Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 27, 2013

Mesyuarat Pertama 2014 di Tempat Baru

Salam semua.

Seperti yang uols maklum seperti dalam entry sebelum, aku kan dah bertukar tempat kerja tahun depan. Jadi semalam aku menghadiri mesyuarat kali pertama untuk tahun 2014.
Aku sampai dalam pukul 7.40 pagi. Cari parking. Dari dalam kereta nampak cikgu-cikgu sekolah ni mengukir senyuman. Petanda baik nampaknya.

Perkara pertama yang aku buat adalah berjumpa dengan pengetua untuk perkenalkan diri. Masa aku lapor diri tempoh hari, beliau tak ada sebab sedang mesyuarat pengurusan. Comel je pengetuanya. Selesai bersalaman dan perkenal diri aku terus ke bilik mesyuarat.

Berkenalan dengan guru-guru senior. Peramah cikgu-cikgu di sini. Dan ramai yang ber'title' Hajah. Haji pun ada. Tak sempat nak kenal semua.

Mesyuarat bermula. Pengetua mengalu-alukan warga sekolah yang baru. 3 orang semuanya. Jumlah tenaga pengajar di sini adalah 108 orang. Keperluan cuma 105. Tiba-tiba terasa, kami bertiga lah yang berlebih tu. Haha.

Takwim pengurusan pun dibentangkan. Well, aku tak ada jawatan apa-apa pun. Yay yay! Haha boleh?? Lepas tu semasa taklimat pendaftaran murid baru, aku pun rilek je. Tiba-tiba nama kena sebut. Rupanya aku kena jadi guru kelas. Ooh.. ok. Dah sah-sah aku ditugaskan ke sesi petang kalau dah jadi guru kelas Ting. 1. Kena bertugas la ni masa hari pendaftaran nanti.

Mesyuarat kemudian diambil alih oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGK). New term for me. Selama ni di sekolah lama, tajuknya Kelab Guru dan Staf. Hehe.. Rupa-rupanya dah dua tahun ahli KGK ni bertugas. Tibalah masa untuk pembubaran dan perlantikan AJK baru. Aku dah seram dah. Biasanya cikgu baru masuk ni kena buli. Dan tepat tekaan aku bila nama aku dicadangkan sebagai salah seorang AJK. Haha. Dengan undian sebanyak 18 out of 108 teachers, maka dengan rasminya aku jadi AJK KGK selama dua tahun. Bukan aku saja malah ketiga-tiga cikgu yang baru masuk tu pun jadi AJK. Baru ingat tahun depan nak honeymoon.

Jadual waktu masih tak dapat lagi. Yang aku tahu aku akan mengajar Maths, Moral dan Sivik. Semuanya PBS. Ok. Satu apa pun tak pernah tahu tentang PBS. Selama ni dok sedap mengajar kelas peperiksaan besar PMR dan SPM. Nampaknya tahun depan kena belajar benda baru. Harap cikgu-cikgu senior dapat beri tunjuk ajar.

Aku memang berharap aku dapat masuk sesi petang. Rumah dah dekat. Jadi waktu balik nanti tak lambat sangat sampai rumah. Pagi pula boleh masak dan uruskan rumahtangga. Tengoklah tahun depan macam mana. :)

Wednesday, December 25, 2013

Bertukar Tempat Kerja Tahun 2014

Tahun 2014 makin menghampiri. Bermakna aku akan tempuhi suasana kerja yang serba asing tahun depan. Tempat yang baru, berkenalan dengan teman-teman dan pentadbir yang baru, kerani-kerani baru, tempat makan baru, tempat parking baru dan segala-galanya asing bagi aku. Nampaknya kena perlahan-lahan adapt dengan dunia baru.

3 kali membuat permohonan pertukaran, alhamdulillah berjaya pada permohonan ketiga. Pada mulanya ketika keputusan pertukaran keluar, aku seperti berat untuk check keputusan aku. Bila husband mendesak, barulah aku periksa dan mengetahui permohonan berjaya.

Tak ada perasaan.

Beberapa hari lepas tu baru rasa semangat nak berpindah. Tapi dalam masa yang sama rasa sedih nak tinggalkan tempat lama. Setelah 1 tahun setengah berulang jauh setiap hari, sebenarnya inilah yang aku mahukan. Jadi aku harus rasa gembira.

Tiba-tiba teringat waktu mula-mula bertugas 4 tahun yang lalu. Pada tahun pertama, aku ditugaskan di sesi petang. Duduk jauh. Balik lewat. Jam 8 malam baru sampai rumah.

Setelah dah biasa bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang muda remaja seperti aku, aku ditukar ke sesi pagi pada tahun kedua. Memang lain rasanya. Aku seolah-olah melalui orientasi kali kedua di sekolah yang sama. Aku perlu explore blok-blok tingkatan menengah atas. Selalu juga tersesat. Sesi pagi juga mengajar aku supaya lebih berdikari kerana kita kena pandai-pandai sendiri. Rajin bertanya dan bergaul dengan ramai orang adalah kuncinya. Kalau tak, banyak maklumat yang akan terlepas pandang.

