Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 25, 2013

Bertukar Tempat Kerja Tahun 2014

Tahun 2014 makin menghampiri. Bermakna aku akan tempuhi suasana kerja yang serba asing tahun depan. Tempat yang baru, berkenalan dengan teman-teman dan pentadbir yang baru, kerani-kerani baru, tempat makan baru, tempat parking baru dan segala-galanya asing bagi aku. Nampaknya kena perlahan-lahan adapt dengan dunia baru.

3 kali membuat permohonan pertukaran, alhamdulillah berjaya pada permohonan ketiga. Pada mulanya ketika keputusan pertukaran keluar, aku seperti berat untuk check keputusan aku. Bila husband mendesak, barulah aku periksa dan mengetahui permohonan berjaya.

Tak ada perasaan.

Beberapa hari lepas tu baru rasa semangat nak berpindah. Tapi dalam masa yang sama rasa sedih nak tinggalkan tempat lama. Setelah 1 tahun setengah berulang jauh setiap hari, sebenarnya inilah yang aku mahukan. Jadi aku harus rasa gembira.

Tiba-tiba teringat waktu mula-mula bertugas 4 tahun yang lalu. Pada tahun pertama, aku ditugaskan di sesi petang. Duduk jauh. Balik lewat. Jam 8 malam baru sampai rumah.

Setelah dah biasa bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang muda remaja seperti aku, aku ditukar ke sesi pagi pada tahun kedua. Memang lain rasanya. Aku seolah-olah melalui orientasi kali kedua di sekolah yang sama. Aku perlu explore blok-blok tingkatan menengah atas. Selalu juga tersesat. Sesi pagi juga mengajar aku supaya lebih berdikari kerana kita kena pandai-pandai sendiri. Rajin bertanya dan bergaul dengan ramai orang adalah kuncinya. Kalau tak, banyak maklumat yang akan terlepas pandang.

Selesa di sesi pagi selama 3 tahun. Aku kenal setiap nama dan muka guru-guru di Sentosa. Guru-guru senior ramai yang tak lokek ilmu. Jika ditanya satu soalan, panjang lebar jawapannya. Guru-guru muda tak juga kurang hebatnya memberi inspirasi dan idea. Itu yang membuat aku gembira bekerja dan bermotivasi setiap hari walaupun dibebani tugas yang berat. Sebagai pulangan, aku juga cuba ringan tulang membantu apa yang mampu kepada guru-guru yang memerlukan.

Tahun depan, aku duga aku akan menjadi seorang yang asing di tempat baru. Berdebar rasanya untuk berdepan dengan orang-orang baru dan tugas baru. Aku harap aku dapat adapt dengan cepat. Korang doakan ye. :))

6 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...