Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, June 15, 2014

Cuti Dah Habis!


Hai dan Assalamualaikum semuaaa...

Wahhha lamanya tak update. Maaf sesangat kepada pembaca yang tertunggu-tunggu cerita terbaru dari blog ni. Memang kesuntukan masa betullah tahun ni. Yelah sebab bekerja di tempat baru. Pegang banyak jawatan pula tu! Meeting sana, meeting sini. Tak sempat nak mengarang ayat di sini. hehehhe..

Cuti 19 hari dah berbaki separuh hari je ni. Esok dah mula kerja balik. Huwaaa!! Memang tak banyak benda yang aku buat dalam masa cuti ni. Nak bercuti pun tak sempat. 

Awal-awal cuti haritu, en. husben ada final exam. So kena tunggu dia nak study lah katakan. Lepas tu terus balik kampung di Perak dan stay di sana tiga hari dua malam sebab nak menjalani rawatan tradisional. Apetu? Ahaa.. berurut la. Dah lama janji dengan nenek saudara aku tu nak datang berurut. Kami memang kena tunggu cuti dulu sebabnya kena berurut 3 hari berturut-turut.

Lepas tu aku sempat pergi photoshoot tudung untuk koleksi raya butik La NIAR. Dah lama Ayu (owner La NIAR) ajak aku photoshoot, tapi baru cuti ni sempat pergi.

ini Ayu, owner butik La Niar. Tudung yang aku pakai tu tudung La NIAR.
Cantik sangat tudung bawal tu!

Next, balik rumah mak di Klang. Patah balik ke Perak untuk menghadiri kenduri saudara. Lepas tu balik semula ke Sepang sebab en. husben dapat tiket ke Superbike World Championship 2014 di Litar Sepang (sebelah rumah je pun tak pernah pergi). Hari yang sama terus ke KLIA2. Jalan-jalan sambil tengok-tengok apa yang ada dalam tu.


tiket SBK. Dah lama nak ke Litar Sepang, baru ni dapat pergi.


ok ni motor idaman I. Harley Davidson. hehehhhe

Disebabkan aku salah seorang ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang akan bertanding membawa nama sekolah pada bulan Oktober nanti di Konvensyen KIK, makanya meeting pun ada masa cuti ni weh. Dok bertapa dari pagi ke petang untuk bincang mengenai projek. Sepatutnya meeting dua kali, tapi satu kali tu ditangguhkan. Alhamdulillah.. he he..

Dan yang terakhir, balik rumah abah di Johor. Sempat pergi spend masa makan-makan dengan mertua. Itu je. Tak banyak yang dapat buat. Planning bercuti pun tak berjaya dilaksanakan. Terpaksa ditangguhkan ke hujung tahun nampaknya. Tapi hujung tahun kena jadi Ketua Pengawas SPM pulak ke? Allah.. tambah stress aku.

Maaf entry kali ni kurang menarik. Oklah. Nanti kalau ada cerita best, aku share untuk uolss ok.

Okbai. =)


p/s: Sumber gambar dari Instagram (http://instagram.com/alyasyaqiera). Nak tengok lebih lagi, boleh follow InstagramFollow reramai ok!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...