Selesa di sesi pagi selama 3 tahun. Aku kenal setiap nama dan muka guru-guru di Sentosa. Guru-guru senior ramai yang tak lokek ilmu. Jika ditanya satu soalan, panjang lebar jawapannya. Guru-guru muda tak juga kurang hebatnya memberi inspirasi dan idea. Itu yang membuat aku gembira bekerja dan bermotivasi setiap hari walaupun dibebani tugas yang berat. Sebagai pulangan, aku juga cuba ringan tulang membantu apa yang mampu kepada guru-guru yang memerlukan.

Tahun depan, aku duga aku akan menjadi seorang yang asing di tempat baru. Berdebar rasanya untuk berdepan dengan orang-orang baru dan tugas baru. Aku harap aku dapat adapt dengan cepat. Korang doakan ye. :))

Sunday, December 22, 2013

Singgah di Legoland dan Johor Premium Premium Outlets (JPO)


Hai semua. Cerita cuti masih tak habis. Biasalah. Cuti kali ni tak cukup sebulan pun. Jadi gunakan sebaik-baiknya. he he.

Aku sempat singgah melawat tempat-tempat di Johor tempoh hari selepas menghadiri wedding kawan baik aku semasa di UPM dulu, Wanie di Batu Pahat. Alang-alang ke Batu Pahat, aku dan En. husband pun merancang untuk berlibur. Wanie ni coursemate aku di UPM dulu. Selalunya kami akan satu kumpulan semasa membuat tugasan. Sering berkongsi kisah suka dan duka. Dan dia juga seorang yang fashionable, suka bercantik-cantik dan shopping macam aku juga. Kira satu kepala lah. Dia pun pandai, penuh ilmu di dada. Pendapat dia bernas dan suka merendah diri pula. Dah nama pun bestie, mestilah kena puji lebih-lebih kan. Haii.. rindu waktu study dulu. =)


gorgeous Wanie on her wedding day. =)


LEGOLAND


Perancangan untuk ke Legoland memang dah dibuat pada awal cuti dulu. Aku nak tempah tiket online sebab harga tiket akan jadi 20% lebih murah kalau dibeli 7 hari lebih awal dari tarikh lawatan berbanding beli on the spot.Tapi oleh sebab En. husband yang cuti-cuti pun sibuk dan banyak mesyuarat seperti hari kerja biasa, maka aku ragu-ragu untuk beli tiket online. Takut nanti dah beli, tiba-tiba tak dapat pergi pula pada tarikh yang dipilih sebab En. husband busy. Kan dah rugi.

Aku juga online survey hotel Legoland. Tapi rasa tak berbaloi nak menginap sebab semua bilik untuk family. Setiap bilik disediakan katil untuk anak-anak. Mungkin next time kalau ada anak nanti baru boleh tidur sana. Kami book hotel Good Hope, Skudai sebagai persiapan untuk bermalam.

Selepas menghadiri wedding Wanie, kami menuju ke Legoland yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari rumah pengantin. Legoland ni terletak di Bandar Medini, Nusajaya, Johor. Tak susah pun cari tempat sebab guna GPS.


ni masa di car park. Test shot pic En. husband.



Tujuan kami ke Legoland ni ala-ala melawat tapak la. Tempatnya memang besar dan happening gitu. Ramainya orang. Kami ambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekitar Legoland. Oops! Bukan "kami" tapi "aku". haha.. En. husband yang setia snap gambar aku.
 
Sebelum sampai ke Legoland, pengunjung perlu menapak dulu dari car park melalui Mall of Medini yang menempatkan tempat shopping dan pelbagai restoran untuk pengunjung.


di belakang tu adalah Mall of Medini.


entrance Legoland di belakang tu.
outfit of the day: tribal shawl, Radiusite
mustard blouse, Bazaaar@7
seluar hijau, Bandung
handbag, Tod's
kasut, TSC


di belakang yang berwarna-warni tu ialah hotel Legoland


Lego bodyguard. Banyak patung-patung Lego boleh didapati disekeliling hotel Legoland.


Lepas dah puas cari tempat untuk bergambar free, kami pun menapak kembali masuk ke Mall of Medini untuk cuci mata. En. husband tak melepaskan peluang untuk cuci mata di kedai favourite nya, Al-Ikhsan.

Dah puas meronda, tekak pula berasa kering. Kami singgah di Old Town White Coffee untuk pekena kopi secawan sambil mengimbau kenangan first date. Eceyy..





Legoland Hotel. 


