Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 18, 2013

Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi - Day 2


Pagi yang cerah 3 Disember, kami ke Le Blason Coffee House untuk bersarapan pagi. Macam-macam hidangan ada disediakan di sini antaranya nasi lemak, mee goreng, pelbagai roti, dessert, sup, mee sup, dan lain-lain. 


en. husband dan fave breakfastnya.


Usai bersarapan pagi, kami pun mulakan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Colmar Tropicale village untuk mengambil gambar sementara cuaca masih baik dan kabus masih menyelubungi kawasan sekitar. Nak balas dendam sebab semalam hujan.

outfit of the day: hijab, Fareeda
blue jeans shirt, unbranded
pink jeans, Levis
ankle boots, Vincci
handbag, Tod's





Di sini ada stage performance mengikut hari dan masa yang tertera seperti di atas. Tarian kebudayaan Cina merupakan salah satu persembahan yang diadakan. Pada waktu kami berjalan-jalan ni, ada kanak-kanak berusia antara lingkungan 9 hingga 12 tahun sedang berlatih untuk pertunjukan malam itu. Oleh kerana kami menginap pada hari Isnin malam, maka kami tak dapat menonton persembahan tu. Tapi tak apa. Di sekolah dah biasa tengok persembahan murid-murid. hehe..


kawasan sekitar perkampungan Colmar Tropicale yang cantik dan mendamaikan.


Merujuk gambar di atas, seluruh bangunan Colmar Tropicale ni merupakan bilik hotel. Bahagian bawah hotel, iaitu ground level menempatkan pelbagai tempat makan untuk dipilih, Les Cadeaux iaitu kedai cenderahati yang ada jual pelbagai barangan seperti keychain dan fridge magnet untuk dihadiahi kepada ahli keluarga, kiddies ride, dan video games untuk anak-anak. Selain itu, kita boleh jumpa clock tower (gambar bawah tengah), viewing tower (gambar atas paling kanan), kolam itik (gambar kiri tengah), bridge, wishing well, fountain, swimming pool dan sebagainya. 


JAPANESE VILLAGE

Dah habis round satu Colmar Tropicale village, kami pergi melawat tempat-tempat rekreasi yang ada di sini, Banyak tempat yang boleh didapati di sini antaranya kompleks sukan, equestrian, gimnasium, golf, adventure park -paintball, rock climbing etc, animal park, Japanese Village, Botanical Garden dan hiburan.

Oleh sebab en. husband tak berapa sihat menurut entry sebelum, maka aku terpaksa pilih a few places to visit. Kami ke Japanese Village terlebih dahulu. Di resort ini disediakan shuttle servis. Tapi kami terus check-out dari hotel dan drive sendiri ke tempat-tempat tersebut. Lagi senang. Lagi satu, nak masuk tempat-tempat aktiviti tu semua kena beli tiket. Oleh sebab kami menginap di hotel, maka tiket termasuk sekali dalam cas penginapan.  

Selamat park kereta, kami perlu mendaki tangga dan berjalan beberapa km sebelum sampai di Japanese Village. Mengah tahu! Jadi sila jangan pakai kasut tinggi datang sini ya. Pakai flats saja. =)


mendaki tangga yang tinggi, kemudian sambung berjalan lagi sebelum sampai ke destinasi.


Fuhh... sampai juga akhirnya. Tiba-tiba rasa badan dah kurus! *propa*



Tengok signage dulu. Nak pergi kiri dulu ke kanan?



Sekarang aku berada di kedudukan 3,500 kaki di atas paras laut. Taman ni dalam hutan hujan tropika yang menghijau. Sejuk dan nyaman sangat di sini dengan tiupan angin yang syahdu. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Japanese Village ni adalah Japanese Tea House, Tatami Spa, Taman Botani, Ryo Zan Tei Restoran dan Ume Tatami Suite. Kami ke kiri dulu untuk melawat Japanese Garden. Ayuh!

