Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, March 28, 2013

Cuti Hampir Tamat


Ahaa.. sibuk mengemas sawang di rumah masa cuti seminggu ni, terlupa nak mengemas sawang dalam blog. ihiks. 

Hai semua!!! Rindu sangat (?). Kenapa sejak dah berumah tangga ni macam malas-malas je nak update blog? Ermm.. Cuti sekolah ni pun bukan ada buat apa pun. Banyak duduk rumah je. Kadang2 malam, en. suami pula sibuk pasang naik bendera. Nak pilihanraya umum la katakan... Apedia?? Bendera apa en. suami pasang?? Undi adalah rahsia... hehehehhe..

Wah dalam tak sedar esok dah Jumaat. Apelah yang aku buat seminggu ni ye. Macam sekejap sangat cuti nya. Tapi yang paling best bila cuti ni dapat tidur lama2. hehehe.. Syukur en. suami pun cuti juga. Bolehlah kami ke mana-mana berdua untuk uruskan kehidupan. Ehek.. 

Dalam seminggu ni sempat balik jumpa mak, bawa mak pergi shopping & makan2. Tapi tak sempat rasanya nak balik jumpa abah. Rasa cuti ni sangat pendek! Semalam ada kematian pula. Nenek saudara sebelah mak mertua telah pergi meninggalkan kami semua sebab sakit tua. Benarlah kata2 tuntutan kerja lebih banyak daripada masa. Sebab tu jangan buang masa! Tapi tidur tu penting. Masa kerja mana cukup tidur. Jadi masa cuti lah nak rehat puas2. hihi..

Esok mungkin nak pergi jalan2. Mungkin la.. Kalau sempat dan en. suami free tak ada kerja. Walaupun kami sama2 cuti, tapi en. suami tetap busy dengan kerja dia. Tak apa. Kita jangan kacau dia. Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan masa hadapan. Ecee.

Bye bye.

Tuesday, March 19, 2013

Bulan Mac yang Penat :D


Huarghhh.. tu menguap tu ihihihi.. 

Penat jugak bulan Mac ni. Keje 6 hari berturut2 selama 3 minggu. Waahh! Sekolah ganti, 5S, kejohanan hoki, result SPM, target day, birthday pak mertua, kenduri kendara, tengok rumah, etc2.. Dulu masa zaman belajar, pernah terfikir dalam kepala, kenapalah manusia mesti tidur. Kalau tak tidur boleh tak, sebab nak study. Sekarang bila dah kerja, ada masa lapang je akan diisi dengan aktiviti tidur, sebab peluang tidur dan rehat tak banyak sangat. 

Begitulah perubahan kitaran hidup manusia.. kikiki..

Daa.. Kroihhhh....~~  *sambung tido balik*

=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...