Bye-bye Legoland. Lain kali datang lagi. =)

Tips bercuti ke Legoland:


  1. Kalau nak beli tiket tu, lebih baik beli online sebab lebih murah dan menguntungkan. 
  2. Kalau rancang nak melawat semasa cuti sekolah, seeloknya rancang satu atau dua bulan lebih awal sebab tiket habis sepanjang cuti sekolah.
  3. Nak beli tiket online boleh ke laman web www.legoland.com.my 


JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO)


Seterusnya kami menuju ke Johor Premium Outlets (JPO) yang terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit sahaja dari Legoland. Tujuan kami singgah di JPO sama macam Legoland tadi, untuk cuci mata. Hihi...




Memang banyak outlet untuk shopping di sini. Konsep mall terbuka sama macam di Rumah Mode, Bandung, Indonesia. Cantik landskapnya. Ada 120 outlet untuk membeli-belah antaranya Coach, Furla, Burberry, Michael Kors, Oroton, Clarks, Bonia, Vincci, Levis, Charles and Keith dan banyak lagi yang menawarkan 25% hingga 65% diskaun berbanding di tempat lain. 


tempat anak-anak menunggu ibu bapa yang seronok tak hengat bershopping.


Outlet pertama yang aku masuk ialah Furla untuk tengok Candy Bag warna oren. Nampak sangat cik salesgirl tu intai-intai jenama handbag yang aku bawa. Nasiblah aku pakai handbag cap ayam. So tak adalah dia nak layan aku sangat. Aku pun cuma tengok harga dan keluar.

Seterusnya aku masuk butik Coach. Butik Coach di sini ada dua buah. Satu untuk barangan lelaki sahaja dan satu lagi barangan wanita. Yang peliknya nak masuk butik Coach ni bukan main kena beratur bagai. Adalah dalam beberapa minit beratur di luar. Lepas tu aku masuk  survey harga sekejap, dan keluar. Tapi layanan pekerja Coach memang bagus. Dia akan ikut je kita dari awal sampai kita keluar. Siap intro nama lagi, supaya senang panggil mereka kalau-kalau kita perlukan bantuan.

Next, aku masuk butik-butik lain seperti Burberry, Clarks dan sebagainya. Aku berpecah dengan en. Husband sebab takut tak cukup masa. Beliau pun masuk kedai barang-barang sukan kegemarannya.
 
Harga barang-barang si sini boleh tahan mahal walaupun selepas diskaun. Contohnya bagi sebuah beg tangan yang berharga RM2000, kita boleh beli dengan harga RM1000. Tapi bagi rakyat marhaen seperti aku haruslah mengumpul duit selama setahun dua kalau berniat nak membeli barangan jenama-jenama international tu. Lainlah kalau macam di Charles and Keith, Vincci dan Padini yang biasa kita pergi di KL tu memang mampulah kalau nak membeli. Bayangkan harga satu beg tangan Charles and Keith yang berharga RM200 boleh dapat dalam harga RM70-RM80 je sebuah di sini. Wahwah memang best la nak borong dua-tiga. Tapi bagi aku si penggila beg tangan dan kasut ni cuma survey-survey je untuk tahu perbezaan harga. 

Jadi kalau rasa nak shopping gila-gila dalam satu hari, silalah berkunjung ke JPO untuk mendapat penjimatan yang berganda-ganda. Siap-siap duit tol dengan minyak je la kalau nak berkunjung ke sini. =)

Boleh tengok bila ada sales dan events di laman web www.premiumoutlets.com.my untuk merancang aktiviti membeli-belah dan perjalanan anda ke sini. 


Vincci flats.


MAKAN MALAM DI PANTAI STULANG LAUT


Setelah puas meronda JPO sampai kedai nak tutup jam 10 malam, barulah kami bertolak keluar dan perut terasa lapar. Patutlah. Belum makan malam. En. husband pun suruh buka GPS dan cari tempat beliau pernah pergi sewaktu PSKPP tahun-tahun yang lalu. Pantai Stulang Laut ada menawarkan banyak restoran ikan bakar. Kami pun terjah restoran Pak Soh.


ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung (lauk wajib en. husband), kailan ikan masin dan sup kosong.
tiada dalam gambar, kerang bakar my fave.


MASA UNTUK PULANG


Selepas makan, jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Hati kami berbelah bagi sama ada nak menginap di sini atau balik ke rumah. Hotel Good Hope tadi dah selamat dibatalkan sebab masa check-in sehingga jam 5 petang sahaja. En. husband bertanya sama ada nak menginap di hotel berdekatan. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk terus balik ke rumah yang memakan masa selama 6 jam. Aku cadangkan kami berhenti di mana-mana R&R untuk tidur. Tapi En. husband menolak.

Dalam perjalanan, kami singgah di R&R Pagoh untuk minum malam. Nampaknya En. husband dah tak mampu nak drive. Aku pula memang tak boleh drive malam sebab rabun malam. Jadi kami tidur dalam kereta. Haha.. Teringat balik zaman anak dara dulu pernah juga bermalam dalam kereta di R&R bersama 2 orang rakan perempuan untuk save budget sebab nak sambung vacation. 

