tak boleh nak buka mata untuk bergambar.

Tangkuban Parahu bermaksud perahu yang terbalik berdasarkan sejarahnya. Tapi aku tak tahu bahagian gunung yang mana nampak macam perahu terbalik tu. Hmm.. rugi je kan.

the view.




OOTD. Fuchsia blazer from Oasis Clothing Outlet, Bandung.
Sleeveles brown inner from kedai Siam.
Brown jeans from Lois.
Brown loafer tak ingat beli mana.
Cartoon printed shawl from The Duchess.


Ok. Di bahagian belakang tu ada banyak kedai-kedai jual souvenir. Jom sambung shopping! Aku sempat grab aksesori, baju dan sedikit makanan ringan. En. husband pula beli jam dinding yang didakwa diperbuat daripada batu-batuan gunung berapi.


kedai-kedai jualan.

banyak souvenir untuk dipilih.

Sambil-sambil melakukan aktiviti shopping, sempat juga beli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan Tangkuban Parahu ni. Nampak macam sedap je, so en. husband pun belilah tauhu sumbat dan tempe. Sedap. Tapi... Nanti cerita pada next entry apa yang terjadi pada aku. 

ni lah tempat beli tauhu.

eee.. buruknya perangai dua orang ni.

Dah penat shopping, lepak minum sekejap di sebuah warung yang terdapat di deretan kedai-kedai souvenir tadi dan order teh halia panas. Lega dapat minum air panas dalam keadaan cuaca sejuk tu.

Oleh kerana masa yang diperuntukkan telah pun habis, aku tak sempat nak berjalan jauh lagi sehingga ke belakang, yang dikatakan ada strawberi? Jadi selepas aktiviti bergambar, kami pun bergerak turun dari gunung Tangkuban Parahu. Tak dilupakan mas si penjual souvenir kejar kami sehingga ke van. Dan aku pun belilah lagi satu-dua barang selepas kejadian tawar-menawar selama beberapa saat.


port wajib bergambar di Tangkuban Parahu.


MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN SANGKURIANG

Kami berhenti makan dan solat Zuhur di restoran Sangkuriang. Restoran ini menyediakan masakan Sunda dan jago (jaguh) dalam masakan sup ikan.

Macam biasalah. Kami sampai saja di restoran, semua makanan dah siap terhidang. Semua order diuruskan oleh tour guide kami, Yulia. Jadi aku pun tak tahu apa nama menu yang kami makan tu. Cuma tahu sama ada lauk tu ikan atau ayam saja. Tapi aku tak berapa minat. Hari kedua di Bandung, dah mula rindu nak makan roti canai dan teh tarik.  -.-'

lauk-pauk masakan Sunda.

Gambar bawah ni adalah si Cepot, salah satu karakter wayang kulit dalam wayang Sunda. Dalam restoran ni ada perhiasan patung-patung wayang kulit yang lain dan menonjolkan tradisi masyarakat Sunda.

bergambar dengan si Cepot. Scary kan muka dia warna merah.


RUMAH MODE

Java Bean Coffee. Nice place at Rumah Mode.

Next place, kami sambung shopping di factory outlet, Rumah Mode. Aku paling suka Rumah Mode  ni sejak berkunjung kali pertama tahun lepas sebab tempatnya cantik dan nampak ada kelas gituu.. Di sini ada jual baju perempuan, lelaki dan kanak-kanak macam di Malaysia juga. Handbag pun ada.


statue.





TOKO TIGA

Tempat shopping seterusnya adalah syurga jeans di Toko Tiga. Menggila betul jeans-jeans di sini. Aku dan en. husband pun grab a few. Katanya jeans ori. Tapi tak tau lah kan kalau kena tipu. Supir ni bawa kami ke sana sini, jadi kami ikut ja. Tapi sebenarnya mereka ni dapat komisen daripada butik atau kedai yang mereka suggest dan bawa kita tau. Tak tahu la kalau pakcik supir kenakan kami kan. erm.. Sebabnya menurut beberapa review, jeans yang dijual dijalan Cihampelas juga sama seperti di Toko Tiga, malah lebih murah! Malangnya kami tak sempat ke sana.


Lama juga kami spend masa di Toko Tiga sebab nak tunggu jeans kaum lelaki ni di alter. Perut pun dah berkeroncong lapar. Jom pergi makan.


MAKAN MALAM DI PRAOE SEAFOOD

On the way balik, terfikir juga ke mana tour guide akan bawa kami makan? Perut aku memang dah tak boleh terima makanan Sunda dan Padang ni semua. huhu.. Bila dah nak sampai dan nampak nama restoran, oh okay, Praoe Seafood. Tahun lepas masa first sampai di Bandung kami makan di sini juga. Sedap-sedap lauk di sini. Jadi aku pun excited la nak makan.

antara lauk yang sampai awal.
yang lambat sampai tak sempat nak snap sebab fikir nak makan ja. hehe

Kali ni makan terasa agak kering sikit tanpa kuah dan sup. Layan jelah. Aku pun malas nak fikir. Perut aku dah mula rasa tak sedap.

Selesai makan, kami pun bergerak balik ke hotel Hyperinn dengan beg-beg shopping yang menggunung tinggi. Esok sambung shopping lagi. Masalahnya, rupiah ada banyak lagi tak? haha

p/s: Terlepas entri sebelum? Klik SINI.


6 comments:

  1. alya pegi sini hire travel agency ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight sndiri. pakcik slalu g sana n dah kenal supir ni. so guna transport supir ni ja. hotel smua dia uruskan jugak. bleh tgok entry Bandung Day 1 utk tgok harga pakej utk 4 hari 3 malam. =)

      Delete
  2. pegi kartika sari x?brownies dia sedap sedap semua.murah gile pulak tu?hehe
    kalau free singgahla ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah empunya blog... waa..best tak ke sana???...suka tgk lokasi-2 yang kamu pergi...menarik dan sangat cantik...kalu perempuan of coz shopping...

    nanti nak singgah lagi... Salam perkenalan Linz (www.ibuvitaminshop.com) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah linz shopee.. mmg best utk shopping. =))

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...