Sambil melihat dan menikmati keindahan alam, aku turut tak terlepas menyewa Kimono untuk kenang-kenangan. Kimono boleh disewa dengan bayaran RM20. Mahal juga untuk dipakai selama beberapa minit. Ambil gambar semua sendiri ya. Guna kamera sendiri. Aku tak sempat memilih kimono yang aku suka dan teringin nak pakai. Auntie yang jaga sewa kimono di Tea House tu terus ambil kimono berwarna merah dan pakaikan ke tubuh aku. Aku pun ikut sajalah. Mula-mula nampak macam kimono tu oversized je. Macam tak sesuai dengan badan aku. Tapi bila dah pakai, rupa-rupanya memang saiz aku. Dan tak cantik pun. Badan aku jadi membesar beberapa kali ganda. Apa taknya. Sebab pakai baju dua lapis. Haha.. Gasaklah. Jom ambil gambar.

pandangan kimono dari belakang. comel tak? =P

tepi sungai yang cantik. konon-konon gadis Jepun pakai tudung la.

dalam Tea House.

Lama juga en. husband melayan karenah aku untuk ambil gambar. Banyak pula tu pose yang aku buat. haha. Sabar je lah. Kalau nak sewa kimono lelaki di sini pun boleh dan ambil gambar bersama pasangan. Feeling seperti berada di Jepun sekejap. Tapi en. husband tak nak. Beliau kan tak berapa sihat. 

Seterusnya kami berjalan untuk tengok-tengok Tatami Spa dan Ume Tatami Suite. Macam tak ada orang je. Maklumlah hari bekerja kan. Tengok pada price list Tatami Spa tu, bermula daripada RM400. Memang tempat macam ni diciptakan untuk orang kaya saja agaknya. Hmm..


SOUVENIR SHOP


Lepas dah kena beberapa gigitan nyamuk, barulah kami keluar dari Japanese Garden yang sangat cantik tu. Next, aku nak masuk ke Botanical Garden yang berada di sebelah Japanese Garden ni saja. Tapi en. husband cakap tak payahlah tengok pokok. Restoran Ryo Zan Tei tu pun tutup semasa kedatangan kami. Jadi aku hanya singgah di Souvenir Shop untuk melihat kalau ada barang yang menarik untuk dibeli. Pelbagai barangan boleh dibeli di sini sebagai buah tangan seperti kimono doll, keychain, fridge magnet, t-shirt, pasu ukiran jepun dan sebagainya.

comel-comel semua patung kimono tuu.. alahai


HORSE TRAILS

Tempat seterusnya yang kami lawati adalah Horse Trails. Sebelum sampai di Horse Trails, kami jumpa Animal Park terlebih dahulu. Receptionist ada cakap kalau nak naik keldai boleh berbuat demikian di sini. Tapi, aku tengok tempat tu sesuai untuk anak-anak sahaja, maka aku teruskan saja ke Horse Trails. Teringin naik kuda lah katakan.

Jom tengok list harga dulu.

semua kena sedia duit saja di sini. 

Aku pilih lead ride untuk 10 minit. Price RM25. En. husband teman aku masuk dalam stables dan untuk itu kena bayar RM2. Total RM27.


hahha. kelakar.

Siap aktiviti naik kuda selama 10 minit, kami terus pulang ke KL. Jam tepat menunjukkan jam 1 petang. Overall, best juga bercuti di Colmar Tropicale ni. Tapi semuanya duit la di sini. Sebab semua benda agak mahal. Selamat tinggal Colmar Tropicale. Harap dapat datang lagi. =)

Kepada yang berminat untuk bercuti di sini, boleh rujuk laman web Colmar Tropicale untuk merancang percutian dan bajet;

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
Website |

Terlepas entry pertama, sila klik link di bawah. Thank you.





p/s: For more photos, please visit my IG. 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...