Setelah tidur selama 2 jam, kami pun sambung perjalanan. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. =)


Wednesday, December 18, 2013

Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi - Day 2


Pagi yang cerah 3 Disember, kami ke Le Blason Coffee House untuk bersarapan pagi. Macam-macam hidangan ada disediakan di sini antaranya nasi lemak, mee goreng, pelbagai roti, dessert, sup, mee sup, dan lain-lain. 


en. husband dan fave breakfastnya.


Usai bersarapan pagi, kami pun mulakan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Colmar Tropicale village untuk mengambil gambar sementara cuaca masih baik dan kabus masih menyelubungi kawasan sekitar. Nak balas dendam sebab semalam hujan.

outfit of the day: hijab, Fareeda
blue jeans shirt, unbranded
pink jeans, Levis
ankle boots, Vincci
handbag, Tod's





Di sini ada stage performance mengikut hari dan masa yang tertera seperti di atas. Tarian kebudayaan Cina merupakan salah satu persembahan yang diadakan. Pada waktu kami berjalan-jalan ni, ada kanak-kanak berusia antara lingkungan 9 hingga 12 tahun sedang berlatih untuk pertunjukan malam itu. Oleh kerana kami menginap pada hari Isnin malam, maka kami tak dapat menonton persembahan tu. Tapi tak apa. Di sekolah dah biasa tengok persembahan murid-murid. hehe..


kawasan sekitar perkampungan Colmar Tropicale yang cantik dan mendamaikan.


Merujuk gambar di atas, seluruh bangunan Colmar Tropicale ni merupakan bilik hotel. Bahagian bawah hotel, iaitu ground level menempatkan pelbagai tempat makan untuk dipilih, Les Cadeaux iaitu kedai cenderahati yang ada jual pelbagai barangan seperti keychain dan fridge magnet untuk dihadiahi kepada ahli keluarga, kiddies ride, dan video games untuk anak-anak. Selain itu, kita boleh jumpa clock tower (gambar bawah tengah), viewing tower (gambar atas paling kanan), kolam itik (gambar kiri tengah), bridge, wishing well, fountain, swimming pool dan sebagainya. 


JAPANESE VILLAGE

Dah habis round satu Colmar Tropicale village, kami pergi melawat tempat-tempat rekreasi yang ada di sini, Banyak tempat yang boleh didapati di sini antaranya kompleks sukan, equestrian, gimnasium, golf, adventure park -paintball, rock climbing etc, animal park, Japanese Village, Botanical Garden dan hiburan.

Oleh sebab en. husband tak berapa sihat menurut entry sebelum, maka aku terpaksa pilih a few places to visit. Kami ke Japanese Village terlebih dahulu. Di resort ini disediakan shuttle servis. Tapi kami terus check-out dari hotel dan drive sendiri ke tempat-tempat tersebut. Lagi senang. Lagi satu, nak masuk tempat-tempat aktiviti tu semua kena beli tiket. Oleh sebab kami menginap di hotel, maka tiket termasuk sekali dalam cas penginapan.  

Selamat park kereta, kami perlu mendaki tangga dan berjalan beberapa km sebelum sampai di Japanese Village. Mengah tahu! Jadi sila jangan pakai kasut tinggi datang sini ya. Pakai flats saja. =)


mendaki tangga yang tinggi, kemudian sambung berjalan lagi sebelum sampai ke destinasi.


Fuhh... sampai juga akhirnya. Tiba-tiba rasa badan dah kurus! *propa*



Tengok signage dulu. Nak pergi kiri dulu ke kanan?



Sekarang aku berada di kedudukan 3,500 kaki di atas paras laut. Taman ni dalam hutan hujan tropika yang menghijau. Sejuk dan nyaman sangat di sini dengan tiupan angin yang syahdu. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Japanese Village ni adalah Japanese Tea House, Tatami Spa, Taman Botani, Ryo Zan Tei Restoran dan Ume Tatami Suite. Kami ke kiri dulu untuk melawat Japanese Garden. Ayuh!

Sambil melihat dan menikmati keindahan alam, aku turut tak terlepas menyewa Kimono untuk kenang-kenangan. Kimono boleh disewa dengan bayaran RM20. Mahal juga untuk dipakai selama beberapa minit. Ambil gambar semua sendiri ya. Guna kamera sendiri. Aku tak sempat memilih kimono yang aku suka dan teringin nak pakai. Auntie yang jaga sewa kimono di Tea House tu terus ambil kimono berwarna merah dan pakaikan ke tubuh aku. Aku pun ikut sajalah. Mula-mula nampak macam kimono tu oversized je. Macam tak sesuai dengan badan aku. Tapi bila dah pakai, rupa-rupanya memang saiz aku. Dan tak cantik pun. Badan aku jadi membesar beberapa kali ganda. Apa taknya. Sebab pakai baju dua lapis. Haha.. Gasaklah. Jom ambil gambar.

pandangan kimono dari belakang. comel tak? =P

tepi sungai yang cantik. konon-konon gadis Jepun pakai tudung la.

dalam Tea House.

Lama juga en. husband melayan karenah aku untuk ambil gambar. Banyak pula tu pose yang aku buat. haha. Sabar je lah. Kalau nak sewa kimono lelaki di sini pun boleh dan ambil gambar bersama pasangan. Feeling seperti berada di Jepun sekejap. Tapi en. husband tak nak. Beliau kan tak berapa sihat. 

Seterusnya kami berjalan untuk tengok-tengok Tatami Spa dan Ume Tatami Suite. Macam tak ada orang je. Maklumlah hari bekerja kan. Tengok pada price list Tatami Spa tu, bermula daripada RM400. Memang tempat macam ni diciptakan untuk orang kaya saja agaknya. Hmm..


SOUVENIR SHOP


Lepas dah kena beberapa gigitan nyamuk, barulah kami keluar dari Japanese Garden yang sangat cantik tu. Next, aku nak masuk ke Botanical Garden yang berada di sebelah Japanese Garden ni saja. Tapi en. husband cakap tak payahlah tengok pokok. Restoran Ryo Zan Tei tu pun tutup semasa kedatangan kami. Jadi aku hanya singgah di Souvenir Shop untuk melihat kalau ada barang yang menarik untuk dibeli. Pelbagai barangan boleh dibeli di sini sebagai buah tangan seperti kimono doll, keychain, fridge magnet, t-shirt, pasu ukiran jepun dan sebagainya.

comel-comel semua patung kimono tuu.. alahai


HORSE TRAILS

Tempat seterusnya yang kami lawati adalah Horse Trails. Sebelum sampai di Horse Trails, kami jumpa Animal Park terlebih dahulu. Receptionist ada cakap kalau nak naik keldai boleh berbuat demikian di sini. Tapi, aku tengok tempat tu sesuai untuk anak-anak sahaja, maka aku teruskan saja ke Horse Trails. Teringin naik kuda lah katakan.

Jom tengok list harga dulu.

semua kena sedia duit saja di sini. 

Aku pilih lead ride untuk 10 minit. Price RM25. En. husband teman aku masuk dalam stables dan untuk itu kena bayar RM2. Total RM27.


hahha. kelakar.

Siap aktiviti naik kuda selama 10 minit, kami terus pulang ke KL. Jam tepat menunjukkan jam 1 petang. Overall, best juga bercuti di Colmar Tropicale ni. Tapi semuanya duit la di sini. Sebab semua benda agak mahal. Selamat tinggal Colmar Tropicale. Harap dapat datang lagi. =)

Kepada yang berminat untuk bercuti di sini, boleh rujuk laman web Colmar Tropicale untuk merancang percutian dan bajet;

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
Website |

Terlepas entry pertama, sila klik link di bawah. Thank you.





p/s: For more photos, please visit my IG. 



Tuesday, December 17, 2013

Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi - Day 1


Cuti sekolah memang dah lama bermula pada pertengahan November lalu. Disebabkan aku bertugas sebagai pengawas SPM, maka rancangan percutian aku dan En. husband tercinta terpaksa ditunda. Dah lama aku teringin nak ke Bukit Tinggi ni sebab macam best je kalau honeymoon di sana untuk entah yang ke berapa kalinya. Haha.. Honeymoon tu term yang tak sesuai nak digunapakai kot sebab kami ni pengantin lama. Kahkah. Lama tak lamalah. Ada aku kisah? =P Yang penting, bercuti berdua memang impian kami sebab nak bertukar angin lah katakan. Ditambah lagi keadaan cuaca di atas Berjaya Hills tu sangat dingin kedengarannya sebab kedudukan 2,700 kaki di atas paras laut. Colmar Tropicale, a French-themed resort memang unik sebab tema reka bentuknya dipinjam daripada Colmar Village di Alsace, Perancis abad ke-16 yang cantik. Dengan harapan one day dapat jejak ke sana pula. =))

Maka seperti biasa, urusan book hotel diserahkan kepada En. husband secara sebulat suara. Beliau call Colmar Tropicale hotel dan book untuk satu malam. Bilik tinggal tiga buah sahaja memandangkan cuti sekolah. Faham-faham sajalah crowded nya tempat-tempat bercuti ni kan. Jadi terus book bilik yang ada tanpa banyak persoalan. Urusan booking sangat mudah. Tugas aku pula transfer deposit RM100 secara online dan siap booking process! Oh ya. Bilik yang kami tempah adalah jenis Deluxe dengan price satu malam RM302 including breakfast dan complimentary tickets untuk masuk ke Japanese Village dan Botanical Garden.

Masa check-in hotel adalah pada jam 3 petang. Keadaan cuaca yang sedang rancak hujan pada 2 Disember melambatkan perjalanan kami apatah lagi aku yang drive sebab En. husband dah mula rasa tak sedap badan, nak demam agaknya. Aku drive super perlahan sebab jalan berbukit dan licin. Memang takut nak drive. Akhirnya kami tiba pada jam 4 petang. Sampai saja di jalan masuk Berjaya Hills, jalan ditutup oleh polis sebab ada kejadian bunuh. Abang polis mencadangkan aku U-turn di Lentang dan masuk mengikut pintu satu lagi. Tiba2 seram pula. Dah lah hujan, ada kes bunuh, orang ramai pula tu berhenti dan melihat dari tepi jalan. Dalam hati aku berdoa supaya kami selamat nanti di sana. 

Setelah berjaya masuk ke pintu Berjaya Hills, kami perlu drive naik bukit yang berbengkang-bengkok lebih kurang selama 15 minit sebelum sampai ke Hotel Colmar Tropicale. Aku sangat teruja melihat bangunan-bangunan yang cantik sepanjang perjalanan. Mula-mula nampak satu bangunan yang dibina menggunakan bata berwarna merah. Nampak macam istana. Aku fikir bangunan tu sebahagian daripada Colmar Tropicale. Rupanya tak. Bangunan tu namanya The Chateau, resort mewah RM700 satu malam. Macam best je. Jalan depan sikit, baru jumpa Colmar Tropicale dan aku terus pandu masuk ke basement parking.

Siap park kereta, kami ke reception untuk langsaikan baki bayaran hotel, dapatkan map resort dan tiket masuk ke Japanese Village dan Botanical Garden. Hotel kami di blok Dahlia. Hujan masih tak berhenti turun ketika itu. 

ni di hotel reception. Di belakang aku tu The Chavelier.

Kami terus menuju ke bilik. Biasalah aku ni kan selalu excited. Nak tengok bilik tu macam mana. Haha.. Pelik sangat bila jumpa bilik tu satu aras dengan basement parking. Rupanya bilik kami tu tingkat -2 (read: negative two). Wow hampa sikit la sebab yang best pastilah bilik yang berada di tingkat atas kerana pemandangan dari bilik hotel tentulah menarik. Ermm.. tak apa. Masuk bilik dulu.




keadaan bilik yang selesa, luas dan romantis.

Not bad bilik dia. Agak luas. Bilik ni dilengkapi dengan katil saiz king, ada mini bar, peti ais, meja tulis, kipas, Wifi, dan TV dengan selected channel of ASTRO. Tapi TV dia agak kecil dan jaraknya agak jauh dari katil. Untuk aku yang mata rabun ni memang rasa tak best tengok TV jauh-jauh ni. Aku tinjau keadaan bilik mandi pula, semuanya ok. Ada satu shower je. Tak ada bathtub. Tapi yang eeuwww nya adalah dekat lubang keluar air shower atas lantai tu penuh dengan rambut. Yuckks! Malas nak call reception sebab fikir satu malam je nak tidur sini. 


pintu keluar belakang

Lepas tu aku jenguk di pintu keluar belakang dengan hanya menyelak langsir. Kalau bilik tingkat atas, bahagian ni macam balkoni lah. Oklah sebab bilik kami di basement kan, so di luar tu ada dinding tinggi yang penuh dengan daun-daun. Jadi banyak binatang reptilia yang duduk di situ contohnya cicak hitam yang ada melintas di depan pintu ni sekali sekala. Memang tak la nak buka pintu kan. Keadaan di lantai luar tu macam bersepah dengan daun-daun dan tanah. Aku fikir positif mungkin disebabkan hujan yang tak berhenti. Di satu sudut pula ternampak puntung-puntung rokok yang terbiar tidak dibersihkan. Hmm.. Macam mana tu?


URUT KAKI DI LA LAVANDE CREATIONS


Siap simpan beg dalam bilik dan berehat sekejap, kami pun keluar berjalan-jalan. En. husband dah survey resort ni sebelum datang, jadi dia nak pergi urut kaki dulu. Ikut sajalah orang tak sihat ni kan. Kami ke La Lavande Creations dan pilih urutan kaki untuk dua orang. Sebab en. suami claim dia demam urat, maka dia nak tambah lagi dengan urutan bahu dan kepala. Mula-mula masa pilih pakej urutan, aku fikir harganya masih dalam kemampuan. Tapi bila dah buka bill, boleh tahan mahal harga dia setelah ditambah cukai iaitu RM200. Dalam hati aku mengomel juga. Lebih baik pergi urut di pusat urut yang berlambak di Lembah Klang, harga jauh lebih murah dan servis puas hati. Again, oleh sebab En. husband tak sihat, ikut sajalah. Aku pun gedik juga nak urut kaki siapa suruh. Konon-konon penat memandu la. Haha..


suasana dalam La Lavande. Lavande bermaksud lavender. Haruslah banyak warna ungu dalam ni. =)
photo source: Google


sambil urut sambil baca mag. Lepas tu jumpa ini. Pakai sunblock walau di tempat sejuk. Ada paham?
Pakai je sunblock tu pada waktu siang walaupun tak berjemur di panas terik.


Di signage La Lavande.
Gambar diambil oleh photographer tak profesional, sebab tu nampak macam rendah ja.
Outfit of the day: glitter gold shawl, Bandung
unbranded mint green shirt
jeans skirt, Optimo
red handbag, Tod's
flats, TSC


MAKAN MALAM DI LE POULET ROTI


Lepas urut, kami ada masa yang singkat saja sebelum masuk waktu Maghrib. Ada banyak tempat makan dan minum di tepi-tepi bilik hotel yang beroperasi sehingga jam 8 dan 12 malam. Kami makan dulu di restoran Le Poulet Roti. Restoran ni menyediakan masakan ayam panggang dengan pelbagai side dishes, ala-ala macam di Kenny Rogers Roasters. Aku order ayam panggang, en. husband pula order ayam panggang percik dengan our own selection side dishes macam butter rice, mashed potato dan lain-lain. Rasanya ok lah. Tak boleh lawan Kenny Rogers lah. =)




SINGGAH DI LA BOULANGERIE


Oleh sebab hujan masih tak berhenti, aku malas nak jalan-jalan lagi. Sebelum balik berehat, kami singgah dulu di La Boulangerie yang bermaksud kedai roti. Colmar Tropicale ni penuh dengan hiasan Krismasnya, termasuklah dalam kedai ni.

Bermacam-macam hiasan dan biskut comel dijual di sini.


Selesai membeli roti, kami pun balik ke bilik dan berehat. 




Saturday, December 7, 2013

Bandung Trip 2013 - Day 3 & 4


Pagi yang indah. Hari ketiga bersarapan di tempat orang, perut meronta-ronta rindukan teh tarik dan roti canai. Di Bandung, sarapan kami seperti biasa di hotel, dihidangkan dengan nasi goreng, mee goreng indo (lupa nama mee tu, anyone boleh recall?), dan bubur nasi. Memang tak mampu dah nak telan. Betullah kata orang, walau kemana pun kita pergi, negara sendiri tetap dihati.

KARTIKA SARI

Usai bersarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke kedai kek terkenal di Bandung iaitu Kartika Sari.

inilah bangunan Kartika Sari Bandung. Jom masuk!

Barisan coklat. Tak minat sangat makan coklat. So tak beli.

Cashier counter. Dalam almari kaca tu ada kek dan brownies. 

Ambil bakul dan jom shopping!
Mokcik memakai tribal shawl from The Duchess,
blaus hijau dari kedai Siam,
jeans Levis from Toko Tiga Bandung (baru beli semalam),
dan loafer dari TSC.

Tahun lepas tak sempat ke sini, cuma sempat beli di airport Bandung je. Jadi, kali ni aku cuba memborong apa yang tekak rasa nak makan. Antara yang aku beli:

1-Pisang sale keju, blueberry dan coklat.
2-Brownies tiga potong dalam satu kotak (perisa choco chips, almond dan keju)
3-Roti keras keju (tak ingat nama betul dia)
4-Roti keras coklat
5-Kek pisang keju

Yang paling sedap yang nombor 3 tu. Harus beli banyak kotak!! Aku beli dua kotak je pun. Tekstur dia macam  roti keras yang ada jual di Malaysia ni, yang kita selalu cicah dengan air kopi. Tapi dia sadur dengan cheese dan gula membuatkan sedap dimakan begitu saja tanpa dicicah dengan air kopi. Haha.. Aku dan en. suami spend Rp 300 sahaja di sini.

PASAR BARU [repeat]


Dah puas belanja di Kartika Sari, kami terus ke pasar baru untuk kali kedua. Ada barang yang tak sempat beli masa hari pertama tempoh hari. Kali ni kami ke kedai renda (lace) dulu. Biras aku nak beli tambah beli lace lagi katanya takut tak cukup. Dan pada hari itulah aku belajar jenis kain lace yang baru iaitu prada. Haha.. Ingatkan jenama handbag je ada Prada kan? Benda yang tak berapa minat, so tak tahu.

Sambil mereka sibuk di kedai lace, aku pun berjalan secara solo untuk survey shawl dan tudung. Aku grab a few glitter shawl yang sedang hangat di Malaysia. Antara warnanya; merah, emas, purple, mint, green dan brown. Tiba-tiba mata terpana pula melihat dekorasi bling-bling pada tudung bawal. Aku pun beli dua helai warna emerald green dan pink. Harga terlalu murah. Aku cuba menawar serendah-rendah harga. Akhirnya aku berjaya membeli setiap satu tudung dengan harga RM10. Yay! 

Look at my back. Shawl bergantungan. OMG!!

Next, kami singgah di kedai menjual kain batik. Aku beli beberapa helai. Tapi harga agak mahal sikit berbanding tahun lepas. Susah nak minta kurang pula tu! Sebab nak cepat, beli dan jalan.

Kami juga singgah sekali lagi membeli kain pasang. Dan ya, aku beli dua pasang. Satu bersulam tangan motif rama-rama my fave, dan satu lagi warna purple. Oh my. Memang tak boleh tertengok anything in purple color. Mesti TERBELI.

MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN PADANG

Again, our tour guide bawa kami makan masakan padang di Restoran Padang Mitra Sederhana Asteur. And yeah, aku tak boleh telan. Dah mula pening kepala dan rasa nak muntah. Aku makan sikit sangat dan order ice lemon tea untuk hilangkan rasa loya.


Restoran Padang Mitra Sederhana Asteur


CIBADUYUT


Selesai makan tengahari dan solat Zuhur di Restoran Padang, kami sambung shopping di Cibaduyut. Cibaduyut ni adalah satu tempat yang menjual pelbagai barangan kulit daripada dompet, handbag, kasut, dan jaket kulit. Kedainya seperti shopping mall, dan juga kedai-kedai lot sepanjang jalan.


yang ini shopping mall dia.


Aku pergi sini semata-mata nak belikan abah jaket kulit yang dikirimnya. Kulit pastinya asli di sini. Cuba bakar kalau nak tahu. Dan kulit biri-biri lebih mahal harganya daripada kulit lembu sebab kulit biri-biri teksturnya lebih lembut berbanding kulit lembu.

Puas survey harga dan kualiti, akhirnya aku beli satu jaket kulit biri-biri ni. Mahal juga. Susah nak minta tawar. Harga yang aku dapat ialah Rp780. Cukup-cukup je. Duit pun dah habis. Kepala pun dah pening. Aku pun duduk minum berseorangan di tepi mall Cibaduyut dengan ditemani minyak cap kapak. Keluarga semua masih membeli belah untuk habiskan duit Rupiah sampailah ke petang. En. suami pun sibuk mencari beg kulit untuk dirinya.

FACTORY OUTLET (FO) JALAN DAGO

Next stop adalah FO Jalan Dago. Tujuan utama adalah untuk menghabiskan sisa-sisa Rupiah yang ada. Dah tak ada hati nak shopping dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Aku beli saja dua helai t-shirt. Duit lebih aku serah pada En. suami dan suruh dia habiskan. Aku pun cari tempat untuk berehat.

MAKAN MALAM DI RUMAH MAKAN KARAMBA

Tak ada gambar di rumah makan Karamba. Aku makan sikit saja. Tak tahulah rasanya sedap atau tak. Tengok ahli keluarga makan semua macam sedap je sampai licin pinggan. Tapi aku tak mampu. Sedih pula rasa. Haha. Lepas makan malam, kami pun balik semula ke hotel Hyperinn. Aku sakit perut dan pening kepala. Rupanya kena diarrhea. Berulang kali masuk tandas. Tidur pun tak lena. Tak tahu salah makan di tempat mana.

HARI PULANG KE MALAYSIA

Tibalah hari keempat, hari kami balik ke Malaysia. Dengan kepala pusing dan perut memulas. Aku telan panadol dua biji dengan harapan perut tak buat hal masa atas flight nanti. Sarapan pun tak mampu langsung nak telan. Aku minum banyak air mineral saja.

Bila van dah sampai untuk bawa kami ke airport, kami pun keluar dari hotel dan tiba-tiba ditahan oleh seorang lelaki. Rupanya mas itu adalah photographer yang ambil gambar candid individu semasa hari pertama kami tiba di Bandung. Haha.. Dia dah siap cetak gambar-gambar kami dan menjualnya dengan harga Rp20 sekeping. Aku beli gambar aku sekeping dan gambar en. suami sekeping.


Meet my family in law.
Gambar kenangan di depan hotel kami menginap, hotel Hyperinn. Muka tak larat nak senyum.

Kenangan dengan van kami sepanjang 4 hari di Bandung. Wonderful Indonesia.

Setelah siap masukkan barang ke dalam van, kami terus bergerak ke airport Bandara Husein Sastranegara Bandung (semput nak sebut baq ang!). Flight kami dijadualkan pada jam 9 pagi waktu Indonesia.


the airport.

sedang menunggu di luar airport.
haruslah ada gambar sendiri sambil minum teh.

Oleh sebab masa flight ke Bandung aku duduk asing-asing dengan en. suami, masa balik Malaysia ni aku tukar tempat duduk dengan mak mertua. Dapatlah duduk sebelah en. suami terchenta. Hiks.


port fave. duduk tepi tingkap sebelah sayap.

duduk tepi tingkap sebelah sayap supaya dapat ambil gambar sayap kapal terbang. haha


Pulang ke Malaysia dengan harapan dapat terbang lagi. InshaAllah. =))


p/s: Terlepas entri sebelum? Klik SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...